Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

26 Februari 2011

Remaja dan alkohol


Penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata tidak dapat                             membanteras penyalahgunaan alkohol sebaliknya ia perlu mendapat kerjasama masyarakat terutama umat Islam. - Gambar hiasan
MENGAMBIL, menyalahgunakan, ketagihan dan kebergantungan kepada bahan seperti alkohol adalah terma-terma yang digunakan dalam menerangkan tingkah laku pengambilan bahan berkenaan.
Walaubagaimanapun dalam Islam pengambilan bahan terlarang ini adalah haram dan satu dosa besar. Tetapi dalam keadaan ini terdapat sebilangan kalangan remaja yang telah terjebak sama ada pernah ingin cuba-cuba atau sehingga menjadi ketagihan.
Keterlibatan remaja dalam salah laku ini memberi kesan yang mendalam kearah keruntuhan generasi muda Islam yang diharapkan akan menjadi pewaris kelak dan yang dapat mempertahankan kedaulatan amalan cara hidup Islam di muka bumi ini.
Remaja didedahkan dengan penggunaan alkohol ini adalah melalui jaringan sosial (seperti kelab hiburan, acara sambutan perayaan, rakan sebaya, mudah didapati secara terbuka di tempat kerja/awam dan juga tarikan cara hidup).
Keseriusan keterlibatan remaja Islam dalam alkohol walaupun belum sampai kepada ketagihan melampau tetapi sudah ada yang telah mencubanya. Perbuatan ini tidak terbatas kepada remaja bandar mahu pun luar bandar, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak.
Kalangan remaja yang ditemui yang telah mencubanya banyak yang tidak faham dan ada setengahnya pula saja-saja buat tidak faham dengan bertanyakan:
"Minum sikit atau banyak tetapi tidak memabukan jadinya tak salah lah?
"Diminum oleh kanak-kanak bawah umur tu salah tapi kalau dah dewasa tak apa?"
"Sekiranya meminumnya akan membawa kepada mudarat seperti penyakit maka baru salah?
"Minum untuk berikan ketenangan dari masalah dan macam ubatlah tak apa?"
"Masa muda tak apa minum tapi dah tua boleh bertaubat?
"Orang Islam lain pun minum?
"Orang besar-besar atau artis pun minum?"
"Ada jual kat mana-mana, hotel, kedai serbaneka 24 jam dan atas kapal terbang pun freelagi?"
Bahaya kesan penyalahgunaan alkohol
Di antara beberapa bahaya kesan dari penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja:
l. Salah satu daripada dosa besar dan mesti bertaubat.
2.Kunci kepada melakukan salah laku jenayah dan maksiat lain.
3. Penyakit sosial dan mental (psikologikal).
4.Alkohol akan mengurangkan keupayaan minda untuk memberi fokus.
5.Remaja yang minum selalunya akan juga mengambil dadah berbeza dengan orang dewasa yang hanya minum
6.Remaja yang didedahkan dengan meminumnya di peringkat awal lagi akan menjadi ketagih walaupun bekerja atau melanjutkan pelajaran.
7.Ramai remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terlibat daengan dadah atau alkohol atau kedua-duanya.
8.Remaja yang minum akan jadi kemurungan dan memberi kesan kepada tindak membunuh diri kelak.
9.Remaja yang minum dan mabuk mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual, seksual tidak selamat, sex party atau mangsa rogol)
10.Kesan kepada masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan.
11. Mudah terjebak dalam penyalahgunaan jenis-jenis dadah lain
Bagaimana menghalang anak remaja daripada terjebak?
1. Komunikasi yang jelas - ibu bapa mesti mendekati anak-anak melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.
2.Pemantauan aktiviti dan rakan kenalan anak.
3. Pembabitan anak dalam aktiviti kokurikulum.
4.Mengajar anak-anak kemahiran sosial seperti pengurusan stres, membuat keputusan dan kawalan kendiri.
5. Memberi pendidikan terutamanya agama bagi menyediakan anak yang berakhlak dan soleh.
Bagaimana Remaja Terlibat?
l. Pertamanya faktor remaja itu sendiri -sejauh mana personaliti, pendidikan, amalan agama dan kemahiran mereka dapat membantu tidak terlibat.
2. Ingin cuba-cuba atau eksperimen - Biasanya remaja yang dipengaruhi rakan sebaya, ingin tahu atau suka kepada cabaran 'yang bodoh' dan boleh 'gah' yang dia dah pernah cuba dan rasa hebat diri berbanding dengan rakan lain yang takut memcuba?
2.Bersosial - kerana kawan, atau inginkan diterima oleh rakan sebaya lain. Setengahnya melihat sekadar bersosial suka-suka sahaja.
3.Penggunaannya sebagai rawatan - seperti mendapati bahawa alkohol dapat membantu menukarkan mod yang positif dan meghilangkan kedukaan, kesunyian, stres dan masalah.
4.Ketagihan - merupakan peringkat di mana remaja mendapati bahawa perubahan secara psikologikal dan fisiologikalnya bergantung kepada alkohol.
5.Kompulsif - apabila berlaku perubahan pada kefungsian otak terutamanya bahagian yang mengawal emosi dan motivasi sudah bergantungan kepada alkohol.
Kesimpulan
Pengambilan alkohol dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan ini adalah satu gejala yang sangat tidak sihat berlaku pada remaja Islam kita.
Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.
Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.
Sayangilah anak bangsa kita dan atas kesedaran dan usaha kita ini insya-Allah dapat membangunan golongan muda yang berakhlak dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah