Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

05 Mei 2010

Tahun dukacita nabi


Kaum Yahudi yang sanggup membunuh ramai nabi walaupun terdiri daripada bangsa mereka sendiri kerana sikap sombong dan angkuh. -Gambar hiasan

TAHUN Berdukacita atau dalam bahasa Arabnya disebut Am Al Huzni benar-benar memberikan tekanan kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu kedua-dua pembela kuat baginda iaitu bapa saudara, Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isteri kesayangan, Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid meninggalkan baginda untuk selama-lamanya. Ini menyebabkan golongan kafir Quraisy melonjak kegembiraan.
Mereka akan mengambil kesempatan atas kematian kedua-dua insan itu untuk terus menekan Nabi dan Islam.
Jika Abu Talib dan Siti Khadijah masih hidup, mereka malu-malu alah untuk melakukan penganiayaan terhadap nabi.
Bayangkan tekanan yang menimpa Rasulullah selain kesunyian yang terpaksa dilalui tanpa isteri yang selama ini menjadi pendamping rapat dan sanggup menempuh susah senang bersama tanpa sebarang rungutan.
Kesanggupan Siti Khadijah untuk turut merasai keperitan diboikot menjadi bukti betapa tingginya pengorbanan yang telah beliau lakukan terhadap baginda.
Diboikot
Akibat diboikot itu turut memberi kesan sehingga menganggu kesihatan dan membawa kewafatan Siti Khadijah.
Tiada tolok bandingnya baginda sangat menyayangi Siti Khadijah. Seorang isteri yang melahirkan enam putera dan puteri kepada baginda iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah, Qasim dan Abdullah.
Walaupun kedua-dua putera baginda itu tidak panjang usia mereka kerana meninggal dunia di usia masih kecil namun baginda meniti kehidupan yang cukup membahagiakan.
Tatkala Khadijah meninggal dunia, baginda tidak pernah memikirkan untuk berkahwin lain sehinggalah dijodohkan dengan Saudah binti Zamaah, seorang janda dan Siti Aishah binti Abu Bakar, iaitu tiga tahun selepas kematian Siti Khadijah.
Justeru dengan penuh ketabahan hati, baginda meneruskan perjuangan menyebarkan Islam walaupun dirinya terus disakiti.
Ibn Ishaq berkata, apabila Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, kaum kafir Quraisy telah menyakiti Nabi dengan cara yang mereka tidak sanggup lakukan semasa kedua-dua pembela nabi itu masih hidup.
Pernah pada suatu hari dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah ditahan oleh seorang lelaki daripada kalangan Quraisy itu lalu menaburkan tanah di atas kepala baginda. Namun baginda tidak melawan. Tetapi terus pulang ke rumah dengan kepalanya kotor penuh dengan tanah.
Lalu salah seorang puteri baginda segera membersihkan kepala baginda daripada tanah-tanah tersebut sambil menangis kerana sedih dengan nasib yang menimpa bapanya.
Malah Rasulullah yang memujuk anaknya itu supaya tidak menangis sambil berkata: "Janganlah menangis wahai anakku, sesungguhnya Allah akan mempertahankan bapamu ini."
Sempat juga baginda berkata: "Golongan kafir Quraisy tidak pernah bertindak sesuatu yang aku benci sehinggalah Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia".
Malah di kalangan para sahabat dan umat Islam lain turut menerima nasib yang sama. Penyeksaan demi penyeksaan dilakukan tanpa mengira latar belakang mereka.
Ia turut dialami sahabat baik baginda, Abu Bakar apabila dipijak dan dipukul orang semasa berada di Mekah.
Salah seorang pembesar Quraisy, Utbah bin Rabiah menghampiri lalu memukul Abu Bakar dengan sepasang kasut yang bersalut besi sehingga muka Abu Bakar cedera teruk dan pengsan.
Disebabkan keadaan Abu Bakar yang parah itu maka Bani Tayyim telah mengusung Abu Bakar dengan berselimutkan sehelai kain lalu membawanya pulang ke rumah.
Keadaannya yang parah itu menyebabkan sesiapa sahaja yang melihat tidak ragu-ragu mengatakan bahawa sahabat nabi itu sebenarnya telah mati.
Tetapi pada sebelah petangnya, Abu Bakar kembali sedar daripada pengsan. Sejurus sedar, perkara pertama yang beliau tanyakan adalah mengenai keselamatan Nabi Muhammad.
Selagi tidak diberitahu, selagi itulah Abu Bakar bertanya sehinggalah diberitahu bahawa baginda selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan
Dengan segala macam penyeksaan itu telah menimbulkan pertanyaan di kalangan sahabat baginda sendiri, mereka hairan mengapa baginda tidak meminta sahaja pertolongan dari Allah bagi menghentikan segala penyeksaan itu.
Mengapa baginda begitu tabah menghadapi segala perbuatan jahat musuh itu seolah-olah baginda tidak mampu berbuat apa-apa. Sahabat baginda iaitu Khabbab bin Al Arattt pernah bertanyakan perkara ini kepada baginda.
"Aku datang kepada Nabi ketika itu baginda bersandar di atas kain selimut di bawah teduhan Kaabah. Ketika itu kami sedang menghadapi tekanan yang hebat dari kalangan Musyrikin Mekah.
Lalu aku berkata: Apakah engkau tidak mahu berdoa kepada Allah wahai Rasulullah? (supaya Allah menghantar bantuan dan pertolongan untuk membebaskan umat Islam dari segala macam seksaan?"
Lalu dijawab baginda: "Sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu ada pada hari ini, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak membuatkan mereka berpaling daripada agama.
"Demi sesungguhnya, Allah akan menyempurnakan urusan (dakwah) ini sehingga nanti mereka yang berkenderaan dari Sanaa (Yaman) dapat menaiki kenderaan ke Hadramaut (selatan Semenanjung Arab) tanpa berasa takut kecuali kepada Allah!"
Sesetengah riwayat menambah: "Tanpa perlu merasa takut kambing-kambing mereka akan diancam oleh serigala!"
Jawapan itu menyebabkan Khabbab terdiam sambil membenarkan kata-kata Rasulullah bahawa penderitaan yang mereka alami ini tidaklah seteruk mana.
Sedangkan seksaan-seksaan yang dialami oleh umat-umat terdahulu adalah lebih zalim dan tidak akan mampu ditanggung oleh sesiapa pun.
Tidak sahaja para pengikut akan diseksa tetapi yang lebih teruk lagi ramai di kalangan nabi-nabi mereka turut diseksa dan dibunuh. Ini termasuklah Nabi Zakaria, Harun dan sebagainya lagi.
Terutama angkara kaum Yahudi yang begitu sombong dan angkuh walaupun pelbagai pertolongan yang Allah beri untuk menyelamatkan mereka dari kekejaman bangsa lain.
Namun ambil sahajalah contoh yang terjadi pada Nabi Isa a.s, seruan baginda langsung tidak didengari tetapi lebih berusaha untuk membunuh pula.
Namun akhirnya yang dibunuh, yang disalib bukannya orang lain, Yahuda @ Yahuza salah seorang daripada kaum mereka sendiri!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah