Imam bagi jemaah lelaki adalah dituntut supaya membaca dengan nyaring di dalam solat-solat yang dibaca dengan nyaring.
Sekiranya solat yang ditunaikan bersama imam wanita adalah solat-solat yang menuntut bacaan jahr (kuat) maka makmum daripada kalangan wanita hendaklah menunggu sehingga imam selesai membaca surah al-Fatihah.
Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjemaah yang diimami oleh seorang wanita maka sebahagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat di antaranya riwayat daripada Raithah Al-Hanafiyah: "Bahawasanya Aisyah r.h.a pernah mengimami wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka" (HR. Daraquthni).
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.h: "Bahawasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)" (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi).
Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: "Ada pun solat berjemaah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin solat tersebut berdiri di saf makmum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan solat berjemaah sebagaimana yang diperoleh oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan solat berjemaah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjemaah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan solat fardu adalah sangat dituntut bagi lelaki." (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan