Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

04 Mac 2010

siapa pula selepas syafiah?

TIDAK berperikemanusiaan dan lebih teruk daripada haiwan. Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut majoriti rakyat Malaysia yang terbaca tentang nasib malang yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari (gambar), 3, dari Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Selangor. Seluruh rakyat Malaysia mengutuk keras kejadian tersebut yang meruntun hati, jiwa dan perasaan setiap seorang daripada kita.
Syafiah disahkan meninggal dunia akibat penderaan yang teruk oleh teman lelaki ibunya sendiri. Hasil bedah siasat menunjukkan Syafiah meninggal dunia kerana pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek. Kulit kepalanya juga dikatakan terkoyak kerana dipijak dan terdapat kesan puntung rokok pada bahagian kaki dan dagunya.
Apalah dosa insan kecil ini sehingga diperlakukan sebegini rupa? Kanak-kanak kecil yang belum mengenal erti dosa didera dengan begitu dahsyat sekali hanya kerana kesilapan yang sangat kecil.
Walaupun suspek bukan bapa kandungnya, namun kita hairan ke mana hilangnya sifat timbang rasa, kasih sayang mahupun nilai-nilai kemanusiaan hingga Syafiah diperlakukan umpama binatang. Orang begini jelas langsung tidak layak untuk digelar manusia.
Binatang bertopengkan manusia ini perlu dihukum dengan setimpal. Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan terus hidup di atas muka bumi ini kerana khuatir akan mengulangi perbuatan kejinya ini ke atas kanak-kanak lain.
Maka hukuman yang sewajarnya adalah hukuman gantung sampai mati dan seelok-eloknya disebat terlebih dahulu di khalayak ramai supaya ia menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.
Kejadian yang menimpa Syafiah ini menyusul selang beberapa hari selepas kejadian pembunuhan bayi lelaki yang baru dilahirkan oleh ibunya sendiri dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas di sebuah sekolah memandu di Segamat.
Siri keganasan terhadap bayi ataupun kanak-kanak di negara kita dewasa ini seolah-olah tiada penyudahnya. Hampir setiap hari ada saja berita ataupun laporan berkaitan isu ini baik di media cetak mahupun di media elektronik.
Apa yang lebih menyedihkan ialah hampir kesemua perbuatan keji ini dilakukan oleh ibu bapa ataupun keluarga terdekat mangsa berkenaan. Bukankah mereka ini yang sepatutnya melindungi anak-anak kecil ini? Di mana rasa kasih sayang dan tanggungjawab mereka terhadap darah daging mereka sendiri?
Anak-anak kecil ini yang sepatutnya menjadi bakal pewaris generasi sekarang dan merupakan khazanah masa hadapan negara kita terpaksa dikuburkan dengan begitu tragis dan sadis. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tidak hairan suatu hari nanti bilangan kanak-kanak akan semakin pupus di negara kita ini.
Masalah sosial ini jelas mencerminkan tahap dan kedudukan sebenar institusi kekeluargaan di negara kita yang begitu rapuh dan pincang. Kejadian-kejadian ini membawa kita kepada beberapa persoalan penting yang perlu dirungkai dan ditangani dengan segera.
Antaranya, apakah punca yang menyumbang kepada masalah sosial sebegini dalam masyarakat kita dan ke mana hilangnya nilai-nilai kasih sayang dalam masyarakat kita?
Sistem kekeluargaan dalam masyarakat kita nampaknya semakin goyah dan sedang menuju ke suatu keadaan yang cukup merbahaya. Buktinya, masyarakat kita kini kembali mengamalkan budaya zaman jahiliah iaitu membunuh ataupun menanam bayi. Jika kita terus leka maka dikhuatiri budaya ini akan menghancurkan terus nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita suatu hari kelak.
Pada masa yang sama, masyarakat kita juga dilihat dewasa ini lebih mementingkan harta dan kebendaan yang menyebabkan kita semakin lalai dan melupakan nilai-nilai kasih sayang yang selama ini menjadi tunjang dan tulang belakang sesebuah keluarga.
Perasaan sayang, cinta, ambil berat dan saling hormat menghormati semakin terhakis daripada masyarakat kita. Itulah harga yang terpaksa kita bayar selama ini untuk menikmati kemajuan dan pembangunan yang kita miliki sekarang. Apakah kita boleh bangga dengan kemajuan sebegini dan apakah arus pemodenan ini yang kita idamkan selama ini?
Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama Islam mahupun NGO dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita tentang nilai-nilai kekeluargaan yang sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti yang kita idamkan di samping menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.
Jika tidak, kita sudah boleh menghitung hari dan perlu bersiap sedia dari sekarang dengan jawapan siapa pula mangsa seterusnya selepas Syafiah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah