Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

19 Februari 2011

Amanah imam muda

RASULULLAH SAW adalah imam paling utama yang patut dicontohi dan dikagumi oleh seluruh umat Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAw), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (at-Taubah: 128)
Selain itu, baginda juga sangat dikagumi oleh masyarakat bukan Islam walaupun mereka bukan tidak beriman. Namun ada di kalangan mereka yang mengamalkan sunnah.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada para sahabat, kejayaan kamu terletak pada sejauh mana kamu dapat mentaati perintah Allah SWT. Rasulullah juga banyak mengajar kita tentang kepimpinan sama ada dari segi berdakwah, mentadbir negara, berniaga, berpolitik dan sebagainya.
Baginda adalah pemimpin agung serta patut dijadikan idola bagi semua insan. Baginda juga seorang hamba yang amat dikasihi Allah SWT.
Selepas kewafatan Nabi SAW, pemerintahan negara disambung oleh para sahabat. Bermula dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, kemudian disambung oleh Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman dan khalifah yang terakhir, Saidina Ali.
Jadi, khalifah-khalifah ini mencontohi kepimpinan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Cuma cara dan corak kepimpinan mereka yang berbeza-beza.
Kita juga merupakan khalifah di muka bumi Allah ini. Jadi, haruslah kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW agar kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
Kini, dalam dunia yang serba moden, pelbagai cara dan kaedah untuk kita menyampaikan dakwah dan menyampaikan ilmu serta suruhan Allah dan Rasul-Nya. Melalui kaedah-kaedah baru ini, kita dapat menarik lebih ramai masyarakat ke arah tarbiah Islam dan salah satu antaranya ialah program Imam Muda.
Imam Muda adalah program realiti televisyen yang berteraskan Islam dan dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja dari dalam dan luar negara.
Antaranya dari United Kingdom, Perancis, Timur Tengah dan lain-lain dengan taglinenyaMemecah Tradisi Satu Penemuan Sebuah Perjalanan Kehidupan.
Apabila bergelar Imam Muda bukanlah mudah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Imam muda bukan sekadar memimpin solat malahan banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.
Walaupun saya terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Imam Muda, pilihan bukanlah setakat pada gelaran yang disandang dan bukan sahaja terhenti di rancangan realiti televisyen.
Malah saya perlu menjaga akhlak dan peribadi agar boleh dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kerana tingkahlaku itu amat penting.
Lebih-lebih lagi bagi golongan remaja atau muda-mudi yang kini sebahagian daripada mereka ada yang sedang menuju ke arah yang positif dan ada sebahagian lagi menuju kearah yang negatif disebabkan oleh faktor pergaulan yang tidak terbatas.
Selain itu, pihak Astro Oasis juga masih lagi menggunakan khidmat saya bagi program Soal Asyraf, Liga Ilmu, Takbir di Pagi Raya, Tazkirah Hari Raya dan azan. Semua ini adalah perubahan selepas saya tamat dalam program Imam Muda.
Masyarakat sekarang memerlukan sesuatu yang baru serta yang dipenuhi dengan warna-warni bagi membentuk masyarakat yang maju dan berdaya saing tanpa meninggalkan ajaran dan perintah Allah yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah