Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Mac 2010

Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak

SYUKUR alhamdulillah, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, budak yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun akhirnya ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin. Selepas dua minggu menjadi 'isteri' kepada Shamsuddin Che Derahman, Siti Nur kini boleh kembali ke pangkuan keluarga dan lebih penting, dapat meneruskan persekolahan seperti mana rakan-rakan sebayanya yang lain.
Pada usia itu, Siti Nur sepatutnya menikmati alam persekolahan dan bergaul dengan rakan sebaya, bukannya terpaksa memikul tugas sebagai seorang isteri. Pendidikan lebih penting baginya kerana tanpa pelajaran, seseorang tidak mungkin dapat mengharung cabaran hidup dengan selesa pada masa depan.
Dalam pada itu, usaha memburu Shamsuddin mesti diteruskan sehingga dapat dibawa ke muka pengadilan. Tindakan tegas perlu diambil ke atasnya sebagaimana yang disarankan oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Jangan biarkan mereka yang bertanggungjawab dalam kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak itu bebas. Ini kerana kebebasan yang dinikmati akan mendorong mereka mengulangi perbuatan yang tidak bermoral itu. Hukuman setimpal perlu dikenakan dan tunjukkan kepada masyarakat bahawa orang seperti ini memang layak menerima hukuman yang tegas. Jika hukuman penjara atau denda tidak mencukupi, bentuk hukuman lain boleh difikirkan untuk dilaksanakan, misalnya dikasi sahaja lelaki-lelaki yang bernafsu besar yang menggunakan agama untuk memuaskan kehendak diri. Shamsuddin misalnya pernah mempunyai empat orang isteri dalam satu masa tetapi kini tinggal tiga apabila isteri ketiganya diceraikan.
Biasanya lelaki yang beristeri empat mempunyai nafsu yang besar dan jika nafsu itu gagal dikawal, mereka akan sesuka hati berkahwin dan bercerai bagi memenuhi had jumlah isteri yang dibenarkan dalam Islam. Perbuatan itu bukan sahaja menganiaya wanita, malah boleh merosakkan imej Islam di kaca mata golongan bukan Islam.
Sudahlah dalam era hari ini, umat Islam terpaksa menepis pelbagai bentuk penghinaan yang menyakitkan hati termasuk dalam kes kartunis Sweden, Lars Vilk yang menghina Nabi Muhammad SAW, muncul pula kes Shamsuddin yang berselindung di sebalik gerakan tabligh untuk memuaskan nafsu sendiri. Tak pasal-pasal, imej tabligh yang merupakan sebuah kumpulan dakwah Islam tercemar, sedangkan beliau telah lama dikeluarkan dari kumpulan itu kerana beberapa sikapnya yang tidak elok.
Jika dibiarkan bebas, kanak-kanak mana pula yang akan menjadi mangsa selepas ini? Kasihanilah kanak-kanak yang belum faham apa yang berlaku dalam perkahwinan seperti mana yang dialami oleh Siti Nur yang berasa takut terhadap apa yang menimpanya.
Apa yang telah berlaku sepatutnya memberi pengajaran dan iktibar kepada ibu bapa agar tidak mudah terpengaruh dengan pujukan individu yang mempunyai kepentingan sendiri. Jangan begitu mudah termakan pujuk rayu mereka yang bijak menggunakan alasan agama untuk menghalalkan sesuatu.
   

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah