Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Februari 2010

Lelaki pencetus zina perlu menerima hukuman sewajarnya

Saya ingin memulakan rencana ini dengan petikan Surah Jumu'ah, Ayat 8 yang berbunyi "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Lihatlah betapa sempurnanya ajaran Islam apabila menyentuh tentang perihal zina. Ayat itu menjelaskan bahawa umat Islam dilarang melakukan zina kerana kesannya dalam masyarakat amatlah buruk. Kerosakan yang berlaku melibatkan banyak pihak. Ia bukan sahaja menjejaskan keturunan, malah mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah lain seperti membunuh.
Dalam kes ini, jika bayi hasil perbuatan zina yang dibuang meninggal dunia, pihak yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tuduhan membunuh. Tak pasal-pasal, pelaku perbuatan tersebut jika sabit kesalahan akan dipenjarakan untuk tempoh tertentu. Jika yang membuang bayi tersebut adalah remaja perempuan yang melahirkan anak tidak sah itu, maka dia akan menanggung segala hukuman yang menanti. Di manakah lelaki yang menyebabkan remaja itu hamil? Melihat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita, lelaki tersebut dibiarkan bebas dan nescaya, dia boleh mengulangi perbuatan zina dengan teman wanita yang baru pula. Melihat senario hari ini, sudah tiba masanya agar tindakan keras di bawah undang-undang sivil dikenakan ke atas lelaki terbabit.
Adalah tidak adil jika hanya pihak perempuan sahaja yang menanggung sengsara. Tanpa benih daripada lelaki, maka anak tidak sah itu tidak akan lahir. Jadi, kedua-dua pihak perlu dikenakan tindakan.
Ibu bapa kepada remaja lelaki dan perempuan terbabit juga wajar dikenakan tindakan. Setidak-tidaknya, kaunseling diberi kepada mereka agar mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas anak masing-masing.
Memandangkan institusi keluarga semakin rapuh di negara ini, maka ibu bapa bukan sahaja wajar diberi kaunseling, sebaliknya patut dihantar ke kelas khas tentang bagaimana mendidik anak-anak.
Jangan harapkan guru di sekolah sahaja untuk mendidik anak-anak. Ini kerana amanah sepenuhnya adalah di bahu ibu bapa. Agak dikesalkan juga kerana apabila berbicara tentang isu ini, kebanyakan pihak yang memberi komen hanya menyalahkan remaja perempuan. Tiada komen mengutuk pihak lelaki yang bertanggungjawab. Ia nyata berat sebelah dan boleh menambah tekanan yang dihadapi oleh remaja perempuan tersebut.
Sementara itu, idea agar sebuah 'rumah' membuang bayi didirikan agar remaja terbabit 'meletakkan' anak tidak sah mereka di situ bukanlah satu idea yang bernas. Langkah itu seolah-olah menggalakkan perlakuan zina kerana remaja tidak perlu lagi bimbang jika berlaku kehamilan yang tidak diingini.
Kaunseling juga nampaknya tidak begitu membantu kerana ia umpama bercakap 'masuk telinga kiri... keluar telinga kanan.' Tentang didikan? Adakah kerana ibu bapa gagal menanam nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak- anak? Dan kenapa pula, sistem pendidikan yang ada sekarang dikatakan gagal melahirkan masyarakat penyayang? Apabila muncul isu penyakit sosial seperti ini, maka pelbagai pihak menuding jari sehingga akhirnya tiada jalan penyelesaian dicapai.
Apa yang boleh disimpulkan adalah faktor pendidikan di rumah atau di sekolah sekarang gagal melahirkan masyarakat penyayang.
Sudah banyak kempen diadakan, namun kempen sekadar tinggal kempen dengan anak muda kita semakin rakus berkelakuan tidak bermoral.
Mungkin satu akta di bawah undang-undang sivil perlu digubal bagi menyeret pasangan (lelaki dan wanita) yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak tidak sah ke mahkamah. Sekurang-kurangnya, ia boleh membantu membendung gejala yang tidak bermoral ini daripada terus berleluasa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah