Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

25 Oktober 2009

Jemaah terharu di Makam Saidina Hamzah

MADINAH 24 Okt. - Ramai jemaah haji Malaysia menitis air mata ketika menziarahi Makam Saidina Hamzah yang terletak di kaki Bukit Uhud, iaitu kawasan bersejarah yang dulunya pernah mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Qurais.

Mereka terlalu hiba melihat keadaan Makam Saidina Hamzah yang disemadikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam perang Uhud yang mengakibatkan Nabi Muhammad SAW turut cedera dan terpaksa bersembunyi di salah sebuah gua di bukit tersebut.

Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.

Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para shuhada yang lain tanpa batu nisan. Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikelilingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.

Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Qurais menyerang balas.

Jemaah Malaysia, Naimah Kasdan, 47, ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat menziarahi makam itu yang mencatatkan kisah sedih mengenai peristiwa gugurnya terlalu ramai tentera Islam termasuk bapa saudara Nabi.

Beliau memberitahu, setiap jemaah pasti akan merasa terharu apabila melihat makam tersebut terutama apabila mengingati kisah perang Uhud.

"Sedih dan sayunya apabila melihat keadaan Makam Saidina Hamzah apalagi mengenangkan kematian pejuang-pejuang Islam dalam peperangan itu," kata Naimah yang datang bersama suaminya, Yusoff Bakar, 61, di bawah rombongan Tabung Haji.

Seorang lagi jemaah, Rosni Mahmud Zahidin, 48, pula berkata, beliau terlalu bersyukur kerana mendapat peluang menziarahi makam tersebut.

"Selama ini saya hanya mengetahuinya melalui pembacaan tetapi kali ini saya dapat menjejakkan kaki sendiri di kawasan yang pernah mencatatkan kisah hitam kekalahan tentera Islam.

"Para syuhada itu terkorban pada peringkat awal kedatangan Islam dan pengorbanan mereka itu amat menyedihkan," katanya.

Bagi pelawat yang menziarahi makam itu digalakkan memberi salam dengan membaca doa, "Mudah-mudahan sejahtera ke atas bapa saudara Nabi Muhammad, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Assalamualaikum wahai singa Allah dan singa Rasullullah. Assalamualaikum wahai penghulu syuhada."

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji memberitahu, setakat pukul 11.20 malam tadi, jumlah jemaah haji yang selamat tiba di kota Madinah meningkat kepada 5,310 jemaah, manakala jumlah petugas seramai 349 melalui 14 penerbangan.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Ambillah peristiwa ini sebagai pengajaran dan sentiasa bertaubat supaya aman di dunia dan akhirat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah