Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

05 November 2010

Panduan semasa tawaf

 TAWAF adalah satu daripada rukun haji dan juga umrah. Tawaf adalah penting dan sebagai asas bagi meneruskan rukun-rukun haji dan umrah yang seterusnya, sekiranya tawaf tidak sah maka rukun-rukun yang lain akan terkesan.

Tawaf pada bahasa bererti mengelilingi. Tawaf menurut syarak adalah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dengan niat tawaf dan menurut syarat-syaratnya.
Dalil terhadap kewajipan tawaf adalah firman Allah yang bermaksud: ...Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua ini (Baitullah). (al Haj: 29)
Demikian juga hadis daripada Ibn Umar yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW jika melakukan tawaf di Baitullah sebagai tawaf pertama dalam haji dan umrah, maka baginda berlari-lari kecil pada tiga pusingan dan tawaf mengelilingi Kaabah dan berjalan biasa pada empat pusingan kemudian bersaie antara Safa dan Marwah. (riwayat Muslim)
Adalah penting setiap jemaah haji mempelajari, memahami dan mengingati satu persatu syarat sah tawaf. Ia bagi membantu jemaah haji lebih yakin dan tenang menjalankan ibadat tawaf ini.
Adakalanya jemaah haji telah pelajari tetapi tidak faham dan tidak ingat apakah syarat sah tawaf. Ini sedikit sebanyak memberi kesan di mana terdapat jemaah yang tawaf dalam keadaan tidak betul dan ada juga jemaah yang hanya sibuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara sunat tawaf sedangkan syarat sah tawaf diabaikan.
Syarat sah tawaf:
1- Menutup aurat
2- Suci daripada hadas besar dan kecil
3- Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis
4- Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
5- Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
6- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan
7- Mengekalkan niat tawaf
8- Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
Jemaah bolehlah mulakan tawaf dengan tenang dan pastikan syarat-syarat ini dipatuhi, insya-Allah moga dimudahkan Allah.
Jemaah sering diperingatkan agar pastikan cukup tujuh pusingan dengan yakin. Sekiranya tidak yakin bilangan tawaf yang telah dibuat, maka hendaklah ditambah pusingan tawaf supaya benar-benar yakin cukup tujuh pusingan.
Ibadat tawaf adalah asas menyempurnakan rukun yang lain, sekiranya tawaf tidak sah maka ibadat saie dan bercukur atau bergunting juga tidak sah dan perlu diulang.
Bagaimana pula dengan bacaan doa, idtiba’ dan amalan lain lain seperti isyarat tangan semasa tawaf? Itu semua adalah amalan sunat semasa tawaf. Jika dibuat akan menambahkan kualiti dan fadilat tawaf, namun jika tidak dapat dilakukan tawaf masih sah dan diterima Allah.
Antara perkara-perkara sunat semasa dalam tawaf adalah:
1- Berjalan kaki
2- Beridtiba’ (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan) sunat bagi lelaki pada tawaf yang diiringi dengan saie.
3- Mengucup Hajarul Aswad ketika permulaan tawaf
4- Istilam Hajarul Aswad atau melakukan isyarat tangan tapak tangan ke arah Hajarul Aswad
5- Istilam Rukun Yamani
6- Melakukan ramal (berlari-lari anak)
7- Berturut-turut mengelilingi Kaabah sehingga tujuh pusingan
8- Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk
9- Melakukan solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai tawaf
10- Berdoa atau berzikir semasa bertawaf.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah