Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

22 Disember 2009

Membantu sesama Islam, jauh bukan alasan



Peperangan di Vietnam telah mencetuskan satu revolusi kepada rakyat negara itu bangkit menjadi sebuah empayar yang berjaya menentang koloni penjajah Amerika Syarikat (AS). Dalam tamadun kebangkitan menentang penjajah itu, minoriti masyarakat Melayu-Champa yang beragama Islam terlibat dalam menentang koloni-koloni dalam memerdekakan negara itu.
Mengikut sejarah, Empayar Champa merangkumi kawasan pertengahan dan selatan Vietnam. Namun akibat peperangan antara golongan Champa dan Vietnam serta peperangan yang berlanjutan antara negara Sosialis itu ke atas penentangan terhadap AS telah mencetuskan penghijrahan orang Champa ke Kemboja, Patani, dan Kepulauan Borneo termasuk di selatan Thailand.
Malah kebanyakan mereka kini menetap di sempadan Vietnam-Kemboja. Kebangkitan umat Islam bermula dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan melalui penaklukan kuasa dan jajahan.
Dalam peperangan polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisytiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat dan rejim yang melakukan kezaliman dalam usaha untuk memalingkan rakyat daripada agama yang dianuti.
Sehingga kini mengikut catatan sejarah beratus-ratus umat Islam dibunuh di Vietnam dan di Kemboja. Ia membuktikan kezaliman serta penindasan yang berlaku demi memastikan Melayu-Champa terus lenyap di muka bumi ciptaan Allah SWT.
Kini setelah beberapa dekad lamanya, Vietnam bebas daripada cengkaman peperangan dan penjajah. Bagaimanapun, negara itu masih dibelenggu dengan masalah kemiskinan ekonomi kerana mempunyai jumlah rakyat mencecah berjuta-juta orang.
Ekoran krisis ekonomi yang berlanjutan, kerajaan Vietnam telah mengambil langkah serta memperkenalkan dasar ekonomi terancang untuk menjadikan Vietnam sebagai sebuah negara pertanian dan perindustrian.
Hasil daripada dasar dan perancangan itu, berjuta-juta rakyat Vietnam kini mendapat peluang pekerjaan di bawah ekonomi baru yang lebih sistematik dan tersusun.
Namun pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Vietnam masih belum dapat membantu golongan minoriti umat Islam yang menetap di negara itu.
Menyedari hakikat itu, Biro Antarabangsa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan program misi perdagangan dan lawatan amal ke Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.
Misi tersebut diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamad Yusoff.
Misi tersebut menumpukan usaha membantu masyarakat Islam khususnya dalam memberi latihan dan bimbingan di samping sumbangan amal serat projek menaik taraf surau dan masjid di sekitar Hon Chi Minh.
Kedaifan masyarakat Islam Vietnam mula mendapat perhatian apabila coretan dan kedaifan umat Islam Vietnam untuk menghadiri kelas pengajian al-Quran disiarkan media-media antarabangsa.
Menurut Shahanim, usaha membantu masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk di Vietnam tidak seharusnya terhenti walaupun jarak memisahkan antara dua buah negara.
"Sehingga kini, peranan Biro Antarabangsa telah membantu rakan-rakan seagama terutama dari segi latihan dan bimbingan serta sumbangan dalam memakmurkan Islam tercinta.
"Kita bukan sahaja menyumbangkan kira-kira RM10,000 untuk pembinaan surau dan masjid tetapi skop kita juga lebih menumpukan kepada golongan asnaf serta ibu tunggal di negara ini," jelasnya.
keprihatinan
Hasil keprihatinan Malaysia, sebuah rumah berjaya dibina untuk ibu tunggal yang kematian suami di Kampung Tuan Buu, Vietnam.
"Kita membiayai projek membina rumah bagi membantu ibu tunggal Shifa Ibrahim serta membaiki semula surau yang usang di sini," tambahnya.
Shahanim berkata, selain pakaian terpakai, bantuan wang tunai turut diagihkan bagi memastikan umat Islam di sini dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa.
"Kami terpanggil membantu atas dasar saudara seagama dan kemanusiaan," ujarnya.
Keceriaan dan rasa bersyukur jelas terpancar di wajah penduduk di Kampung Tuan Buu ini apabila anggota misi Biro Antarabangsa berjaya memohon daripada Kerajaan Vietnam untuk meluluskan sebidang tanah khusus untuk pembangunan surau dan umat Islam di situ.
Dengan kejayaan misi mendapat hak milik tanah itu secara langsung membantu menaikkan semangat umat Islam untuk terus mendalami ilmu agama walaupun penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan ini hanya dihuni kira-kira 20 orang.
Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak mematahkan semangat mereka. Ini kerana setiap tiba waktu solat setiap ruang di surau dan masjid di sini dipenuhi dengan jemaah.
Itulah gambaran yang menyentuh perasaan setiap insan apabila melihat kedaifan masyarakat di sini dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam.
Malahan sifat pengorbanan para alim ulama yang terpaksa di Vietnam menjadi penyumbang di atas usaha untuk meningkatkan syiar Islam dan agama suci ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah