Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

28 Ogos 2011

Hari Raya Aidilfitri bahagian terakhir - Ucapan salam Syawal & pesanan saya sepanjang beraya

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua pengunjung blog ini. Pertama sekali, saya ingin minta maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang saya berblogging blog ini. Ini adalah pesanan saya sepanjang raya ini sebelum saya pulang ke kampung pada 29/8(esok) & pulang ke rumah hari raya ke 6:

1.Bersyukurlah kepada Allah swt kerana negara kita masih aman & merdeka menyebabkan kita dapat beraya Aidilfitri dengan seronok & makmur. Oleh sebab itu, kita perlulah pelihara kemerdekaan, insya-Allah.
2.Kepada budak-budak yang main mercun atau bunga api, berhati-hatilah supaya kamu semua tidak masuk dalam muka depan akhbar & wad kecemasan.
3.Kepada pemandu yang pulang ke kampung, pandulah dengan laju tetapi cermat & patuhi peraturan jalan raya. Semoga saya & anda semua tiba di destinasi yang dituju. Amin.
4.Sebelum tinggalkan rumah, kunci rumah semua siap-siap & kalau boleh minta jiran anda yang tidak pulang ke kampung atau bukan islam untuk menjaga rumah anda.
5.Pastikan kenderaan anda dalam keadaan tip-top.
6.Apabila dapat duit raya, simpan & gunakannya untuk perkara berfaedah.
7.Kepada tetamu, jagalah adab anda sebagai tetamu apabila berkunjung ke rumah saudara-mara & sahabat handai. Walaupun tidur di rumah saudara atau kampung sendiri, buatlah macam rumah sendiri tetapi tetap jaga adab sopan anda juga sebab meskipun rumah keluarga yang bukan rumah kita, tetapi ia bukan hak milik anda mutlak.
8.Kepada tuan rumah, sentiasa bermanis muka & ramah mesra dengan tetamu.
9.Jangan berpuasa semasa hari raya pertama & kita digalakkan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Kepada yang tertinggal puasa, qadaklah segera kerana kita tidak tahu ajal kita sampai di mana.
10.Kepada yang ingin buat rumah terbuka, adalah digalakkan kerana orang yang berbuat demikian akan didoa oleh malaikat 40 hari sebelum tarikh rumah terbuka anda & dicatatkan seluruh ahli keluarga dalam rumah anda bebas daripada api neraka.
11.Berseronoklah semasa raya tetapi jangan lupa diri & solat fardu serta bagi yang menduduki PMR
& percubaan SPM.
12.Jangan lupa siapkan kerja sekolah & ulang kaji anda.
13.Semasa makan ketupat, lemang & sebagainya, jangan makan terlalu banyak seolah-olah tidak makan setahun & jagalah kesihatan anda.
14.Kepada ibu atau bapa atau sanak-saudara yang meninggal dunia akibat kemalangan atau telah berlalu lama, tabah & reda dengan takdir Allah swt.. Seharusnya kita bersyukur kerana masih ada lagi keluarga atau saudara-mara yang hidup di dunia yang sayang kepada anda.
15.Jangan lupa ziarah kubur keluarga atau saudara anda sebelum raya.
16.Perbanyakkan takbir raya dari malam raya hingga solat hari raya & pergilah ke masjid atau surau untuk solat aidilfitri kerana saya yakin setiap kampung mesti ada kemudahan rumah Allah swt.

Ada pantun raya khas untuk anda supaya anda terhibur semasa raya ini: 


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang mulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & bat
in.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah