Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

16 Julai 2010

Adab bermunajat



Kita disuruh berdoa sebagai tanda perhambaan kepada Allah yang Maha Kuasa. - Gambar hiasan


KITA tidak hanya dituntut menjaga adab dengan manusia sahaja, bahkan juga dengan Allah SWT. Seorang wali Allah, Wahab r.a. mengatakan: "Aku telah membaca dalam sebahagian kitab suci, bahawa Allah SWT berkata: Hambaku, patuhlah kepadaku terhadap apa yang telah aku perintahkan kepadamu, dan jangan kamu mengajar aku dengan sesuatu demi kemuslihatanmu.
"Aku akan memuliakan kepada sesiapa sahaja yang memuliakan aku, sebaliknya aku akan menghina sesiapa yang merendah-rendahkan perintahku, dan Aku tidak melihat pada hak seseorang hamba sehingga hamba itu melihat pada hak-Ku".
Manusia mengharapkan pertolongan Allah apabila berhadapan dengan kesusahan, mala petaka, musibah dan lain-lain.
Manusia bermohon kepada Allah agar kehendak dan keinginannya tercapai. Jika sebaliknya, maka tidak ada apa dilakukan kerana tidak ada apa-apa tujuan.
Manusia yang tidak bermohon kepada Allah, adalah orang yang sombong.
Sikap manusia ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: ...dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (al-Mukmin: 60)
Inilah sikap manusia. Apabila ditimpa apa jua musibah yang tidak menguntungkan dirinya akan berhubung dengan Allah, jika sebaliknya Allah tidak dihajati lagi.
Sikap sebegini menampakkan manusia tidak memahami adab dengan Allah. Ini kerana berdoa bukan untuk memohon agar Allah perkenankan hajat, tetapi ia menunjukkan sifat perhambaan manusia kepada Allah sebagai merendah diri kepada-Nya.
Sepatutnya kita bermohon kepada Allah, tetapi Dia yang berhak menentukan pada apa yang kita pilih. Ini kerana kita tidak mengetahui hakikat yang sebenar adakah yang kita pilih baik atau buruk di sisi Allah SWT.
Menjadi tanggungjawab Allah untuk memperkenankan bila dan apa yang kita pohon. Apa yang kita kehendaki tidak bermakna Allah menghendaki. Kita suka tidak semestinya Allah suka.
Allah perkenankan doa
Menurut Ibn 'Ataillah, terdapat tiga jenis manusia dalam berdoa kepada Allah:
lManusia yang tidak pernah berpaling daripada Allah. Sentiasa menyerah diri kepada-Nya dengan harapan mencapai reda Allah. Menerima apa sahaja ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik sama ada Allah perkenan doanya atau tidak.
lManusia yang berdoa kepada Allah dan yakin bahawa Allah tetap dengan janji-Nya dan sesekali tidak menyalahi janji-Nya.
Jika hajatnya belum tercapai dan doanya lambat diperkenankan, dia beranggapan positif bahawa kemungkinan cara dan kaedah, atau pelakuannya yang tidak mengikut perintah Allah. Masih melakukan maksiat sama ada disedari atau tidak.
Harapannya sentiasa tinggi agar Allah memperkenan doanya, lalu dia gembira apabila diperkenankan-Nya dan disyukuri.
lManusia yang tidak pernah putus harapan berdoa kepada Allah untuk memohon apa yang dihajati.
Namun pada masa yang sama meninggalkan perintah Allah, mengerjakan larangan dan tegahan Allah dan hatinya tidak sejajar dengan apa yang didoakan. Doa orang seperti ini lambat dimakbulkan.
Apabila doanya lambat diperkenankan hatinya menjadi ragu-ragu dan timbul kebimbangan.
Wirid dan warid
Dua perkara ini saling berkait di dalam perhubungan manusia dengan Allah. Bagi mencapai reda Allah dan syurga-Nya maka seseorang hamba itu perlu berwirid.
Wirid adalah segala amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wirid ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan jika tertinggal maka segera diqada.
Hasil daripada usaha dan ketekunan wirid ini, maka Allah akan menganugerahkan warid.Warid adalah sesuatu yang dianugerahkan atau kemuliaan yang diberi Allah kepada seseorang hamba berkat amal solehnya.
Anugerah dan kemuliaan ini yang datang daripada Allah dalam bentuk nur. Ia tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu tentang ketuhanan dan menjadikan imannya semakin bertambah.
Ini bermakna warid adalah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat dan patuh serta tunduk kepada-Nya. Wirid adalah kewajipan kita yang dituntut oleh Allah ke atas kita. Ibn 'Ataillah al-Askandari menyebutkan bahawa: "Datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan kepada sejauh mana persiapan hamba-Nya".
Wirid adalah menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang wajib dan menampungnya dengan amalan sunat.
Inilah akhlak orang yang beriman dan menjadi jalan ahli ibadat bagi menambah dan meningkatkan imannya kepada Allah SWT. Inilah yang dianjurkan oleh Nabi SAW di dalam sabda-Nya yang bermaksud: "Sebaik-baik amal kepada Allah ialah amal yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah