Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Mei 2010

Ibu kau tetap disanjung


DALAM laporan sebuah akhbar tempatan, seorang remaja perempuan yang juga pelajar tingkatan tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu kesal kerana melakukan zina sehingga lahir seorang anak luar nikah. Bayi lelaki itu dilahirkan dalam tandas sebuah klinik kerajaan baru-baru ini.
Namun dia berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun si ibu terkilan dengan perbuatannya.
Tentulah si ibu masih dapat menerima anaknya sendiri walaupun betapa teruknya dia menanggung malu.
Bagi si anak, adakah bayi luar nikahnya itu merupakan hadiah yang layak buat si ibu sempena Sambutan Hari Ibu?
Islam tidak menetapkan mana-mana hari dalam kalendar tahunannya untuk umat agama itu menyambut Hari Ibu.
Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang menghargai pengorbanan dan jasa ibu yang melahirkan?
Jangan hanya apabila selepas terjebak dalam kancah sosial seperti penagih dadah, rempit dan kaki pukul sehinggalah seks bebas sehingga perut besar membusung kerana hamil baru ingat hendak mencari ibu.
Ketika lupa daratan, mereka inilah golongan yang tidak pernah menghargai ibu dan jauh sekali meraikan ibu sempena Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei.
Namun tahukah anda ada juga anak-anak yang baik tetapi kadang-kadang terpaksa bertindak 'menderhaka' terhadap ibu masing-masing.
Jangan salah faham pula. Mereka terpaksa menderhaka terutama kepada ibu yang melahirkan semata-mata kerana hati telah terpikat dan mahu terikat dengan Islam.
Kerana Islam mereka terpaksa membelakang ibu kerana tiada ibu yang dapat menerima kenyataan apabila anak kesayangan dan menjadi harapan bertindak meninggalkan agama nenek moyang yang mereka pertahankan selama ini.
Tetapi derhaka si anak kerana Islam itu sebenarnya tidak memutuskan sama sekali hubungan.
Walaupun berbeza agama, pertalian mereka yang menganut Islam dengan ibu yang berlainan agama tetap kekal malah lebih baik berbanding sebelumnya.
Divesh Kumar Danial Kakulai dan isteri, Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit misalnya adalah contoh anak yang tetap menghormati dan menyanjungi ibu walau mereka berbeza agama.
Walaupun ibu Divesh Kumar, Madhuvati a/p Varjivandas, 65, seorang penganut Hindu tetapi ia bukan penghalang untuk mereka tinggal bersama.
"Sehingga kini kami sekeluarga tinggal bersama. Walaupun berbeza agama tetapi tidak ada sesiapa yang dapat memisahkan antara saya dan ibu.
"Saya sangat menyayangi ibu kerana jika tidak ada ibu yang melahirkan dan membesarkan, saya mungkin tidak berkesempatan mengenali dan memeluk Islam," katanya.
Tidak dinafikan, anak bongsu daripada lima adik beradik itu telah mengecewakan hati ibunya itu apabila beliau meninggalkan agama Hindu demi bergelar seorang Muslim pada tahun 1997.
"Sudahlah ibu mempunyai penyakit darah tinggi, seorang yang cepat marah dan agak cerewet orangnya, jadi saya terpaksa merahsiakan pengislaman saya kerana bimbang menjejaskan kesihatannya.
"Apabila ibu tahu saya memeluk Islam melalui jiran, ibu saya benar-benar kecewa, marah dan menuduh saya menipunya.
"Sudahlah abang saya Shah Kirit dan seorang lagi kakak sebelum ini telah memeluk Islam. Kini saya anak bongsu kesayangannya pula mengikut jejak langkah mereka, ibu mana yang tidak sedih dan hampa," kata Divesh Kumar.
Dia menjelaskan, ibunya tidak dapat membezakan antara Islam dan Melayu.
"Baginya sama sahaja dan saya sendiri terpaksa menyembunyikan diri, tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana bimbang ibu marah kerana saya meninggalkan agama menjadi amalan kami selama ini," katanya.
Katanya, selama tiga hari itu dia berfikir dan akhirnya berazam dan tekad untuk membuktikan Islam tidak seburuk yang disangka oleh ibunya.
Lebih-lebih lagi ajaran Islam tidak mengajar anak dan ibu mesti dipisahkan kerana berbeza agama.
Atas semangat itu, Divesh Kumar sedia menghadapi apa juga risiko dan memberanikan diri pulang ke rumah.
Sebaik sampai di rumah dia berterus terang dengan ibunya untuk terus tinggal bersama dan menjaganya sehingga ke akhir hayat.
"Soal beza agama bukan penghalang," katanya.
Akhirnya seperti yang dilihat hari ini, Divesh Kumar dan ibunya bahagia hidup bersama di bawah satu bumbung walaupun berbeza agama.
"Saya mesti melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu saya.
"Saya secara ikhlas dan sukarela menghantar ibu beribadat di kuil, menunggunya dan kemudian pulang bersama-sama.
"Ini kerana ibu juga sangat bertolak ansur terhadap Islam. Malah ibu yang mengingatkan saya sembahyang tiap kali masuk waktu solat. Malah ibu menyediakan makanan kesukaan saya setiap kali saya dan isteri berbuka puasa di bulan Ramadan.
"Ibu yang menjaga cucunya, iaitu anak saya Puteri Dhiya Sumayyah, 2, sementara saya dan isteri keluar bekerja.
"Ibu juga akan menyediakan manisan dan buah tangan untuk dihadiahkan apabila kami pulang ke kampung isteri.
"Sesungguhnya ibu adalah manusia yang paling saya sayang, tiada duanya di dunia ini," katanya.
Tentu sahaja menjadi harapan Eksekutif Pemasaran di Saba Islamic Media Sdn. Bhd. ini agar si ibu akhirnya memeluk Islam.
Namun selagi yang tidak bertentangan dengan Islam, Divesh Kumar akan terus berbakti kepada ibunya itu hayat dikandung badan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah