Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

25 Oktober 2010

Rukun qiraat menilai bacaan yang tepat


Program realiti Akademi al-Quran yang pernah ditayangkan di televisyen adalah antara yang menitikberatkan bacaan mengikut qiraat.

PENGGUNAAN teknologi pada hari ini dalam semua aspek kehidupan turut memberi kesan kepada penghasilan mushaf al-Quran. Jika dahulu al-Quran hanya ditulis dengan tangan sahaja, tetapi hari ini kitab suci itu dicetak dengan pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik.
Al-Quran juga boleh didapati dalam bentuk cekera padat, rakaman suara, capaian dalam Internet, dimuat dalam telefon bimbit dan sebagainya.
Namun pencapaian yang mengagumkan pada hari ini tidak akan dikecapi jika ulama terdahulu tidak mengambil berat tentang penulisan al-Quran, hafalan, pengajaran dan penyebarannya.
Perkembangan bacaan al-Quran dan sejarah pengajarannya di setiap generasi banyak ditulis dalam kitab-kitab berkaitan ulum al-Quran.
Sejarah menunjukkan perkembangan al-Quran selepas Rasulullah meninggal dunia bermula dengan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman Ibn Affan r.a pula berlaku peperangan di Arminiya dan Azrabaijan iaitu pada tahun 30 hijrah. Huzaifah Ibn al-Yaman mendapati banyak pertelingkahan bacaan al-Quran di kalangan tentera Islam.
Lantas beliau mengesyorkan kepada Uthman melakukan sesuatu kepada al-Quran bagi mengelak umat Islam bertelingkah sebagaimana yahudi dan nasara.
Uthman telah melantik satu jawatankuasa menulis al-Quran yang diketuai Zaid Ibn Thabit r.a dan anggotanya terdiri Abdullah Ibn al-Zubair, Said Ibn al-As dan Abdul Rahman Ibn al-Harith Ibn Hisyam.
Kaedah mereka menulis al-Quran adalah berpandu kepada suhuf yang ditulis pada zaman Abu Bakar al-Siddiq.
Uthman juga memberi panduan dengan menyatakan jika berlaku perbezaan pendapat di kalangan penulis al-Quran bagaimana hendak menulis kalimah al-Quran maka tulislah mengikut lisan Quraisy kerana al-Quran diturun dengan lisannya.
Selesai urusan menulis mushaf dan untuk diamal masyarakat Islam, Uthman telah mengambil beberapa langkah.
Pertama, menghantar mushaf dan seorang guru ke kota-kota Islam.
Kedua, mengarah membakar semua mushaf untuk mengelak berlaku khilaf.
Ketiga, mengarahkan tenaga pengajar berpegang hanya kepada mushaf yang ditulisnya sahaja.
Rukun pertama untuk menilai sesuatu qiraat diterima atau tidak mestilah menepati Rasm Uthmani.
Uthman telah menghantar mushaf yang siap ditulisnya ke beberapa kota Islam. Mengikut pendapat yang masyhur, beliau telah menghantar mushaf dan seorang guru ke Mekah, Damsyiq, Kufah, Basrah dan bersamanya di Madinah.
Perlu diingat semasa al-Quran ini ditulis masih terdapat 12,000 sahabat dan mereka semua bersetuju dengan tindakan Uthman dalam penulisan mushaf dan penghantarannya ke kota Islam.
Rukun kedua adalah qiraat tersebut mestilah menepati bahasa arab. Dan rukun ketiga qiraat tersebut mestilah mempunyai sanad atau kesinambungan riwayatnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW.
Sebagai contoh Riwayat Hafs adalah bacaan al-Quran yang menepati mushaf Uthman. Riwayat itu juga menepati bahasa arab dan sanad riwayat tersebut bersambung sampai kepada Rasulullah. Di mana Hafs telah mempelajari al-Quran dari gurunya Imam Asim.
Imam Asim pula mengambil bacaan ini dari gurunya yang bernama Abu Abdulrahman al-Sulami.
Abu Abdulrahman al-Sulami pula mengambil daripada Ali Ibn Abi Talib dan beliau telah mengambil al-Quran daripada Rasulullah.
Tiga rukun qiraat tersebut diguna oleh ulama untuk menilai qiraat sama ada ia adalahmutawatirah atau sebaliknya.
Tujuh qiraat iaitu Nafei, Ibn Kathir, Abu Amru, Ibn Amir, Asim, Imam Hamzah dan al-Kisai telah menepati tiga rukun qiraat.
Selain itu, terdapat tiga qiraat lagi yang juga menepati tiga rukun qiraat iaitu Abu Jaafar, Yaakub dan Khalaf al-Asyir.
Kesemua 10 qiraat yang dinyatakan adalah mutawatirah dan sah membacanya dalam sembahyang. Namun untuk membaca mana-mana qiraat ia memerlukan kepada talaqqi danmusyafahah dengan guru.
Kesimpulannya, tiga rukun qiraat telah digunakan ulama untuk menilai qiraat yang mutawatirahdan seterusnya menjaga kesahihan nas al-Quran terus terpelihara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah