Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

05 Ogos 2012

Tazkirah ramadhan 7 - Nuzul Al-Quran: Sejauh Mana Penghayatan Kita?

Saya mengucapkan selamat menyambut nuzul Al-Quran kepada seluruh umat islam di dunia.


6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadhan 1433 H merupakan Hari Nuzul Quran seperti yang tercatat dalam kalendar Malaysia. Tidak semua negeri yang mengambil hari ini sebagai hari cuti. Hanya Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P.Pinang, Selangor, dan Terengganu menjadikan ia cuti bagi negeri masing-masing.
Ramai yang menulis mengenai Nuzul Al-Quran. Sama ada pada ruang status Facebook mereka, pada blog masing-masing, twitter, dan laman sosial yang lain. Ada yang menulis mengenai sejarah penurunan Al-Quran, ada pula yang menulis tentang kehebatan Al-Quran, dan pelbagai lagi corak dan bentuk pemikiran manusia. Saya tersenyum memikirkan inilah hebatnya Kalam Allah yang merupakan mukjizat Nabi saw.
Al-Quran sebagai panduan hidup
Mungkin penulisan kali ini tidak menyentuh aspek khilaf tarikh nuzul Al-Quran atau sejarah disebaliknya. Tetapi apa yang ingin dimuhasabah bersama ialah, sejauh mana kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup? Adakah kita benar-benar menghayati kata-kata terakhir Baginda Nabi saw yang mengatakan bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Nya? 
Dalam sehari, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita baca? Dalam sehari, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita faham? Dalam sehari, berapa banyak ayat Al-Quran yang kita tadabbur? Mari kita bandingkan pula dengan kehidupan seharian kita. Dalam sehari, berapa lama kita buka Facebook? Dalam sehari banyak komen dan ‘like’ yang kita peruntukkan di Facebook? Dalam sehari, berapa jam kita bersama Facebook? Allahu Rabbi.
Al-Quran bukan sekadar di bibir. Ia bukan teori dan retorik malah ia adalah panduan hidup yang sangat praktikal. Bukan sahaja ia sesuai untuk zaman lampau, malah ia sangat sesuai dipraktikkan hingga akhir hayat. Ia bukan hanya untuk bangsa Arab, malah ia sangat sesuai untuk semua kaum dan bangsa. Subhanallah! Inilah Agungnya Al-Quran.
Justeru itu, mari kita sama-sama menghayati dan mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran secara keseluruhannya. Bukan sekadar berdamping dengan Al-Quran pada bulan Ramadhan, tetapi menjadikan ia panduan hidup serta jawapan kepada setiap persoalan hidup yang terungkai. Ayuh, perkasakan amal ibadah dalam menjalani madrasah tarbiyah terutama dalam 10 malam yang terakhir. Mudah-mudahan Lailatul Qadar yang kita impikan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah