Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Februari 2010

Kesan jenayah zina yang berleluasa

Hati mana yang tidak sebak tatkala menatap wajah suci mayat seorang bayi perempuan yang dibuang dan dihurungi semut. Kejadian yang berlaku di Masjid Permatang Duyung, Melaka seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini bukanlah kes pertama. Kes terbaru menyaksikan seorang bayi dibakar di dalam tong sampah di Kuala Krai, Kelantan.
Apakah maksud semua ini? Kenapa terus berlaku? Dalam keadaan negara kita terus mengorak langkah menuju taraf sebuah negara maju, malangnya akhlak, nilai murni dan kasih sayang sesetengah masyarakat sedang hancur musnah.
Masih ada lagikah nilai kasih sayang dalam diri manusia, jika bayi yang tidak berdosa itu dibuang begitu sahaja? Apakah yang kita kejar sebenarnya? Adakah kita hanya perlukan kemajuan yang pesat, tetapi sebahagian manusia menjadi keparat? Tentu sekali tidak. Kita mengharapkan pembangunan yang seimbang.
Akhlak dan nilai murni dibangunkan sejajar dengan pembangunan material. Jika tidak, apa guna kita memiliki kemajuan yang tinggi, tetapi nilai masyarakat yang akan menguruskan kemajuan tersebut semakin rendah dan hina.
Apa punca semua ini? Terbayangkah kita sepasang suami isteri yang berkahwin secara sah, kemudian selepas si isteri mengandung dan melahirkan anak, lalu si ibu mengambil keputusan untuk membuang anak tersebut? Sudah tentu hal seperti ini mustahil untuk berlaku. Jika ada, kemungkinan tahap kewarasan pasangan tersebut perlu dikaji.
Tetapi, faktor lain yang menyumbang kepada gejala itu adalah bayi tersebut tidak diperlukan oleh wanita yang melahirkannya. Kenapa? Sebabnya wanita tersebut tidak bersedia dan tidak mengharap pun untuk mendapat anak.
Anak tersebut adalah hasil daripada hubungan tidak sah wanita tersebut atau istilah dalam al-Quran, anak tersebut adalah hasil perbuatan zina.
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, maka jalan singkat yang diambil adalah dengan membuang bayi tersebut. Saat itu, mereka ingin menutup satu dosa dengan melakukan dosa lain.
Pelbagai wacana, seminar dan perbahasan telah dilakukan bagi membendung gejala ini. Sekarang adalah masa untuk semua pihak bertindak jika kita benar-benar ikhlas untuk menyelesaikannya.
Jika tidak, kita akan terus melihat perbuatan tidak bertamadun ini akan terus berlaku di bumi Malaysia tercinta.
Pada pandangan penulis, salah satu faktor penyebab gejala pembuangan bayi ini adalah jenayah zina semakin berleluasa di kalangan muda mudi kita.
Usaha dakwah dan penguatkuasaan mesti dilipatgandakan oleh semua pihak bagi membanteras jenayah ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah