Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sebelum saya post artikel mengenai bazar Ramadhan, izinkan saya menceritakan perkembangan saya di sana PERMATApintar.
1. I/C saya hilang termasuk dompet yang mengandungi kad atm bsn semasa dalam perjalanan dari KL Sentral ke The Mines di Seri Kembangan atau semasa berjalan-jalan di dalam kompleks tersebut seminggu sebelum bulan ramadhan. Oleh sebab itu, saya bersama dengan ibu saudara saya i/c di JPN Kajang dan ambil di JPN Putrajaya pada hari Sabtu minggu kedua bulan ramadhan serta 'block' kad bsn. Nanti di Ipoh, baru saya buat kad atm baru. Oleh kerana saya masih pelajar, maka tidak dikenakan kompaun RM 100. Hanya RM 10 sahaja untuk permohonan. Allhamduillah!!!!!
2. Tiket KL Sentral ke Ipoh adalah pada 3 petang, hari Jumaat (dua hari sebelum raya). Dari KTM UKM, saya hanya naik 'train' ke sana.
3. Pelajar Form 5 yang saya dahulu lagi pemilihan mereka untuk ambil ujian SAT dan TOEFL itu berjumlah 15 orang yang akan berangkat ke US minggu depan di serata universiti di sana. Ada sesetengah terpaksa sambut raya di sana, ada sesetengah pula sambut raya di sini.
4. TOEFL markahnya mestilah 70 ke atas untuk membolehkan ambil ujian 'off level test' syllabus Form 4 dan 5. Kemudian, mereka di 'interview' oleh Prof kami. Sesiapa markah bagus, dapatlah ambil ujian TOEFL sebenar dengan SAT dan juga SAT Subject test. Saya tidak dipilih kerana toefl saya 60/120. Tahun hadapan, saya buat betul-betul untuk TOEFL kerana saya ada peluang terakhir pada tahun hadapan semasa semester 1 akhir.
5. Sebenarnya kami dikehendaki membuat portfolio mengenai diri dari sekolah rendah sehingga sekarang dalam English termasuk pencapaian, sijil dan segalanya sebelum saya menamatkan pengajian di sini. Insya-Allah pada hujung tahun nanti saya akan membuat portfolio tersebut. Manakala folio kerjaya mana yang kami suka juga dikehendaki buat sebelum bulan Oktober. Sebenarnya, sesiapa yang masuk ke sini, kalian ada markah-markah dan kriteria yang berjumlah 100%. Kalau markah saya dapat 50 ke atas, saya akan mendapat sijil diploma sekaligus memotong dua tahun daripada pelajar di luar sana. Kiranya kami dapat tamatkan pengajian di universiti dengan lebih cepat daripada pelajar-pelajar di luar sana. Sememangnya terlalu banyak keistimewaan yang kami akan dapat apabila berada pada penghujung form 5 nanti. Itupun, saya harus berusaha keras supaya semua keistimewaan itu dapat saya petik.
6. Tahun hadapan, kami dibenarkan ambil mana-mana subjek ASASIpintar yang ditawarkan oleh Fakulti MT dan sains untuk belajar sebagai kelengkapan untuk markah kriteria tersebut.
7. Allhamduillah!!!! Akhirnya PERMATApintar dapat cuti hari Jumaat (hari Jumaat tidak ada persekolahan) untuk membolehkan kami semua balik kampung lebih awal sebelum raya.
8. Allhamduillah!!!!! Saya terpilih untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan lain di Seri Perdana, Putrajaya (apa lagi rumah PM) sekaligus diadakan majlis khatam al-quran pada 14 ogos (Ahad). Nanti saya akan post untuk yang ini, insya-Allah kerana malas ingin bercakap besar.
9. 10 Ogos nanti, anak-anak yatim datang ke sini untuk berbuka puasa bersama kami semua. (majlis berbuka puasa & khatam al-quran).
Itu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan