Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

09 April 2010

Keadilan mengatasi segala-galanya

KITAB suci al-Quran mengandungi panduan hidup tentang kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebahagian daripada intipati ajaran Islam adalah tentang kesejahteraan, keamanan, ketenteraman dan keselamatan. Manusia hanya boleh selamat daripada belenggu kerisauan apabila wujudnya kesejahteraan dan keadilan.
Syariat Islam yang diterjemahkan melalui sumber al-Quran, sunah dan 'ijma ulama bertujuan mewujudkan asas-asas keselamatan berlandaskan keadilan dan kesejahteraan. Oleh sebab itulah, syariah wajib dilaksanakan bagi memenuhi keperluan asas keselamatan manusia dengan menjaga lima perkara utama iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
Manusia tidak akan mampu menikmati keamanan dan keselamatan mutlak sekiranya tiada keadilan. Adil itu adalah meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang sepatutnya. Dengan itu, Allah menurunkan panduan hidup kepada umat manusia melalui para Nabi dan Rasul supaya keadilan itu dapat dimanfaatkan. Ini bererti setiap kejadian berpunca daripada kuasa Allah SWT dan hanya padaNya sahaja tempat rujukan.
Sesiapa sahaja yang meyakini bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan wajib disembah adalah seorang Muslim. Sesiapa sahaja yang memiliki keyakinan itu membawa risalah Islam yang mempelopori nilai-nilai keamanan, kesejahteraan dan kedamaian. Apakah hubung kait Islam dan kesejahteraan?
Perkataan Islam berasal daripada kata dasar salama bererti kesejahteraan. Ia juga boleh diertikan keamanan, kedamaian, dan keselamatan. Perkataan salam bererti sejahtera. Maksud salam itu terkandung dalam ucapan salam sejahtera ke atas rakan taulan yang mengucapkannya sebagai tanda mendoakan kesejahteraan kepada mereka.
Perkataan aslama pula kata kerja bererti 'menghambakan dan menyerah diri'. Dalam konteks hubungan kita dengan Allah, ia bermaksud 'saya menyerahkan diri dan menyembah Allah'. Maka dengan itu, adalah jelas bahawa Islam itu adalah pengiktirafan mutlak manusia kepada Penciptanya, Allah yang Maha Esa, yang sewajarnya disembah dan diserahkan segala-galanya.
Faham Islam yang betul akan mencorakkan nilai kefahaman tentang keamanan, kesejahteraan dan kedamaian dalam diri seseorang. Inilah yang dikatakan kesejahteraan mutlak. Kesejahteraan dalaman dan luaran yang dimaksudkan ini hanya diperoleh apabila Islam diamalkan atau dilaksanakan secara tepat. Islam membawa bersama keadilan, sekali gus memancarkan kesejahteraan yang mencetuskan keselamatan dan kedamaian. Hakikat itu dapat kita rasai apabila hati nurani dapat merasai kehadirannya.
Dalam konteks urusan kenegaraan, keselamatan yang dimaksudkan tidak semata-mata wujud apabila keadaan sesebuah negara itu tidak berperang. Ini kerana ada juga negara-negara yang tidak berada dalam kancah peperangan berada dalam keadaan takut, tidak selamat, was-was, tidak ada kesejahteraan, kedamaian dan keamanan.
Keselamatan dalam Islam merujuk kepada perasaan selamat yang mutlak dan perasaan ini memberi ketenangan di dalam jiwa yang terhasil kerana keyakinan mutlak kepada Maha Pencipta, Allah SWT. Inilah yang dikatakan keselamatan mutlak yang akan mewarnai nilai diri dan sikap seseorang yang akan menular ke dalam keluarganya, masyarakat dan juga dunia secara amnya. Seperti mana yang telah dijelaskan tadi, titik keselamatan bermula daripada adanya kesejahteraan yang bersumberkan keadilan. Tidak akan wujud keselamatan, sekiranya tiada keadilan.
Keadilan ('adl) secara umum bermaksud 'meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempat dan keadaannya'. Allah SWT telah berfirman bahawa wahyu-wahyu yang diturunkan itu bertujuan memberi panduan kepada manusia untuk menegakkan keadilan.
Ibn Qayyim apabila mentafsirkan surah al-Hadid ayat ke-25 berkaitan keadilan menegaskan bahawa 'keadilan adalah matlamat utama Islam'. Allah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk menegakkan keadilan. Sebarang langkah ke arah menegakkan keadilan merupakan sebahagian tuntutan agama. Dengan merujuk kepada panduan-panduan yang terdapat dalam al-Quran, hadis serta 'ijma ulama, kita boleh peroleh banyak pengajaran tentang hal-hal yang membawa ketidakselamatan.
Contohnya, faktor-faktor yang menggalakkan perpecahan dan perbalahan umat seperti fitnah dan hasad. Oleh sebab itu, disyariatkan menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan seperti ini sehinggalah undang-undang digubal untuk membendung jenayah.
Sering kali terlintas di fikiran kita bahawa, apabila sahaja kita memikirkan soal keselamatan, kita akan menggambarkan perlunya undang-undang untuk menjamin keselamatan. Tidak dinafikan bahawa undang-undang memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan, namun keselamatan masih terancam walaupun adanya undang-undang.
Umat manusia memerlukan undang-undang sebagai kawalan luaran tetapi memerlukan adab dan etika untuk mengawalnya dari sudut dalaman. Kawalan dalaman inilah yang mencerminkan ketakwaan kepada Allah. Hakikatnya, Islam tidak sahaja menggariskan prinsip-prinsip umum tentang urusan kehidupan seharian, malah menggariskan secara terperinci undang-undang yang menjaga keselamatan diri dan hubungannya dengan orang lain serta makhluk lain. Dari punca inilah maka berkembangnya undang-undang yang ada hari ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap tamadun, negara dan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan ideologi mendambakan keamanan dan keselamatan. Namun, manusia berhadapan dengan keterbatasan ilmu dan hanya Allah sahaja maha mengetahui keperluan undang-undang yang bagaimana menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di muka bumi dan juga di akhirat. Islam sebagai agama kesejahteraan mengutamakan penjagaan asas keadilan yang dikenali Maqasid Syar'iyyah.
Maqasid atau matlamat syariah adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan manusia melalui penjagaan terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Kelima-lima aspek penjagaan yang dititik-beratkan dalam agama Islam ini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan seseorang itu terjamin. Sekiranya salah satu aspek penjagaan ini diabaikan, maka akan musnahlah keseimbangan dan asas keadilan yang akan menggugat kesejahteraan hidup. Jelaslah bahawa di antara tujuan utama agama Islam diturunkan adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup dan keselamatan manusia. Agama Islam memberi perlindungan yang menyeluruh ke atas kesejahteraan dan keselamatan manusia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah