Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

30 Mei 2010

Allah tegaskan Nabi bukan gila



Mempelajari al-Quran dapat meningkatkan keyakinan kita terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW. - Gambar hiasan


Setelah Allah SWT menjelaskan keadaan hari kiamat berserta keadaan huru-haranya yang mana pada ketika itu manusia termangu-mangu melihat hasil perbuatan mereka ketika di dunia. Ketika itu cukup jelas kepada mereka amalan manakah yang diterima dan mana pula ditolak.
Lalu Allah SWT susuli dengan keterangan bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada mereka tidak lain adalah al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya dan ayat-ayat yang memberi petunjuk.
Segala celaan yang mereka tuduh kepadanya, sebagaimana mereka lontarkan bahawa Baginda seorang ahli sihir, gila, pendusta atau penyair hanyalah satu pendustaan semata-mata. Kedegilanmu dan kesepakatanmu dalam memusuhinya hanyalah kebongkakanmu semata-mata. Padahal dihatimu menyedari kebenaran perkara ini ataupun kebaikan dakwahnya.

Firman Allah SWT: Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul.
Ibn Abi hatim dan Ibn Jarir meriwayatkan dari Ali: Sungguh aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan terbenam. Iaitu bintang-bintang yang terbenam pada siang hari dan muncul pada malam hari.
Firman Allah SWT: Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya.
Dan Ibn Jarir tawaqquf (tidak memberikan pendapatnya) pada maksud firman-Nya. Apakah itu bintang-bintang atau kijang dan sapi liar. Dia mengatakan: Ada kemungkinan semua itu yang dimaksudkan.
Firman Allah SWT: Dan malam, apabila ia hampir habis. Dan siang, apabila ia mulai terang.
Mengenai hal ini terdapat dua pendapat:
Mujahid berkata: Malam telah menjadi gelap. Sedangkan Ali bin Abi Talhah dan al-Aufi meriwayatkan dari Ibn Abbas iaitu jika malam telah meninggalkan gelapnya. Demikianlah yang dikemukakan oleh Mujahid, Qatadah dan al-Dahhak.

Syed Qutb berkata: Sebagai satu kekayaan pengucapan yang mengocakkan perasaan di samping menggambarkan hakikat kejadian alam yang sebenar. Satu kekayaan pengucapan yang amat indah ditambah perasaan manusia yang menyambut fenomena alam itu dengan hati yang sedar dan peka.
Firman Allah SWT: Sebenarnya al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia.Iaitu dalam bentuk yang sangat indah dan elok.
Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Sya'bi, Maimun bin Mihram, al-Hasan, Qatadah, al-Rabi bin Anas, al-Dahhak dan lain-lain.
Firman Allah SWT: Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Ibn Kathir berkata: Di mana Allah sebagai Rabb telah menyucikan hamba dan utusan-Nya (Jibril a.s) dengan sifat amanah.
Firman Allah SWT: Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (Wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh). Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari tuhan, kerana) Demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Ibn Kathir berkata: Nabi Muhammad SAW benar-benar melihat Jibril dalam penampilan aslinya yang mempunyai 600 sayap.
Firman Allah SWT: Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Oleh yang demikian, penceritaan yang berkaitan dengan alam akhirat seperti syurga dan neraka dan sebagainya bukan berasal daripada perkataan syaitan.
Firman Allah SWT: (dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng daripada jalan al-Quran)? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.
Syed Qutb berkata: Iaitu peringatan yang mengingatkan mereka tentang hakikat kewujudan, kejadian dan alam buana di sekeliling mereka.
Maksud peringatan kepada semesta alam ialah dakwah Islam merupakan dakwah global atau antarabangsa sejak peringkat perkembangannya yang pertama lagi sedangkan dakwah di makkah sentiasa ditentang dan diburu sebagaimana dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah.
Firman Allah SWT: Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Al-Maraghi berkata: Untuk memperoleh hidayah itu bergantung kepada kehendak Allah SWT terhadap seseorang. Allah SWT mewajibkan kepada-Nya untuk mencari jalan kebenaran, serta bersungguh-sungguh mengerjakan kebajikan mengikut kemampuan.
Firman Allah SWT: Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Syed Qutub berkata: Tujuan pernyataan ini supaya mereka jangan memahami bahawa kehendak dan kemahuan mereka adalah terpisah dari kehendak dan iradat Allah Yang Maha Agung yang menjadi pokok pangkal kepada segala perkara.

Pengurniaan kebebasan memilih dan kemudahan mencari jalan hidayah adalah berpokok pangkal daripada kehendak dan iradat Allah yang meliputi segala sesuatu yang telah dan akan berlaku.
Penutup
Hakikat agung ini perlu dijelaskan kepada kefahaman orang-orang mukmin supaya mereka dapat memahami hakikat yang sebenar. Ini supaya mereka mencari perlindungan pada kehendak dan iradat Allah SWT untuk memohon pertolongan dan taufik serta berpegang dengan-Nya dalam segala apa yang diambil dan ditinggalkan dalam perjalanan hidup mereka.
Inti sari surah ini ialah:
lPeristiwa huru-hara pada hari kiamat.
lAllah SWT bersumpah dengan bintang-bintang, malam dan subuh. Al-Quran itu diturunkan dari sisi-Nya melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
lMenetapkan kebenaran Nabi Muhammad SAW.
lMenjelaskan bahawa al-Quran itu mengandungi nasihat dan peringatan bagi orang yang inginkan hidayah dan mencurahkan kemahuannya untuk mengerjakan kebajikan.
lKehendak hamba itu mengikut kehendak Allah SWT. Ia tidak bebas melakukan sesuatu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah