Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

14 Mac 2010

Erat kasih sesama Islam

DARIPADA Abi Najr bin Al-Irbadh bin Sariyah katanya, Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengerunkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami bertanya kepadanya; Wahai Rasulullah (SAW) seolah-olah ini suatu nasihat terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan.
Sabda Rasullullah SAW: Sentiasalah bertakwa kepada Allah Azzawajjallah serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu, akan menyaksikan banyak perselisihan maka hendaklah kamu berpegang kepada sunahku dan sunah Khalifah Al-Rasyiddin yang beroleh petunjuk daripada Allah SWT. Gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunah-sunah itu) dan jauhilah dari perkara-perkara yang diada-adakan sesungguhnya bidaah itu menyesatkan (hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
Telahan Rasulullah SAW ini telah pun berlaku. Kita melihat orang Islam bersengketa sejak wafatnya Rasulullah SAW. Tetapi akhir-akhir ini, persengketaan antara orang-orang Islam semakin teruk. Kalau dulu kelainan, kealpaan dan persengketaan dari segi pendapat telah menyebabkan kaum Tartar menang (perang). Setelah kaum Tartar bersama Islam dan Islam berkembang serta menjadi kuat semula, malangnya mereka telah berperang pula dengan pasukan Kruszyn.
Bagaimanapun Kruszyn kalah dan kemenangan berpihak kepada orang-orang Islam yang masih lagi kuat. Pengajaran yang diambil ialah orang Islam tidak boleh diruntuh atau diperangi dengan senjata tetapi perlu diperangi mereka dari segi mental.
Inilah yang dilakukan oleh orientalis Barat iaitu mempengaruhi pemikiran orang-orang Islam sehingga menjadi lemah. Mereka berjaya menjajah pemikiran di seluruh negara Islam. Namun ini memberi kesedaran kepada umat Islam, yang akhirnya berjihad memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.
Tetapi oleh kerana budaya pemikiran itu sudah tertanam dalam bentuk yang dimahukan penjajah, orang Islam tidak dapat lari daripada keadaan itu. Walaupun telah merdeka, orang Islam masih bersengketa. Ini termasuk negara kita sendiri. Islam sesama Islam bertelagah sehingga kini menjadi berpuak-puak.
Akhlak
Mengingatkan hal ini, maka saya selaku mufti yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan orang Islam, dari segi akidah, syariah dan akhlak, berusaha menangani keadaan ini.
Saya telah menegur baik pihak kerajaan, orang ramai termasuk parti-parti politik. Kerana saya berpandangan bahawa jika kita mengaku diri kita sebagai seorang muslim, maka wajib kita berpegang kepada apa yang diamanahkan kepada kita iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Al-Quran menyebut, semua orang mukmin itu bersaudara dan maksud bersaudara itu ditafsirkan oleh Rasulullah SAW dengan satu sabdanya bahawa dua orang bersaudara itu ibarat dua tangan. Yang satu membasuh yang satu lagi. Kalau badan kotor, kedua-dua tangan perlu membasuhnya.
Kekuatan ini kemudian diikat dengan satu lagi hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda, orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti satu bangunan yang setiap anggota bangunan itu kukuh-mengukuhkan di antara satu sama lain.
Saya melihat dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah orang Islam atau Islam itu ditakrifkan sebagai orang Melayu. Namun, persengketaan sesama kita menjadikan Melayu lemah hingga di dalam negara sendiri pun kita jatuh sebagai golongan ketiga baik dari segi pendidikan, ekonomi atau pun akhlak. Maka, wajiblah kita kembali kepada al-Quran dan sunah iaitu menyatu-padukan semula sesama Islam (orang-orang Melayu).
Malah, syariat pertama Rasulullah SAW sewaktu di Madinah ialah melakukan persaudaraan di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Persaudaraan mereka ini berdasarkan asas pertama iaitu akidah. Rasulullah SAW melihat Islam perlu diikat dengan hubungan persudaraan di antara mereka sehingga Rasulullah SAW bersabda, tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.
Walaupun itu diertikan kepada kerabat (saudara), tetapi Rasulullah SAW juga bersabda, tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur dengan muslim lain lebih daripada tiga hari.
Jadi peringatan ini cukup jelas. Maka itu saya bercakap tentang perpaduan, bertindak atas dasar mencari perpaduan. Malangnya orang menyalahertikan apa yang saya buat. Mereka mengatakan bahawa saya telah dipengaruhi oleh parti politik dan sebagainya. Sebenarnya saya tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik walaupun yang memerintah saya tegur, kerana itu menjadi sebahagian daripada tanggungjawab saya.
Orang Melayu seharusnya sedar apa yang sedang berlaku di negara kita dan negara-negara Islam lain. Cuba kita lihat di Nigeria bagaimana Islam sesama Islam berperang. Negara-negara Islam di Afrika berperang kerana apa? Kerana kelemahan dan kesukuan. Apakah kita di sini juga hendak berpatah arang berkerat rotan hanya kerana politik? Kerana yang rugi adalah kita. Sedangkan kita lihat bangsa lain, walaupun mereka kelihatan berbeza politik, tetapi bertindak dengan satu tujuan iaitu untuk kepentingan bangsa mereka.
Perselisihan
Sedangkan kita sanggup berpatah arang, berkerat rotan, langsung tidak mempedulikan soal kepentingan agama dan bangsa tetapi lebih kepada hal-hal yang memuaskan nafsu semata-mata.
Jadi wajiblah kita kembali kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).
Bahkan lebih hebat lagi perintah Tuhan, sekiranya ada satu puak yang tidak mahu berdamai, maka halal darahnya kerana Islam cukup mementingkan perpaduan (surah Al-Hujurat ayat 9).
Selain itu, di dalam al-Quran juga ada menjelaskan bahawa sesama Islam mestilah sentiasa kasih-mengasihani. Kasih kita mesti ditumpukan kepada orang Islam. Jika kita mengasihi orang kafir, maka kita terjerumus ke jalan yang bakhil. Apa yang kita lihat hari ini, orang Islam boleh berpelukan dengan orang kafir tetapi tidak mahu bersalaman dengan orang-orang Islam sendiri. Kerana itulah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperdekatkan orang-orang Islam. Kita lupakan soal ideologi, soal politik tetapi biarlah kita dapat menyatukan sesama kita.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah