Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

27 Februari 2010

ceramah Maulidur Rasul bahagian 7-Umat Islam perlu elak berkelahi sesama sendiri

SAMBUTAN Maulidur Rasul semalam, disambut dengan pelbagai acara bagi mengingati dan menghayati sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada pagi hari lagi kelihatan umat Islam terutama orang Melayu memakai baju kebangsaan menuju masjid dan surau. Ada yang berpakaian biasa untuk menyertai program gotong-royong dan silaturrahim.
Tetapi paling banyak ialah umat Islam yang duduk di rumah sahaja kerana hari cuti umum.
Sudah berpuluh tahun umat Islam negara ini menyambut Maulidur Rasul. Hari yang cukup bermakna ini sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah itu bukan disambut sekadar upacara rutin tahunan dengan perarakan, laungan selawat tanpa diikuti penghayatannya.
Dalam konteks perpaduan umat Islam Malaysia sahaja, kita sepatutnya menghayati konsep perpaduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
Apakah perpaduan ummah ini masih kuat dalam diri umat Islam Malaysia? Atau apakah dunia politik sedang mengikis semangat perpaduan itu hingga timbul pula roh benci dan bermusuhan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu?
Kalau menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul ini, sempat juga diselit dakyah-dakyah politik supaya membenci pemerintah.
Sebelum keadaan bertambah teruk dengan unsur-unsur kebencian dan permusuhan, maka kita sendiri harus segera selamatkan perpaduan Melayu/Islam. Hentikan perkelahian sesama orang Melayu.
Banyak mesej yang kita dengar - janganlah kerana perbezaan parti kita sanggup meruntuhkan kekuatan ukhuwah yang sedia terjalin. Jangan kerana taksub dengan pandangan dan ideologi parti politik, kita menghancurkan prinsip Islam sejati.
Jika kita menghayati dakwah Rasulullah, kita tidak disuruh mengabaikan perpaduan. Tetapi yang menghairankan kita, dari tahun ke tahun kita menyambut Maal hijrah dan kemudian Maulidur Rasul, semakin renggang perpaduan ummah. Kenapa?
Sedangkan semua orang Melayu sedar bahawa maruah agama Islam yang kian dicabar dan diancam kesuciannya hanya mampu ditebus apabila kita bersedia bermaafan dan bersatu.
Pemimpin agama dan politik harus melupakan perselisihan dan pertikaian demi agenda bangsa dan agama yang lebih besar.
Maruah dan martabat Melayu/Islam di negara ini hanya mampu dijulang kembali apabila kita benar-benar menghayati nilai dan prinsip Islam sekali gus membudayakan konsep perpaduan sebagaimana keperibadian Rasulullah.
Susah sangatkah kita hendak bersatu dan 'bersaudara' kembali?
Kita perlu perbetulkan masalah perpaduan ini kerana Islam adalah agama murni yang mendidik kita mengenai keharmonian dan kesejahteraan.
Kita juga perlu membuktikan kepada penganut-penganut agama lain di negara ini bahawa Islam bukannya seperti yang digambarkan oleh dunia pada masa kini.
Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam negara ini menggembleng tenaga dan bersatu untuk memperbetulkan kesilapan masa lalu. Ikut panduan Rasullullah dalam menyatukan semua umat Islam ketika kita menghadapi masalah percanggahan pendapat dalam politik.
Tidak perlu diajar cara bagaimana hendak menyatukan semua umat Melayu/Islam negara ini. Kita semua tahu apa sebenar masalah hingga sukar menggembalikan perpaduan.
Semangat tolak ansur dan perundingan antara pemimpin Melayu/Islam perlu difikirkan dengan bersungguh-sungguh.
Kalau kita hayati dengan serius kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW dan mahu menjadikannya panduan umat Islam dalam menjalankan urusan harian, insya-Allah segala bentuk polemik dalam masyarakat boleh dikurangkan.
Elok sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" maka jangan dilengah-lengah usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan umat Melayu/Islam.
     

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah