Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

01 Januari 2010

Pantau bahan guna label halal

UMAT Islam masa kini perlu mengawasi makanan ringan yang menggunakan label halal kerana terdapat bahan-bahan haram di dalam kandungan makanan tersebut.
Bahan-bahan makanan yang menggunakan kod mulsifier sering mengaburkan pelanggan beragama Islam kerana mereka tidak memahami isi kandungan mulsifier tersebut.
Persatuan Pengguna Islam diminta menghebahkan maklumat mengenai mulsifier yang mengandungi bahan-bahan haram di dalam makanan tetapi menggunakan label halal.
Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pembekal makanan yang menyalahgunakan label halal.
Mereka sepatutnya memahami bahan-bahan seperti mulsifier yang mengandungi lemak babi adalah haram bagi umat Islam. Sikap pembekal makanan yang tidak sensitif ini perlu diboikot oleh umat Islam supaya mereka sedar bahawa penipuan mereka membangkit kemarahan umat Islam.
Pemborong dan peruncit makanan beragama Islam sepatutnya meneliti bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan minuman sebelum menjualnya di kedai-kedai mereka.
Sikap terlalu percaya kepada label halal yang dicetak pada bungkusan makanan ringan dan seumpamanya menyebabkan umat Islam sering ditipu oleh pembekal makanan tersebut.
Umat Islam perlu tegas dalam soal pemakanan kerana memakan makanan haram dan kurang pasti halal atau haram (shubhah) boleh menyebabkan hati nurani umat Islam sukar untuk disinari oleh jiwa keimanan.
Umat Islam amat prihatin terhadap kesucian makanan dan minuman kerana ia berkaitan dengan dosa dan pahala. Kesucian makanan, minuman dan pakaian merupakan asas penting untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.
Ibu bapa perlu meneliti jenis makanan yang dibeli serta memahami isi kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan yang berlabelkan halal kerana pengeluar makanan ringan dan seumpamanya kurang peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam berkaitan dengan pemakanan.
Mereka perlu menggalakkan anak-anak memakan makanan yang sihat dan suci seperti dianjurkan oleh Islam.
Apabila wanita melibatkan diri sepenuhnya di luar rumah dengan tujuan untuk melaksanakan tugas negara dan membantu suami mencari nafkah maka mereka tidak mempunyai masa untuk menghidangkan makanan yang suci dan berkhasiat kepada ahli keluarga.
Oleh itu makanan ringan dan mudah untuk dimakan menjadi makanan asas dalam keluarga.
Apabila suasana begini menjadi lumrah hidup masyarakat Islam maka pengeluar makanan ringan atau beku mendapat peluang sepenuhnya untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi dan bahan-bahan haram dengan menggunakan label halal.
Umat Islam perlu prihatin terhadap pemakanan keluarga. Jika mereka menunjukkan sikap kurang peka terhadap perkara ini maka dikhuatiri suatu hari nanti umat Islam akan menjadi umat yang tidak mengenali erti halal dan haram dalam pemakanan.
Sikap begini boleh menyebabkan keimanan umat Islam terhakis. Oleh itu tumpukan perhatian kepada penyediaan makanan yang suci dan berkhasiat untuk anak-anak dan ahli keluarga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah