Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

12 Jun 2010

Semangat bela Palestin jangan bermusim

KEMPEN SMS Untuk Gaza yang dilancarkan Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia atau Aman Malaysia pada minggu lalu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin dan mengecam tindakan rejim Zionis ke atas sukarelawan Flotila Pembebasan menerima lebih 35,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga kini.

Bagi menyemarakkan lagi semangat warga Malaysia untuk membela nasib penduduk Palestin, Aman Malaysia akan menganjurkan pameran mengenai kesengsaraan warga Gaza pada Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil esok.
Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pameran mengenai Palestin berkenaan akan memberikan maklumat mengenai sejarah dan gambar-gambar pencerobohan bumi Palestin, kekejaman rejim Zionis, pengalaman yang dilalui Flotila Pembebasan dan pandangan masyarakat antarabangsa.
''Selepas Stadium Putra Bukit Jalil, pameran berkenaan akan dibawa ke KL Sentral sepanjang minggu depan bagi meningkatkan kesedaran pengunjung mengenai nasib warga Palestin dan menyumbang kepada kempen tersebut.
''Jumlah pengunjung yang tinggi di KL Sentral iaitu 150,000 orang setiap hari dijangka dapat meningkatkan sokongan kepada warga Gaza melalui kempen SMS Untuk Gaza," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah beliau, kempen SMS Untuk Gaza yang dilancarkan pada 4 Jun lalu menerima begitu banyak SMS ketika berita sukarelawan dan anggota media rakyat Malaysia ditahan oleh tentera Israel dilaporkan secara meluas.
''Namun, dalam dua tiga hari kebelakangan ini, SMS yang diterima semakin berkurangan. Aman Malaysia tidak mahu semangat rakyat Malaysia dalam membebaskan bumi Palestin hanya bersifat bermusim.
''Oleh itu, pameran mengenai Palestin akan diadakan secara bergerak atau road show dari semasa ke semasa di seluruh negara termasuklah di institusi pengajian tinggi (IPT) dan sebagainya," kata Ahmad Zaki.
Melalui kempen SMS Untuk Gaza, rakyat Malaysia boleh menaip perkataan GAZA dan menghantarnya kepada 32928. Setiap SMS akan dicaj kadar minimum 50 sen, selain caj yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Kutipan daripada SMS yang diterima melalui kempen berkenaan akan dihantar ke Gaza melalui Kementerian Luar.
Tambah Ahmad Zaki, Aman Malaysia mempunyai perancangan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza pada masa akan datang supaya sekatan yang dikenakan rejim Zionis ke atas Gaza terus dicabar sehingga terpaksa ditamatkan.
Aman Malaysia, katanya, turut mewujudkan jaringan dengan Aman Palestin dalam merancang bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Tambah Ahmad Zaki, ketika serangan operasi Cast Lead di Gaza pada Disember 2008, semangat masyarakat antarabangsa untuk membela nasib penduduk Palestin sangat tinggi.
Namun selepas itu, jelasnya, semangat untuk membantu Palestin sejuk sedikit sehinggalah kembali panas sempena ulang tahun memperingati setahun serangan tersebut pada Disember tahun lalu. Ulang tahun serangan berkenaan menyaksikan demonstrasi di beberapa negara bagi membantah sekatan ke atas penduduk Gaza.
''Aman Malaysia tidak mahu masyarakat Malaysia hanya prihatin kepada Gaza mengikut musim. Semangat untuk membebaskan bumi Palestin tidak boleh padam dan ini akan menjadi misi utama Aman Malaysia. Selain itu, Aman Malaysia sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan jika berlaku sebarang bencana di rantau ini," kata Ahmad Zaki.
Operasi Cast Lead dilancarkan pada Disember 2008 atas dakwaan untuk menghentikan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin. Serangan yang berakhir dengan gencatan senjata selepas 22 hari itu mengorbankan lebih 1,400 penduduk Palestin termasuk lebih 400 kanak-kanak.
Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 75 peratus daripada kerosakan atau kemusnahan rumah dan infrastruktur yang dilakukan oleh tentera Israel dalam perangnya ke atas Genting Gaza susulan operasi Cast Lead masih belum dibaiki atau dibina semula sehingga hari ini.
Kumpulan hak asasi antarabangsa mengutuk sekatan Israel ke atas Gaza dan menyifatkannya sebagai penyebab kepada krisis kemanusiaan apabila pembinaan semula kediaman dan sekolah di Gaza dihalang.
Jelas Ahmad Zaki, biarpun sebelum ini keprihatinan rakyat Malaysia kepada Gaza dilihat seolah-olah bermusim, insiden yang menimpa Flotila Pembebasan baru-baru ini memberikan impak yang besar di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
''Saya ada melihat anak-anak muda menggunakan bendera Palestin sebagai gambar hiasan pada telefon bimbit dan komputer masing-masing. Ini bermakna golongan muda Malaysia mempunyai kesedaran tentang nasib warga Palestin dan membantu mereka.
''Aman Malaysia komited untuk memastikan kesedaran dan usaha rakyat Malaysia dalam membela dan membebaskan bumi Palestin tidak akan padam selamanya," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah