Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

13 Disember 2009

Jadilah umat terbaik


UMAT Islam begitu teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

RASULULLAH SAW bersabda; ''Muslim yakni orang Islam itu adalah saudara Muslim, tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh membiarkannya (jika dianiaya orang lain). Barang siapa yang suka menolong hajat saudaranya, maka Allah akan menolong hajatnya. Barang siapa yang melapangkan kepada sesama Muslim suatu kesusahan dari sekian banyak kesusahan di dunia, maka Allah akan memberikan kelapangan kepadanya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (hadis riwayat Bukhari.)Demikianlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya supaya sentiasa memastikan di mana juga kita berada dan apa juga warna kulit atau bangsa kita, selagi mereka beragama Islam maka selagi itulah kita harus berpegang teguh kepada hadis tersebut.
Atas sebab itulah, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah kaki melakukan lawatan bagi meninjau kehidupan masyarakat Islam di selatan Thailand ia mendapat pujian pelbagai pihak terutamanya alim ulama di wilayah yang sedang bergolak itu.
Serangan bom yang berlaku sehari sebelum Najib tiba di Narathiwat, sama sekali tidak melunturkan semangat Perdana Menteri yang sememangnya ingin menunjukkan keikhlasan betapa sebagai saudara sesama Islam, umat Islam di Malaysia bersedia membantu masyarakat di selatan Thailand.
Wilayah
Sememangnya umat Islam di wilayah tersebut memerlukan pembelaan, tanpa mengenepikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Thailand, masyarakat berkenaan memerlukan komitmen daripada negara-negara Islam seperti Malaysia membantu meningkat taraf ekonomi mereka dan lebih penting memulihkan situasi keamanan di situ.
Mereka sudah bosan dengan konflik yang berlaku kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada umat Islam. Setiap hari ada sahaja umat Islam yang terkorban atau tercedera hanya semata-mata perjuangan sia-sia kelompok puak pemisah yang kononnya ingin membebaskan mereka daripada pemerintahan kerajaan Thailand.
Tetapi mengangkat senjata bagi mencapai cita-cita seumpama itu apatah lagi menentang pemerintah yang sah bukannya ajaran Islam malah dalam al Quran Allah telah memperingatkan umat Islam supaya taat kepada Allah, rasul dan ulul amri.
Ertinya walaupun umat Islam berada di bawah pemerintah yang bukan Islam tetapi mereka harus taat kepada pemerintah negara tersebut asalkan pemerintah itu tidak menyuruh mereka melakukan perkara bertentangan dengan agama Islam.
Berpegang kepada firman Allah itulah, Najib dalam ucapannya mahu umat Islam di selatan Thailand sentiasa setia kepada negara, raja dan Perlembagaan negara itu dan berusaha menjadi umat Islam terbaik.
Najib mahu mereka membuktikan bahawa biarpun mereka golongan minoriti dalam sebuah negara seperti Thailand tetapi ia tidak harus menghalang mereka untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sememangnya itulah ajaran Islam, tidak kiralah apa pun warga negara apa yang penting mereka harus sentiasa patuh dalam melaksanakan perintah Allah dan menjadi umat terbaik.
Selain itu, apa yang lebih penting ialah umat Islam di selatan Thailand juga harus membenci keganasan dan jangan sesekali dengan bersekongkol dengan perbuatan sedemikian.
Ia kerana dalam Islam membunuh insan yang tidak berdosa atas alasan apa pun sekali adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Justeru dalam situasi sekarang, apa yang lebih ialah umat Islam di wilayah berkenaan menumpukan perhatian kepada usaha membawa keamanan di situ dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Sesungguhnya Allah mencintai hamba-Nya yang mencintai keamanan dan sentiasa berusaha mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selain itu, umat Islam di wilayah itu juga harus mengerti bahawa sebagai negara Islam, Malaysia sentiasa bersedia membantu mereka kerana itulah seruan Allah.
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah