Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

19 Disember 2009

Maal hijrah-bahagian 4(Perpaduan di sebalik Hijrah)

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1431H bersamaan 2009M pada tahun ini dalam suasana tawadhuk, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sambutan ini mempunyai keunikan dan signifikan besar kepada perjuangan dan perkembangan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari ini. Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah merupakan satu perancangan strategik yang dijana melalui pemikiran berasaskan daya kreativiti dan inovasi melalui penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’. Sesebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan. Khaira Ummah dicerna melalui satu ukhuwwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi. Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummah dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah SAW pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira keturunan, warna kulit dan kedudukan. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah.

Semangat Hijrah amat bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat. Gagasan ini berteraskan kepada nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Ini bermakna kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan Negara demi kemakmuran bersama.

Umumnya mengetahui bahawa kita sudah 52 tahun merdeka, cabaran paling besar yang dilihat sebagai penghalang kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian kaum adalah perpaduan. Ironinya, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan Negara. Kejayaan tidak akan datang menggolek, sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan. Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian, sekarang kita melakukan hijrah ke satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi,kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ini bagi menjayakan transformasi ekonomi kearah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global.

Justeru, bersamalah kita bersatu hati dan bersatu tekad. Hijrahlah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik walau apa peranan kita samada sebagai pemimpin, kerajaan mahupun rakyat. Namun apa yang penting, kita perlu terus mengurus kejayaan dan membina kekuatan Ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini. Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara Negara membangun paling maju, dinamik dan progresif. Formula yang mendasari kejayaan ini adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada konsep Wasatiyah dengan menerima kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan.

Natijahnya, walau apapun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkonvensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru. Ianya hanya boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan dari perpaduan sesama kepada perpaduan Satu Ummah. Saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H kepada semua umat Islam Malaysia di mana jua berada. Semoga kita dapat bersama-sama meraikan sambutan Maal Hijrah ini bersama rakan kita dari pelbagai agama dan bangsa melalui semangat Hijrah yang mengutuhkan perpaduan dan mengutamakan keadilan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah