Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

16 Januari 2010

Orang beriman beroleh pahala besar

Al-Maraghi berkata: Ketika kaum musyrikin mendapat kemenangan yang sedikit dalam Perang Uhud, manakala di pihak Nabi SAW dan orang mukmin mendapat beberapa musibah, ada antara kaum munafik yang berani mengatakan kekafiran mereka secara terang-terangan.
Kemudian mereka menakut-nakutkan orang mukmin serta mengejek mereka, kerana musuh mereka telah memperoleh kemenangan. Mereka berkata: "Sesungguhnya Muhammad itu adalah orang yang suka mencari kekuasaan. Oleh yang demikian, dia memperoleh kemenangan atau kekalahan".
Bermacam-macam perkataan lagi yang boleh membuatkan orang Islam terkeluar daripada agamanya. Kejadian ini membuatkan Rasulullah SAW bersedih hati sehingga menampakkan kesedihan Baginda begitu jelas sekali.
Iktibar dan fiqh ayat ke-176:
l Ibn Kathir berkata: Hal ini terjadi kerana keinginan Baginda SAW yang kuat pada keinginan seluruh manusia, maka Baginda bersedih ketika melihat orang-orang kafir mengingkari dan menentang Baginda.
l .Al-Maraghi berkata: Mereka tidak akan berupaya mendatangkan bahaya terhadap para pemimpin Allah SWT, iaitu Nabi SAW dan para sahabatnya. Kamu tidak akan diancam bahaya oleh mereka kerana mereka sebenarnya telah memerangi Allah SWT.
Rahsia di sebalik ujian yang diberikan kepada mereka telah tenggelam dalam kekufuran sebagai menggambarkan mereka telah diharamkan untuk menikmati beberapa kesenangan di akhirat, sesuai dengan Sunnatullah dan kehendak-Nya.
2.Hamka berkata: orang yang mencuba melawan dan menentang Allah dalam sifat kebesaran-Nya itu samalah dengan kerbau yang cuba menanduk gunung.
Gunung tidak akan berganjak dari tempatnya bahkan tanduk kerbau itu yang akan luka dan patah. Maka akan hancur dan menerima kesiksaan yang amat berat ialah si penentang Allah itu sendiri. Sebab itu janganlah hal itu menyebabkan engkau berdukacita.
3.Al-Sonhaji berkata: Ayat ini diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghiburkan hatinya, supaya jangan berdukacita ketika melihat sikap orang-orang munafik, ketua-ketua Yahudi, orang-orang musyrik dan golongan orang-orang murtad yang berterusan dalam kekufuran.
Mereka berkumpul untuk memerangimu dan membantu orang-orang yang memusuhimu. Janganlah berdukacita ketika melihat sikap mereka kerana Allah SWT menjadi sebaik-baik penolong.
Iktibar dan fiqh ayat ke-177:
4. Al-Qurtubi berkata: Mereka di kalangan musyrikin tidak akan dapat memberi mudarat kepada Allah sama ada sedikit mahupun banyak.
5. Al-Maraghi berkata, ayat ini menunjukkan dua perkara penting:
a.Menegaskan bahawa orang kafir tidak sekali-kali datang membahayakan diri Nabi SAW.
b.Menegaskan kebodohan dan kejahilan mereka kerana pada mulanya kafir, kemudian beriman, lalu kafir semula. Ini membuktikan mereka itu erada dalam keadaan goyah dan tidak mempunyai pendirian tegas. Orang seperti ini perlu difikirkan dan diberi perhatian khusus.
6. Hamka berkata: adalah satu seksaan yang amat pedih dalam jiwa apabila iman yang berharga itu telah hilang, kerana dijual-belikan dengan kufur.
Seorang yang beriman pada mulanya kemudian tercebur ke dalam kekufuran, kerana tidak dapat menahan nafsu. Apabila gelora nafsunya telah reda, dia akan merasai kepedihan yang amat sangat didalam jiwanya.
7. Al-Sonhaji berkata: Orang-orang munafik pada mulanya beriman tetapi kemudiannnya kembali menjadi kufur. Ini bererti mereka menjualkan keimanan mereka kepada kekufuran.
Orang yang bersifat seperti ini, sedikit pun tidak akan menyusahkan Allah malah akan menyusahkan dan membahayakan diri mereka sendiri, kerana ia akan mendapat seksa yang pedih di akhirat kelak.
Iktibar dan fiqh ayat ke-178:
l .Al-Qurtubi berkata: Janganlah mereka sangka dengan menakutkan orang Islam menyebabkan mereka panjang usia dan beroleh kenikmatan kerana Allah Maha Berkuasa untuk menghancurkan mereka.
2.Al-Baghawi telah meriwayatkan dari sanadnya menerusi Abdurrahman bin Abu Bakar dari Ayahnya, katanya: Ketika Rasulullah SAW ditanya: Siapakah orang yang lebih baik? Dijawab baginda: Orang yang panjang umur dan baik almalannya. Ditanya pula: Siapakah orang yang jahat? Rasulullah SAW menjawab: Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.
3.Al-Maraghi berkata, ayat ini mengandungi beberapa pengajaran:
-Menjadi tabiat orang kafir menambah dosa meskipun umur dipanjangkan. Mereka tetap melakukan dosa menurut kemampuannya.
-Berbeza dengan orang mukmin, sekiranya Allah SWT mentakdirkan mereka berumur panjang, mereka akan menambah amalan dan melakukan kebajikan serta bersikap dermawan.
Keadaan ini menyebabkan orang mukmin menjadikannya sebagai undang-undang untuk mereka berhubung di antara mereka dengan Tuhan serta memperbaiki dirinya menurut kehendak Allah SWT.
Jika mereka bersungguh-sungguh mahu memahami dan melaksanakan perkara ini, nescaya mereka akan berjaya keluar dari kegelapan kepada cahaya dan mampu masuk ke dalam golongan orang yang mendapat nikmat Allah SWT, iaitu golongan nabi dan orang yang siddiqin.

Hamka berkata: Ayat ini ditujukan kepada orang kafir yang menyalah sangka bahawa perbuatan mereka yang tidak mengikut ajaran Allah adalah tidak salah, kerana mereka menyangka jika perbuatan mereka itu salah sudah tentu Allah akan menghukumnya.
Namun, perbuatan salah mereka itu masih berlangsung. Lantaran mereka bertambah berani sehingga dosa mereka bertambah-tambah dan mereka tidak dapat lagi melepaskan diri dari tali dosa yang berlapis-lapis yang mengikat leher mereka sendiri.
Mereka menjadi sombong kerana dibiarkan, sehingga tidak dapat lagi mengendalikan nafsunya. Ini berbeza dengan orang yang sudah ada iman di dalamnya, apabila mereka membuat salah dan menyedari kesalahan itu, maka mereka akan segera bertaubat.
Adapun si kafir yang dipandu oleh hawa nafsunya sendiri, mereka bertambah berani sehingga jatuh ke dalam seksaan yang amat hina.
Iktibar dan fiqh ayat ke-179:
l .Mujahid berkata: Pada saat berlakunya perang Uhud, Allah membezakan antara orang Mukmin dengan orang munafik.
2.Qatadah berkata: Allah membezakan mereka melalaui jihad dan hijrah.
3. Ibn Abbas dan kebanyakan Mufassirin mengatakan: Ayat ini ditujukan secara umum, kepada orang kafir dan orang mukmin serta kepada orang-orang munafik.
4. Al-Maraghi berkata, aspek penderitaan dan cubaan mengandungi pelbagai faedah, antaranya:
-Orang munafik sudah pasti bersikap berhati-hati agar kemunafikan mereka tidak diketahui. Orang yang memiliki iman sebenar-sebenarnya mampu menyampaikan beberapa rahsia agama kepada orang munafik dengan prasangka baik kepada mereka.
Mereka melihat si munafik ini melaksanakan beberapa kewajipan yang zahir. Sebaliknya jika orang munafik menyebarkan rahsia, ruang kemunafikannya terserlah dan menyebabkan umat Islam sejati mengetahui hal ini dan bersikap berhati-hati dengan golongan tersebut.
5.Jemaah Islam dapat mengamati keadaannya sebab dengan terungkapnya sifat kaum munafik dapatlah dibuktikan bahawa mereka adalah lawan, bukan teman.
Begitu juga dapat diketahui keadaan orang yang lemah imannya, iaitu orang yang belum merasai penderitaan dan cubaan.
6.Dapat menghindarkan diri daripada segala tipu daya, sebab adakalanya mereka yang beriman dengan sebenar-benar belum mampu mengetahui kadar kelemahan iman dan akhlak mereka sebelum menghadapi sebarang penderitaan dan cubaan.
Oleh yang demikian, mereka akan dapat mengenali sejauh mana tahap keimanan mereka.
7.Hamka berkata: Allah tidak akan membiarkan keadaan aman yang bererti mati atau sepi yang bererti kubur.
Dalam keadaan tenang-tenang saja, tidaklah dapat dilihat perbezaan antara yang beriman dengan keadaan munafik ataupun yang kafir. Ayat ini berkait rapat dengan kejadian perang Uhud.
Semoga kita menjadi orang yang benar-benar beriman dan membuang tabiat yang kufur. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah