Hijrah kita bukan hijrah naik unta, mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan. Tetapi hijrah kita hijrah hati ubah sikap dan baiki diri... Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan, tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan Penciptanya. Hijrah kita tanpa unta, tanpa perlu berjalan di tengah panas membara, tanpa perlu takut dikejar musuh durjana, tapi... Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya. Alam leka ke alam jaga. Dari fantasi ke alam realiti. Inilah kehidupan yang sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi. Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik. Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik. Di pejabat... suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri usik sana usik sini dah tak rasa berdosa lagi orang Kedah kata dah "mangli" Sedangkan malaikat tetap tidak peduli sentiasa mencatit segala amal diri yang mulia atau keji... Suka buang masa pun perlu kita hindari maklum saja zaman IT dok chatting tak henti guna komputer yang majikan bagi soal amanah dah tolak tepi dah tak ingat mati bila-bila boleh mari. Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru Benda tak berguna jangan dibawa sama, tinggalkan di tong sampah selayaknya. Hanya yang baik-baik dan yang berguna saja kita bawa. Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya. sikap-sikap yang berserabut dan berdebu buanglah jauh-jauh. Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk, suka menyampuk, suka mengamuk... janganlah kita simpan lagi perangai-perangai ini macam memelihara barang antik yang kita perasan cantik tapi orang lain rasa benci dan getik. Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser, semakin dipendam semakin parah. Kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya. Tahun Baru Hijrah yang menjelma, sambutlah dengan azam dan semangat baru... dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik. Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik. Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik', eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit, sebelum hijrah kita yang terakhir... dari dunia yang fana' ini ke Alam Baqa yang kekal abadi. Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!
Ucapan salam
Survey
Renung-renunglah setiap hari
kata-kata hikmah agama
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.
Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:
Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
pengumuman
Blog lain
Blog lain
Peringatan!!!!!!!!!
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan