Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Januari 2011

Padah derhakai Allah-hukuman membunuh unta nabi Saleh a.s

Padah derhakai Allah

Manusia yang mengotorkan jiwanya dan merugikan dirinya dengan perbuatan jahil pasti akan mendapat kerugian. - Gambar hiasan


CARA al-Quran mengungkap permasalahan ialah dengan menerangkan sejarah beberapa bangsa lalu, peristiwa yang berlaku antara mereka dengan para nabinya itu, penolakan dan penganiayaan mereka kepada para nabi itu.
Allah SWT menerangkan sunnatullah yang berlaku seperti seksaan yang dikenakan kepada pendusta kebenaran dan hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka kerana kezaliman dan permusuhan terhadap nabi mereka.
Semua itu untuk menghibur hati nabi SAW agar ia sedar dan menemui cubaan yang pernah dialami oleh para nabi sebelumnya dan baginda pasti mendapat kesusahan daripada kaumnya.
Selain itu, untuk memberi ancaman kepada kaum yang mendustakan Rasulullah SAW dan bersikap keras menolak kebenarannya. Jika mereka tetap mendustakan baginda, nescaya Allah SWT akan menimpakan seksaan-Nya seperti yang dialami oleh kaum yang terdahulu.
Firman Allah SWT: (ingatlah), kaum Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas, ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat).
Ibn Kathir berkata: Allah SWT mengkhabarkan tentang kisah kaum Tsamud, di mana mereka mendustakan Rasul-rasul mereka yang disebabkan kerana adanya melampaui batas dalam diri mereka.
Oleh itu, Allah menimpakan kedustaan dalam diri mereka terhadap petunjuk dan keyakinan yang dibawa oleh rasul mereka, yakni kabilah yang paling celaka, iaitu Qadar bin Salif yang telah membunuh unta, yang tidak lain dia adalah Uhaimar Thamud.
Firman Allah SWT: Maka berkatalah rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!
Sheikh al-Maraghi berkata: Lalu Nabi Saleh a.s bersabda kepada mereka: Jauhilah akan unta Allah SWT yang dijadikan petanda kenabianku, jauhilah juga meminumnya yang dikhususkan pada hari tertentu. Begitu juga jangan menyakiti dan mengusik minumannya dan hari-hari minum yang telah dikhususkan untuknya.
Nabi Saleh bersepakat dengan mereka tentang hari minum untuk unta dan hari minum untuk binatang ternaknya yang lain.
Oleh sebab di hati mereka berasa adanya keberatan dengan masa giliran minum dan mereka berhasrat membunuhnya, maka Nabi Saleh a.s melarang mereka melakukan perbuatan itu dan mengancam dengan azab Allah SWT yang akan ditimpakan kepada mereka apabila mereka berkeras melakukannya.
Namun mereka tetap mendustakan Nabi Saleh dan tidak mempeduli nasihatnya seperti yang ditunjukkan Allah SWT.
Firman Allah SWT: (setelah Nabi Saleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.
Ibn Ishaq berkata: Ada di kalangan mereka yang melontar dengan anak panah unta tersebut, ada yang memotong kakinya dan ada juga yang menyembelih lehernya dan ini agaknya menurut al-Biqai'.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW pernah bersabda: "Orang yang paling celaka pada zaman dahulu ialah penyembelih unta Nabi Saleh".
Firman Allah SWT: Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Ibn Kathir berkata: Mereka mendustakan segala ajaran Rasul kepada mereka lantas dihukum dengan sebab penyembelihan unta betina yang dikeluarkan Allah dari batu sebagai tanda kekuasaan bagi mereka sekali gus sebagai hujah.
Qatadah berkata: Kami pernah mendengar bahawa Uhaimar Thamud tidak menyembelih unta betina itu kecuali diikuti oleh anak dan orang dewasa antara mereka.
Lantaran itu Allah menyama ratakan mereka dengan tanah setelah kaumnya ikut menyembelih unta tersebut.
Syed Qutub berkata: Perkataan dam-dam bererti murka dan mengenakan azab dan bunyi kata-kata itu sendiri membayangkan pengertian yang dahsyat di sebaliknya.
Ia seolah-olah menggambarkan satu pemandangan yang ngeri di mana Allah timpakan ke atas kaum Tsamud azab yang amat dahsyat dan meratakannya ke atas seluruh mereka, iaitu Allah balikkan bumi mereka ke atas ke bawah. Ini suatu pemandangan malapetaka yang maha dahsyat.
Firman Allah SWT: Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Ibn Abbas menyatakan: Allah tidak bimbang terhadap tuntutan dari siapa pun juga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah