Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

30 Oktober 2009

Jemaah Malaysia pertama tiba

MEKAH 29 Okt. – Laungan talbiah ‘Labbaikallah hummalabaik...’ bergema di lorong dan jalan raya utama menuju ke Masjidil Haram dari maktab penginapan jemaah Malaysia di sini, pagi ini apabila ratusan jemaah haji Malaysia yang baru tiba berarak beramai-ramai ke tanah suci itu untuk mengerjakan umrah.
Kehadiran ramai jemaah haji Malaysia itu mengundang perhatian daripada para penduduk setempat sepanjang melalui laluan sejauh kira-kira 750 meter dari maktab penginapan mereka ke Masjidil Haram.
Mereka adalah daripada kumpulan pertama melibatkan seramai 696 jemaah Malaysia yang baru tiba ke sini kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia) menggunakan 16 buah bas dari Madinah. Mereka telah berada di Madinah selama lapan hari.
Sebelum berarak ke Masjidil Haram pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, mereka diberi taklimat ringkas oleh guru agama Tabung Haji bagi memastikan pelaksanaan ibadat umrah mereka sempurna.
Ramai daripada kalangan jemaah kelihatan menitiskan air mata ketika keluar dari pintu maktab penginapan mereka ke jalan raya.
Salah seorang jemaah yang ditemui, Mahtar Jamal, 58, berkata, ini adalah hari pertama dia dan isterinya, Nazlah Adam, 53, menjejakkan kaki ke tanah suci.
Beliau berhasrat jika diizinkan Tuhan untuk mengerjakan umrah sebanyak tujuh kali sebelum tiba hari wukuf yang dijangka pada 26 November ini.
‘‘Penat ketika berada di dalam bas hampir enam jam dari Madinah ke Mekah hilang sebaik tiba di Mekah kerana semangat untuk mengerjakan umrah,’’ katanya yang berasal dari Muar, Johor.
Isterinya, Nazlah pula berkata, setakat ini dia tidak menghadapi masalah termasuk ketika melakukan ibadat di Madinah selama lapan hari kerana layanan sempurna yang diberikan oleh pihak Tabung Haji.
Seorang lagi jemaah, Sabtu Baharom, 50, yang sudah kali kedua datang ke tanah suci memberitahu, kali pertama dia datang ke sini adalah pada tahun 1998 untuk melakukan umrah.
‘‘Selepas itu, saya membuka akaun dengan Tabung Haji dan menyimpan selama lapan tahun sebelum nama saya dipilih untuk menunaikan haji. Alhamdulillah hasrat saya tertunai dan hari ini saya bersama isteri dapat juga menjejakkan kaki ke tanah suci,’’ ujarnya yang berasal dari Melaka.
Sementara itu, jumlah jemaah haji yang selamat tiba di Madinah meningkat kepada lebih 9,500 orang melalui 26 penerbangan.
Penerbangan terakhir jemaah Malaysia melalui Madinah adalah pada 3 November ini dan selepas tarikh itu, penerbangan akan terus dari Malaysia ke Jeddah. – UTUSAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah