Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

06 Disember 2009

Mengerjakan haji lebih mudah


ALHAMDULILLAH, hampir tiga juta umat Islam dapat mengerjakan haji tahun ini tanpa sebarang tragedi berdarah walaupun hujan lebat yang berlaku sehari sebelum hari wukuf mengorbankan lebih 100 nyawa di Jeddah, yang jauhnya kira-kira empat jam perjalanan menaiki kereta dari Mekah.
Hujan lebat selama lebih tiga jam yang turun pada hari tersebut amat jarang berlaku ketika umat Islam berhimpun di puluhan ribu khemah penginapan di Padang Arfah sebagai persediaan untuk menghadapi hari wukuf, iaitu salah satu rukun haji. Tanpa wukuf, kerja-kerja haji seseseorang jemaah itu tidak sah.
Pada hari itu, keadaan nampak begitu kelam-kabut kerana air hujan memasuki khemah sehingga tilam bantal habis basah kuyup dan jemaah terpaksa bergelap selama lebih tujuh jam kerana bekalan elektrik terpaksa dihentikan.
Kedatangan hujan itu seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej. Jen. (B) Jamil Khir Baharom ketika menziarahi jemaah haji Malaysia, walaupun menimbulkan kekecohan tapi ia tetap sebagai rahmat bagi menyejukkan suasana panas dan kering di Padang Arfah. Beberapa hari sebelum itu diadakan solat hajat bagi memohon Tuhan menurunkan hujan. Dan sebab itu penduduk setempat mengganggap hujan lebat yang turun menjelang sehari sebelum hari wukuf itu adalah rahmat.
Seperkara lagi, adakah hujan yang turun itu adalah ujian Tuhan bagi melihat sejauhmana seseorang jemaah dapat menghadapi sedikit ketidakselesaan apabila terpaksa bergelap dan ada yang mencari plastik untuk dialas atas tilam yang basah. Bagi jemaah yang datang melalui Tabung Haji, mereka agak beruntung kerana mendapat tikar plastik yang disumbang oleh TM.
Mengulas mengenai keselesaan, jemaah haji sekarang memang terlalu beruntung berbanding dulu. Walaupun ada yang berkongsi khemah sehingga tujuh lapan orang, tetapi keadaan tempat penginapan lebih selesa dengan setiap khemah disalurkan pendingin udara.
Pemandangan gersang di Padang Arfah tahun demi tahun juga makin menghijau walaupun bukit-bukau di sekelilingnya masih seperti dulu iaitu gondol dan berwarna coklat tanpa ada satupun pokok.
Difahamkan projek besar-besaran menanam pokok-pokok yang bermula pada pertengahan tahun 1980 lalu mula menampakkan hasil. Di kebanyakan kawasan di Padang Arfah dan Muzdalifah termasuk sepanjang lebuh raya menghala ke situ, pokok-pokok itu sudah semakin tinggi dan memberikan suasana baru yang lebih sejuk mata memandang berbanding dulu.
Ada juga guru agama yang ditanya pendapat mereka mengatakan antara tanda-tanda dekatnya hari Kiamat ialah apabila bumi Arafah ‘menghijau’ dengan pokok-pokok. Ini kerana Arafah dikaitkan dengan keadaan persekitaran Padang Masyar iaitu tempat dihimpunkan semula manusia selepas berlakunya hari Kiamat.
Bagaimanapun, ada juga pendapat yang mengaitkannya dengan doa sebahagian besar jemaah yang mahu keberadaan mereka di Mekah, Arafah, Muzdalifah dan Mina ‘dipermudahkan’ sewaktu melaksanakan ibadat haji.
Mengambil contoh tempat untuk ‘membuang hajat’, barisan jemaah yang beratur untuk menggunakan tandas tidaklah sebegitu panjang kerana kemudahan itu telah diperbanyakkan. Kemudahan tandas walaupun nampak remeh tetapi ia adalah masalah yang selalu menghantui jemaah apabila mereka berada di Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Selain dari persekitaran yang makin menghijau, kerajaan Arab Saudi berusaha melancarkan pergerakan jutaan jemaah di Mekah dan pergerakan mereka pada hari wukuf apabila projek monorel kini sedang giat dibina menyambung Mekah, Mina, Muzdalifah dan Padang Arfah.
Projek memakan kos lebih RM4 bilion itu akan mengelak kesesakan teruk dan mengurangkan penggunaan puluhan ribu bas yang digunakan untuk mengangkut jemaah haji.
Bagi menambah keselesaan beribadat, kawasan dataran Masjidil Haram akan diperluaskan seperti mana perluasan kawasan dataran Masjid Nabawi di Madinah. Di bawah projek yang sepatutnya bermula tahun lalu, banyak bangunan kedai dan hotel lama akan dirobohkan termasuk untuk menggantikannya dengan bangunan lebih m0den.
Antara bangunan paling menonjol yang telah projek pembinaannya telah bermula awal tahun ini ialah Kompleks Jabal Omar. Kompleks menelan kos lebih RM4 bilion itu terdiri daripada beberapa buah hotel penginapan jemaah haji termasuk bangunan pencakar langit berkembar ala Menara Petronas di Malaysia.
Yang menarik ruang solat yang luas disediakan di kompleks itu dan jemaah tidak perlu ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 300 meter kerana mereka akan turut bersolat mengikut imam masjid tersebut. Ini kerana dari kedudukan ruang solat di kompleks itu, jemaah boleh nampak ruang imam Masjidil Haram.
Kadar sewa
Apa yang membanggakan dua syarikat dari Malaysia iaitu UEM Construction Sdn. Bhd. dan Ahmad Zaki Resources Bhd. turut terlibat dalam projek mega tersebut yang dijangka siap pada akhir tahun 2011.
Persoalannya, permodenan kawasan sekitar Masjidil Haram dengan kehadiran lebih banyak bangunan dan hotel-hotel baru menimbulkan kebimbangan termasuk kepada pihak Tabung Haji dan syarikat-syarikat swasta yang menyediakan pakej haji mengenai kadar baru sewa bangunan untuk musim-musim haji akan datang.
Pada musim haji tahun ini, banyak bangunan penginapan kadar sewanya naik sehingga 25 hingga 50 peratus. Kenaikan itu secara langsung akan menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan haji terutama syarikat swasta sama ada mampu mengekalkan bayaran yang dikenakan selama ini terhadap jemaah haji. Syarikat Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd. misalnya membelanjakan RM5 juta untuk menyewa bangunan bersaiz sederhana yang terletak kira-kira 300 meter dari Masjidil Haram.
Biasanya kadar bayaran yang dikenakan ke atas jemaah bergantung kepada dekat atau jauhnya sesebuah hotel atau bangunan penginapan. Semakin dekat hotel itu dengan Masjidil Haram, semakin mahal bayaran yang dikenakan kerana jemaah mudah berulang-alik untuk beribadat.
Jemaah haji Malaysia begitu beruntung kerana hampir semua hotel dan bangunan penginapan sama ada yang disewa oleh Tabung Haji, Tabung Haji Travels dan 28 syarikat swasta berada dalam lingkungan beberapa ratus meter dari Masjidil Haram berbanding jemaah dari negara lain termasuk Turki, Afrika dan Indonesia yang ramai jemaahnya menginap di kawasan berkilometer jauhnya.
Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Faudzi Mohd. Yusoff berkata, proses mengerjakan haji sekarang adalah jauh berbeza dengan pengalaman yang dihadapi oleh jemaah sebelum tahun 2000.
‘‘Di Padang Arfah, khemah penginapan jemaah hanya ada kipas angin dan belum disediakan alat penghawa dingin. Semasa saya mengerjakan haji tahun 1991, keadaan di Arfah, panasnya terlalu terik sehingga suhu mencecah sehingga lebih 50 darjah.
‘‘Di dalam khemah keadaan di dalamnya terlalu panas dan di luar, keadaannya amat panas tanpa pokok besar untuk berlindung. Bayangkan keadaan jemaah ketika itu. Ramai jemaah ketika itu jatuh sakit dan diserang strok,” katanya yang sudah beberapa kali menunaikan haji.
Pegawai penyelaras Perubatan Tabung Haji, Abdullah Talib yang telah 26 kali mengerjakan haji pula turut berkongsi pengalamannya mengenai keadaan di tanah suci semasa beliau mula menjejakkan kaki ke tanah suci pada tahun 1985 dulu dengan sekarang.
‘‘Semasa pertama kali saya dihantar bertugas sambil mengerjakan haji pada tahun 1985, dataran Masjidil Haram yang ada sekarang adalah kawasan pasar dan premis-premis kedai, manakala laluan untuk bersa‘i belum bertingkat-tingkat seperti sekarang.
‘‘Oleh kerana laluan sa‘i yang satu, bayangkan kesukaran bagi jemaah yang terpaksa bersesak-sesak untuk melakukan amalan tersebut,” katanya.
Di Padang Arfah pula pada tahun 1980-an, jelas beliau, kemudahan tandas tidak seperti yang dapat dilihat sekarang kerana tandas ketika itu hanya ada lubang dan kanvas untuk melindungi jemaah sama ada lelaki atau wanita ketika ‘membuang hajat.”
Begitu juga dengan kawasan tempat melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah kerana menurut Abdullah, dugaan untuk melakukan lontaran cukup mencabar dan malah jika nasib tidak baik nyawa boleh melayang seperti banyak kejadian yang berlaku melibatkan ratusan jemaah mati terpijak akibat rempuhan.
Pada tahun 1990, kata beliau, banyak jemaah terbunuh apabila ribuan jemaah yang mahu keluar dari kawasan melontar ‘bertembung’ dengan ribuan jemaah lain yang mahu memasuki tempat melontar sehingga berlaku asak-mengasak dan rempuhan kerana ketika itu hanya ada satu laluan sahaja.
‘‘Kini keadaan di tempat melontar terlalu jauh berbeza apabila kerajaan Arab Saudi membina Kompleks Jamrah yang dinaikkan secara bertingkat-tingkat dan kini menjadi lima tingkat. Terowong yang begitu luas di kompleks itu juga boleh mengelak jutaan jemaah dari berasak-asak dan saling merempuh.
Di Padang Arfah pula, jelas Abdullah, semasa beliau mula mengerjakan haji pada tahun 1985, hanya kelihatan anak-anak pokok yang baru ditanam dengan diairi dengan paip bawah tanah. Setelah 26 tahun berlalu, pokok-pokok itu sudah semakin tinggi dan mengubah wajah kawasan itu yang kelihatan lebih hijau.
‘‘Sebab itu, kita perlu bersyukur kerana tahun demi tahun amalan mengerjakan ibadat haji semakin selesa,” ujarnya.
Dan kerana keadaan di kawasan ibadat semakin bertambah selesa, jumlah kematian melibatkan jemaah haji dari Malaysia juga semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah