Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

01 Ogos 2010

Kita dihisab depan Allah




Setiap amalan kita akan dihitung di hadapan Allah di akhirat kelak. - Gambar hiasa


Sheikh al-Maraghi berkata: "Allah SWT menerangkan bahawa manusia itu akan kembali kepada Tuhannya lalu bertemu dengan-Nya dan terus dihisab, yang berkemungkinan dia akan dihisab dengan hisab yang ringan, jika dia melakukan amalan soleh dan dia dihisab dengan hisab yang sukar lagi berat, jika dia melakukan perbuatan yang maksiat.
"Seterusnya, Dia bersumpah dengan ayat-ayat-Nya yang berada di cakerawala yang jelas lagi terang, yang menjadi petunjuk bahawa kebangkitan itu pasti berlaku.
"Tidak mustahil bahawa manusia akan mengalami huru-hara yang dahsyat sehingga selesai penghisaban mereka. Setiap orang akan ditempatkan di syurga atau neraka yang telah disediakan untuk mereka".
Firman Allah SWT: Maka Aku bersumpah, Demi mega.
Ibn Kathir berkata: "iaitu ufuk yang berwarna merah sama ada sebelum terbit matahari atau selepas terbenamnya". Inilah yang dikatakan oleh Mujahid.
Firman Allah SWT: Dan malam serta segala yang dihimpunkannya.
Ikrimah berkata: "Suatu kegelapan apabila malam telah tiba dan segala sesuatu pergi ke tempatnya".
Firman Allah SWT: Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama.
Ibn Abbas berkata: "Jika telah berkumpul dan menempati posisi yang sama".
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya).
Ada banyak tafsiran berkenaan dengan dengan ayat ini. Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada asy-sya'bi beliau mengatakan: "Engkau akan naik, hai Muhammad, Langit demi langit".
Demikian itu diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud, Masruq dan Abu 'Aliyah.
Firman Allah SWT: maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
Ibn Kathir berkata: "Dan mengapa pula ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat dan firman-firman Allah, yang ia tidak lain adalah al-Quran ini, tidak mahu bersujud untuk memberikan pengagungan dan penghormatan."
Firman Allah SWT: (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang yang kafir, semata-mata mendustakannya. Sesungguhnya dalil-dalil yang mewajibkan mereka beriman sudah jelas. Namun mereka tetap mengingkari dan mendustakannya.
Perkara itu disebabkan ada perasaan iri hati mereka terhadap kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW atau kerana kebimbangan mereka akan hilangnya kekuasaan untuk memegang jabatan agama serta kepimpinan yang diwarisi dan ada kalanya kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan palsu dan tingkah laku tercela yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka.
Firman Allah SWT: Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Hamka berkata: "Namun Allah mengetahui apa yang mereka pendam di hati. Oleh Sebab itu ke mana saja pun gerak geri mereka akan diperhatikan Allah sehingga mereka tidak dapat lari."
Firman Allah SWT: Maka khabarkanlah kepada mereka Dengan azab Yang tidak terperi sakitnya.
Syed Qutub berkata: "Alangkah dahsyatnya berita gembira itu, iaitu berita gembira yang sama sekali tidak menggembirakan dan sekali gus itu juga diterangkan untung nasib yang menunggu orang-orang mukmin yang tidak mendustakan ajaran Allah dan bersedia dengan amalan yang soleh untuk masa depan mereka.
"Penerangan ini diberikan dalam bentuk pengecualian dari untung nasib orang-orang kafir yang mendustakan kebenaran".
Firman Allah SWT: tetapi orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Ibnu Abbas berkata: "Yakni tidak dikurangi". Sedangkan Mujahid dan al-Dahhak mengatakan: "iaitu tidak dihitung."
Ibnu Kathir berkata: "Dan golongan antara kedua pendapat itu bahawa pahala itu tiada putus-putusnya".
Sheikh al-Maraghi berkata: "surah ini mengandungi dua kesimpulan, iaitu:
1. Manusia akan memperolehi hasil daripada amalannya pada hari kiamat kelak. Mereka akan menerima buku catatan malan dengan tangan kanan atau dengan tangan kiri dengan cara membelakangi.
2. Manusia di dunia akan menempuhi satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.
Sama ada mereka akan menempuhi keadaan yang mengandungi kenikmatan yang kekal abadi atau menempuhi keadaan yang mengandungi seksa yang pedih.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang mendapat rahmat dan syurganya di hari akhirat kelak. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah