Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

18 Jun 2011

Undang-undang Islam tidak dihantui penjajah

UNDANG-undang Islam seharusnya menjadi teras kepada sistem perundangan di Malaysia. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kedudukan istimewa kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 3 menegaskan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi merupakan agama bagi Persekutuan.
Malah mahkamah juga telah memberi tafsiran kepada Perkara 3 ini bagi menjelaskan kedudukan Islam itu sendiri.
Umpamanya dalam satu kes Mahkamah Tinggi iaitu Meor Atiqurrahman lwn Fatimah Sihi, Hakim Mohd. Noor memutuskan: "Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu.
"Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi teguh dan terang. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan…"
Dalam satu kes Mahkamah Persekutuan iaitu Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula, Hakim Ahmad Fairuz memutuskan: "Islam itu bukan suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ia juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman…"
Tingginya kedudukan undang-undang Islam itu dapat dilihat daripada peruntukan Perlembagaan yang lain seperti Perkara 150(6A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa legislatif semasa darurat tidak boleh melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan antara lainnya undang-undang Islam.
Kuasa diperolehi legislatif dalam darurat tidak boleh memberi kesan kepada undang-undang Islam tetapi masih perlu dilakukan melalui prosedur khusus dan persetujuan majoriti diperolehi berdasarkan Perkara 159 dan 161E.
Begitulah tingginya kedudukan undang-undang Islam di negara kita. Ini disebabkan sifat Perlembagaan itu sendiri yang mengabsahkan susun atur dan persetujuan masyarakat setempat berdasarkan lunas-lunas sejarah dan persetujuan bersama.
Di Malaysia, selain wilayah-wilayah persekutuan kuasa membuat undang-undang Islam terletak di bawah kuasa negeri-negeri seperti yang tercatat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Namun Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif menyelaras serta menyeragam undang-undang Islam ini agar ia tidak berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Jawatankuasa Teknikal undang-udang
Jakim pada pertengahan tahun 80-an menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil/Syarak yang mana Pengerusi pertamanya ialah Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim. Pada masa ini, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut. Ia dianggotai oleh lima tokoh perundangan syariah dan lima tokoh perundangan sivil.
Jawatankuasa ini akan mendapat makluman pelbagai pihak berkaitan keperluan sesuatu perundangan Islam. Selepas itu, ia akan menggubal kertas konsep mengenai sesuatu undang-undang yang dicadangkan itu.
Bahagian Undang-Undang Jakim yang merupakan sekretariat jawatankuasa ini akan mendraf cadangan rang undang-undang mengikut kertas konsep yang dipersetujui. Cadangan rang undang-undang itu pula akan dibahaskan di negeri-negeri mengikut zon.
Di sini input wakil negeri-negeri yang terdiri dari wakil Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mufti, Mahkamah Syariah, Penasihat Undang-Undang dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan diambil serta dibahaskan. Pakar-pakar syariah dan alim ulama juga dipanggil untuk memberi pandangan mereka.
Setelah wakil negeri-negeri ini memberi input masing-masing, ahli jawatankuasa teknikal akan bermesyuarat membincangkan input oleh setiap negeri dan menggarap versi terbaru dengan mengambil kira pandangan negeri-negeri.
Setelah versi terbaru undang-undang ini dimuktamadkan ia sekali lagi dibentangkan di Persidangan Tahunan Jawatankuasa Teknikal bersama keseluruhan wakil negeri di Malaysia.
Sekali lagi cadangan rang undang-udang tersebut akan dibahaskan dan persetujuan draf akhir dimuktamadkan.
Setelah draf akhir dimuktamadkan adalah diharap wakil negeri-negeri akan membawa draf akhir tersebut balik ke negeri masing-masing dan meluluskannya sebagai undang-undang negeri yang diseragamkan.
Prosedur yang rumit diambil oleh Jawatankuasa Teknikal ini dibuat bagi mengelakkan isu mengambil kuasa negeri dalam menggubal undang-undang Islam timbul.
Ia juga bagi memastikan pakar syariah memberikan input kepada penggubalan undang-undang Islam agar ia tidak tersasar dari syariah Islam itu sendiri.
Dalam hal yang demikian adalah tidak tepat jika di katakan bahawa undang-undang Islam di Malaysia masih lagi berada di bawah pengaruh kolonial. Mungkin dari sudut format yang mana konsep Westminister itu masih diikuti di Malaysia. Tetapi isi kandungan undang-undang tersebut sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam.
Kita juga boleh melihat undang-undang Islam di zaman penjajah amat umum dan terhad. Tetapi pada masa ini pelbagai usaha telah dilakukan bagi memartabatkan undang-undang Islam.
Umpamanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 di Selangor yang digubal ketika zaman penjajah telah mengumpulkan hampir semua perkara mengenai Islam dalam Enakmen tersebut seperti penubuhan majlis agama dan mahkamah syariah, mufti, kesalahan jenayah syariah, tatacara dan keterangan mahkamah, baitulmal, nikah cerai dan banyak lagi.
Namun, evolusi perundangan syariah sekarang telah berjaya mengasingkan undang-undang tersebut mengikut bidang masing-masing agar ia menjadi lebih komprehensif.
Hasilnya, kita dapati terdapat pelbagai undang-undang di Malaysia mengenai agama Islam seperti Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak, Undang-Undang Mahkamah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara Mal, Undang-Undang Tatacara Jenayah, Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-undang Waqf, Undang-Undang Wasiat dan banyak lagi.
Semua undang-undang yang digubal itu tidak lagi berpaksi kepada pengaruh penjajah kerana para pemikir undang-undang tersebut kesemuanya anak watan yang terlatih dalam bidang masing-masing dan tidak dihantui oleh penjajah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah