Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

19 Disember 2010

Khutbah maal hijrah

Salam maal hijrah kpd semua umt islam di dunia 1432 H. Ingat tnmkn azam baru & ubahlah ke arh lbh baik......
ikutilah khutbah jumaat maal hjrh
Slmt menonton.,.....

 


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah S.A.W. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah yang telah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu merupakan satu titik permulaan transformasi bagi masyarakat Madinah secara keseluruhannya. Kedatangan Baginda telah menyatukan Kabilah Aus dan Khazraj, mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin, bahkan Baginda telah dapat menundukkan golongan Yahudi Madinah agar menerima perjanjian damai yang ditawarkan oleh Baginda. Budaya hidup berpuak-puak pada ketika itu telah berjaya diubah oleh Baginda menjadi masyarakat yang bersatu-padu serta saling sayang menyayangi sesama mereka. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hasyr ayat 9:
"Dan orang - orang (Ansar) yang mendiami Kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak pula dalam hati mereka perasaan irihati terhadap apa-apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, serta mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu melebihi diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (sangat memerlukan pemberian itu), dan (ingatlah) sesiapa yang dipelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Tuntutan hijrah dalam suasana masyarakat pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat 26:
"Dan berkatalah Ibrahim: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".
         Walaupun Negara kita telah mencapai kemerdekaan semenjak 53 tahun yang lalu, namun hakikatnya penjajahan minda terhadap umat Islam masih lagi tiada kesudahannya. Sejak akhir-akhir ini, kita dapati masyarakat Islam semakin kerap dihadapkan dengan pelbagai gejala yang mengancam akidah, moral dan pemikiran mereka. Suatu ketika, akidah umat Islam diancam dengan kemunculan fahaman-fahaman baru yang mengugat kesucian agama Islam. Dalam masa yang sama, keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam pada hari ini semakin membimbangkan. Pelbagai bentuk gejala sosial yang berlaku ini membuktikan bahawa tahap akhlak mereka sudah semakin parah.
         Kewujudan media elektronik seperti televisyen, internet dan lain-lain lagi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengaut keuntungan peribadi. Siaran-siaran atau rancangan serta paparan yang dipertontonkan lebih banyak mengandungi nilai-nilai negatif. Akibatnya minda umat Islam terutamanya di kalangan belia dan remaja mudah terpengaruh sehingga merosakkan nilai dan budaya hidup insaniyyah yang diajarkan oleh Islam.
Oleh kerana itu, semangat hijrah pada tahun ini seharusnya dapat diterjemahkan ke arah mentransformasikan atau merubah minda umat Islam terlebih dahulu agar kembali mentaati segala ajaran yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zariat ayat 50:
"Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka: Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya Aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Usaha mentranformasikan ummah seharusnya mencakupi tiga ruang lingkup utama yang tidak pernah lekang dari kehidupan seharian manusia iaitu;
Pertama     : Transformasi atau perubahan ekonomi.
Kedua        : Transformasi atau perubahan nilai dan budaya masyarakat.
Ketiga        : Transformasi atau perubahan siasah.
Kedudukan ekonomi umat Islam pada hari ini secara umumnya tidaklah sebaik ekonomi bangsa-bangsa lain. Beberapa kajian juga mendapati bahawa ekonomi umat Islam kini berada pada tahap yang membimbangkan. Keadaan ini jika tidak diperbaiki dengan segera akan diambil kesempatan oleh kuasa luar untuk mengeksploitasi atau menindas ekonomi umat Islam. Ini sudah tentu akan memberikan kesan yang besar kepada kuasa politik umat Islam dimana akhirnya mereka akan kecundang dan terpinggir dari arus utama dunia. Oleh itu, usaha mesti dimulakan segera dengan melaksanakan jihad ekonomi. Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi ummah, maka selama itu jugalah umat Islam akan terus dipandang hina oleh bangsa-bangsa lain. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat 69:
"Dan orang -orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik".
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk tujuan itu, setiap umat Islam seharusnya menunaikan kewajipan bantu-membantu dalam menguatkan ekonomi sesama umat Islam; yang kaya membantu yang miskin dan yang kuat membantu yang lemah. Perkara ini bertepatan dengan tuntutan Allah S.W.T sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Hasyr ayat 7 :
" Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu..."
Sekiranya kita memiliki kuasa ekonomi dan beriman serta beriltizam, maka kita akan menjadi umat yang memiliki kekuatan. Namun sekiranya ekonomi kita lemah, maka tidak mustahil kita akan menjadi peminta sedekah dari orang lain.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita menyambut Maal Hijrah pada setiap tahun dengan harapan untuk membangunkan umat Islam menjadi umat yang terbaik sebagaimana kejayaan Rasulullah S.A.W membangunkan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah Al-Munawwarah. Namun dalam masa yang sama, kita sebenarnya masih lagi berhadapan dengan cabaran dan krisis pertembungan budaya. Krisis yang berlaku ini ditambah pula dengan anasir-anasir luar yang sengaja ingin memecahbelahkan perpaduan di kalangan masyarakat kita. Selain dari itu, kegagalan memahami budaya antara kaum juga melebarkan lagi jurang persefahaman di kalangan pelbagai kaum di negara kita. Malahan akhir-akhir ini sudah wujud kebimbangan tentang nilai perpaduan yang sudah semakin susut di kalangan masyarakat kita. Oleh kerana itu, kita seharusnya berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan kita. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 30:
" Mereka memikirkan tipudaya dan Allah menggagalkan tipudaya itu, dan Allah sebaik-baik pembalas tipudaya".
Justeru, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini merupakan medan terbaik untuk kita memulakan transformasi menyatupadukan semula ummah agar hidup rukun dan damai sekalipun berbeza latar belakang politik dan kedudukan. Perbezaan-perbezaan ini tidak seharusnya menjejaskan hubungan silaturrahmi bahkan ia sepatutnya dijadikan sebagai titik pertemuan untuk melahirkan sikap keprihatinan dan hormat-menghormati sesama kita. Firman Allah S.W.T dalam surah As-Saba' ayat 15:
"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan): " Makanlah olehmu dari rezeki yang (di anugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya; (Negerimu) adalah negeri yang terbaik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun".
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,
Transformasi atau perubahan ummah tidak akan berjaya tanpa melibatkan pemerintahan dalam sesebuah Negara. Maka transformasi siasah juga amat penting dalam pemerintahan Negara kita agar mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan menepati status "Baldatun Thayyibatun" (Negara yang Sejahtera). Sistem pemerintahan mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus supaya setiap lapisan rakyat akan mendapat manfaatnya. Amalan-amalan rasuah, penyelewengan kuasa, pecah amanah dan sebagainya yang berlaku di kalangan pentadbir pelbagai peringkat mesti diatasi dengan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa. Sesungguhnya sesebuah pemerintahan yang adil dan telus akan memberikan kesan yang besar dalam transformasi ummah di Negara ini. Sejarah umat Islam telah membuktikan bahawa apabila sesebuah pemerintahan dilaksanakan denmgan sebaik-baiknya, maka masyarakatnya dapat dibangunkan dan dikembangkan dengan baik. Sebaliknya apabila pemerintahan itu tidak dilaksanakan dengan baik, maka seluruh Negara dan rakyatnya akan mengalami kehancuran. Rasulullah S.A.W. telah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bermaksud;
"Apabila hilang amanah maka tunggulah saat kehancurannya. Baginda lalu ditanya bagaimanakah hilangnya amanah itu? Baginda menjawab; Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".                     
(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,
          Sempena kehadiran tahun hijrah ini, marilah kita melihat semula di dalam diri kita; apakah kita sudah melakukan perubahan dari kesalahan dan kesilpan yang lalu?, Apakah kita telah melaksanakan penambah-baikan pada diri, keluarga dan masyarakat kita?. Justeru, marilah kita mempertingkatkan mujahadah untuk memperbaiki taraf kehidupan kita.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu, dan tidak ada sesipa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya".
                  (Ar-Ra'd:11)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah