
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Persediaan untuk perayaan ini kebiasaannya dibuat di dalam bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan bentuk persediaan yang dilakukan. Antaranya ;
1. Dari segi perhiasan:
• Kebersihan dan keceriaan rumah.
• Perhiasan diri seperti ’Baju Raya’.
• Memasang pelita dan sebagainya.
2. Dari segi makanan:
• Membuat biskut raya.
• Makanan utama seperti:
Ketupat
Lemang
Rendang
Dodol
Dan sebagainya
3. Dari segi permainan:
• Bunga api
• Mercun
• Meriam buluh(telah diharamkan)
4. Dari segi kekeluargaan:
Kebiasaannya, semua perantau akan pulang ke kampung, perayaan ini selalunya disambut bersama keluarga.
5. Dari segi diri:
Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Islam iaitu persediaan dalaman(rohani) bagi setiap umat Islam. Perlaksanaan sebenar perayaan ini adalah bagi mengugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan(bertaubat), saling bermaafan, dan bersedia menghadapi cabaran yang menguji tahap keimanan seseorang. Ini kerana syaitan dan iblis dirantai di bulan Ramadhan, maka ini adalah peluang seseorang itu melatih nafsunya dan meningkatkan tahap keimanan tanpa gangguan, seterusnya bersedia bagi menghadapi hari dimana syaitan dan iblis dilepaskan semula(pada Syawal).
6. Lain-lain persediaan:
• Kewangan (terutamanya duit raya)
Amalan Lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan