Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

10 Jun 2010

Rancang kewangan demi kesejahteraan keluarga



Ramai rakyat Malaysia diisytiharkan muflis kerana tidak pandai mengurus kad kredit yang dimiliki. -Gambar hiasan



TIDAK bertanggungjawab, lemah didikan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, masalah kerjaya, masalah kesihatan, masalah akhlak atau sosial dan masalah komunikasi, adalah antara yang menjadi senarai faktor sesebuah rumah tangga berantakkan.
Masalah ekonomi terutamanya, antara faktor yang sangat rumit untuk dihadapi oleh pasangan suami isteri. Jika tidak diatasi dengan baik maka ikrar untuk tetap hidup bersama ketika susah dan senang tentunya sukar untuk direalisasikan serta dipertahankan.
Aapabila bercakap soal ekonomi segala-galanya berpokok pangkal kepada perancangan kewangan yang tidak sahaja strategik tetapi mesti berlandaskan syariat Islam.
Itu antara yang banyak disuarakan oleh pakar penasihat kewangan peribadi dan keluarga,Rohani Mohd. Shahir dari Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.
Topik itu juga yang berjaya menarik perhatian hampir 300 hadirin yang mengikuti Seminar Rumahku Syurgaku, "Setulus Kasih Ayah, Semurni Pengorbanan Ibu" anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya baru-baru ini.
Menerusi tajuk Bijak Mengurus, Keluarga Terurus Rohani berkata, hutang kad kredit atau istilah popularnya wang plastik antara yang menjadi punca suami isteri berperang besar. Apatah lagi jika ia menyebabkan salah seorang daripada pasangan tersebut diisytiharkan muflis atau bankrap.
Malah dalam banyak kes, si isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung pelbagai tekanan hutang piutang kad kredit yang disalahguna oleh suami.
"Statistik menunjukkan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi di negara ini telah meningkat pada kadar 17.6 peratus dalam tempoh enam bulan ke RM98.8 bilion pada akhir 2009.
"Tetapi yang menjadi masalah sehingga memasuki tahap yang sangat membimbangkan apabila peratus hutang kad kredit yang tidak dibayar telah meningkat 5.4 peratus, iaitu sebanyak RM26.7 bilion terutamanya akibat pembelian barangan pengguna di bawah skim ansuran," katanya.
Menurutnya, dari tahun 2004 hingga April 2009, seramai 637 pemegang kad kredit telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit.
"Iaitu jika dilihat pada pecahan bangsanya, mereka yang muflis ini terdiri 52 peratus berketurunan Cina, diikuti 36 peratuMelayu, 11 peratus kaum India dan satu peratus kaum-kaum lain.
Walaupun jumlah peratus kalangan Melayu itu tidaklah tinggi berbanding bangsa Cina, namun fenomena berhutang dan muflis akibat kad kredit ini tetap membimbangkan.
"Justeru setiap pasangan suami isteri harus memikirkan kewajaran untuk menggunakan kad kredit. Jika salah penggunaan dan dibebani hutang serta muflis tentunya memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan mereka," katanya.
Rohani dalam pembentangan kertas kerjanya selanjutnya berkata perancangan kewangan secara Islam adalah menjadi asas penting kepada kesejahteraan keluarga.
"Soal sumber pendapatan, makan, minum yang halal haram atau syubhah penting untuk diambil kira. Andai yang haram banyak yang berdarah daging dalam tubuh badan maka tidak menghairankan jika kebanyakan generasi yang dilahirkan akhirnya mereka yang ramai menderhaka terhadap ibu bapa dan agama mereka," katanya.
Iaitu sebagaimana peringatan dari Allah dalam Surah Al Baqarah, iaitu ayat 208 yang bermaksud: "… Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu…"
Islam tidak dapat berkompromi dalam soal hukum halal haram, malah jika melihat dari aspek merokok sekalipun, Rohani sarankan agar tabiat itu juga mesti ditinggalkan secara total.
Ini apabila Kementerian Kesihatan mendapati rakyat negara ini berbelanja hampir berbilion ringgit setahun semata-mata untuk memuaskan tabiat merokok.
"Sedangkan ia sangat membazir dan lebih memburukkan keadaan kita terpaksa membazirkan banyak juga wang semata-mata untuk membiayai kos rawatan dan perubatan pelbagai penyakit kronik akibat tabiat buruk ini.
"Malah yang lebih menyedihkan, menurut kajian, lebih daripada 50 peratus perokok tersebut adalah kalangan kaum Melayu atau Islam itu sendiri," kata Rohani.
Lantas demi ekonomi rumah tangga sebelum menjadi lebih parah, adalah berhenti daripada merokok!
Tegasannya juga, supaya berhati-hati dengan pelbagai rangkaian perniagaan yang berasaskan multi level marketing (MLM) atau industri jualan langsung dan skim-skim pelaburan yang gharar, pengambilan deposit dan sebagainya lagi yang kononnya menjadikan peratus pulangan keuntungan yang tinggi.
"Sedangkan semua itu tidak pernah mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkuasa dan ia lebih menjebakkan kita dalam pelbagai jenayah kewangan yang menambahkan lagi kerumitan dalam ekonomi rumah tangga," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah