Ucapan salam
Survey
Renung-renunglah setiap hari
kata-kata hikmah agama
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.
Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:
Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
pengumuman
Blog lain
Blog lain
Peringatan!!!!!!!!!
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
Carian pintas artikel agama anda
Peta Pengunjung
05 Oktober 2009
Bersyukurlah kita dengan 'tangan yang memberi'
Beberapa lagi kejadian tanah runtuh, kebakaran, bangunan runtuh dan banjir terus melanda.
Ternyata manusia tidak dapat menghalang bencana yang menyapa.
Bencana yang melanda menyapu bersih apa yang ada di muka bumi ini - manusia, tumbuh-tumbuhan, ternakan, kenderaan dan sebagainya.
Tidak mengenal agama, darjat dan keturunan. Itulah kehendak Tuhan yang tidak dapat dihalang. Sebagai jiran, kita menumpang sedih dengan penduduk Filipina dan Indonesia.
Walaupun kadangkala ada tindakan sesetengah penduduk tetangga kita itu menyinggung perasaan tetapi sebagai manusia, kita harus menghulurkan simpati.
Bak kata orang cubit paha kanan paha kiri juga terasa sakitnya. Ingatlah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.
Maka dalam menyatakan rasa simpati itu, kita harus bersyukur kerana negara kita masih selamat daripada bencana seumpama itu.
Belum ada yang terlalu serius hingga mengorbankan ratusan jiwa atau menyebabkan ribuan lagi hilang ditelan bumi atau cedera. Bertuahnya bumi Malaysia ini.
Ketika kita sibuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, rumah saudara seagama kita ranap dan ditelan bumi. Justeru, jagalah negara kita.
Penulis masih teringat kata-kata bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman setiap kali berkunjung ke rumahnya di Pulau Pinang untuk mendapatkan pelbagai komen mengenai pelbagai isu.
Apabila bercakap mengenai Malaysia, Almarhum sering berkata: ''Kita tak ada negara lain dah... jagalah Malaysia ini''.
Tetapi bagaimana mahu menjaganya? Orang politik mempunyai jawapan tersendiri bagaimana mahu menjaga Malaysia. Tetapi dalam mencari kuasa untuk menjaga Malaysia ini, tolonglah dihindarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Kenapa sekadar untuk mencari wakil rakyat, kita sebagai warganegara Malaysia sanggup memaki hamun sesama saudara seagama dan sebangsa, ada pula sanggup bertumbuk dan mencederakan orang lain. Contohnya pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di beberapa kawasan menyaksikan orang politik hilang pertimbangan kerana kuasa.
Budaya apa yang mahu dibawa ke dalam dunia politik di negara ini? Apakah atas nama demokrasi, kita boleh bersuara apa sahaja sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain?
Sebelum ini, ada pemimpin parti politik yang mempelopori budaya demonstrasi jalanan. Kini ia semakin segar. Sudah beberapa kali 'acara' ini diadakan yang melibatkan orang politik sebagai dalangnya. Tujuannya sekadar mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi akhirnya menyusahkan banyak pihak.
Adakah budaya demonstrasi jalanan ini akan terus segar bugar seperti yang berlaku di negara tetangga kita Indonesia dan Filipina?
Mungkin disebabkan negara kita aman dan harmoni, maka ada unsur-unsur yang mahu mencari sesuatu yang baru, yang luar biasa tanpa memikirkan kesan buruk kepada negara.
Kadangkala manusia tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada sehinggalah mereka diberi petunjuk dengan bencana yang menimpa.
Justeru, sebelum terlambat, marilah kita bertaubat untuk menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keburukan. Meminjam kata-kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr.
Hassan Ali yang meminta rakannya dari DAP, Teng Chang Khim supaya bertaubat kerana melabelnya sebagai pembohong.
''Saya minta Teng dan rakan lain juga bertaubat mengikut cara dan amalan kepercayaan masing-masing,'', kata Hassan ketika mengulas berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor.
Menurut Exco Kerajaan Negeri itu lagi: ''Untuk pengetahuan semua, kita ini sebagai orang Islam memang sentiasa melakukannya (bertaubat) setiap kali selesai solat. Jadi ini tidak perlu ditimbulkan lagi''.
Betul kata Hassan. Cuma janganlah selesai solat kita mengulangi perbuatan lama!
Dari Pulau Pinang ke Bagan PinangTidak lengkap, jika tidak menyelak serba sedikit mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan berlangsung pada Ahad, 11 Oktober ini.
Inilah kali kesembilan PRK diadakan selepas Pilihan Raya Umum 2008. Kali terakhir, PRK diadakan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. Pas berjaya mempertahankan kerusi itu. Calon Pas, Salleh Man juga sudah dijanjikan dengan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Namun cerita baru khabarnya jawatan itu sebenarnya sudah diisi dengan nama lain lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi Pulau Pinang.
Kalau betul, inilah padahnya terlalu mudah membuat janji. Tak habis-habis buat janji tetapi akhirnya tidak mampu dipenuhi. Bak kata sahabat penulis yang memetik lagu Mimpi Tak Sudah dendangan Ibnor Riza. Liriknya lebih kurang begini... ''Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta dan siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian....''
Harap tiada janji melambung yang ditabur di Bagan Pinang pada kali ini.
Mengikut rekod PRK, ini kali ketiga Barisan Nasional (BN) turun mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.
Kali pertama dalam PRK Kuala Terengganu tetapi BN tewas kepada Pas. Di DUN Batang Air, Sarawak pula, BN mengekalkan kerusi itu. Baki lima lagi PRK, BN tidak bertanding bagi kerusi yang sengaja dikosongkan PKR (DUN Penanti) sementara di empat lagi kawasan - dua Parlimen (Permatang Pauh dan Bukit Gantang) dan dua DUN (Manek Urai dan Bukit Selambau), BN gagal merampas kerusi yang disandang sama ada oleh Pas atau PKR.
Apakah kali ini, BN mampu mempertahankan kerusinya selepas kehilangan Kuala Terengganu? Berdasarkan penerimaan penduduk terhadap calon BN, maka peluang Mohd. Isa Abdul Samad adalah lebih baik berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.
Namun BN tidak boleh berada dalam keadaan selesa. Pembangkang akan cuba menggunakan pelbagai isu atau taktik untuk memancing undi.
BN tidak boleh membiarkan bola tanggung digunakan oleh pembangkang.
Menyedari keadaan ini, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sudah pun mengingatkan jentera pilihan raya BN supaya bersedia menangkis taktik kotor pembangkang
Kata Muhyiddin: ''Kita dapat maklum balas pembangkang kini rasa tertekan kerana calon kita jauh lebih popular".
Seperti biasa pembangkang akan mempertahankan segala tindakannya. Mereka menganggap diri mereka adalah paling sempurna. Bagi mereka apa yang dilakukan walaupun salah akan dianggap betul.
Namun kecerdikan pengundi akan menentukan siapa betul dan siapa salah. Pengundi akan memberi jawapan mereka pada 11 Oktober ini. Mungkin 'tangan yang memberi' kemakmuran kepada mereka selama ini akan dihargai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan