Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Mei 2010

Konsep pemilikan dalam Islam


ISLAM tidak pernah menyekat dan menghalang manusia dari memenuhi tuntutan naluri dan fitrah mereka. Malah Islam mendidik cara yang betul bagaimana tuntutan naluri tersebut boleh dipenuhi.
Dalam Islam, pemilikan mutlak adalah hak Allah SWT. Manusia hanya 'meminjam' daripada Allah untuk membantunya mengabdikan diri kepadaNya.
Dalam hal pemilikan, selain berkaitan dengan persoalan keagamaan ada dua pihak diiktiraf oleh syarak yang boleh menerima pemilikan.
Pertama, Syakhsiyah tobi'iyyah ataupun manusia itu sendiri. Seseorang individu itu boleh memiliki harta kerana mereka diciptakan oleh Allah mempunyai keupayaan untuk memiliki dan mengawal harta berkenaan.
Di samping itu, ia juga mempunyai kebolehan memindahkan harta di bawah pemilikannya kepada pihak lain.
Pihak yang kedua pula adalah Syakhsiyah i'tibariyyah seperti syarikat dan institusi. Fiqh Islam telah mengiktiraf institusi-institusi seperti yayasan, pertubuhan, syarikat, masjid sebagai mempunyai keperibadian yang menyerupai manusia dari sudut keahlian untuk memiliki, sabitan hak dan melaksanakan kewajipan.
Maka dibolehkan institusi-institusi berkenaan memiliki harta dan kawalan terhadap harta tersebut diwakili oleh individu tertentu.
Baitul Mal boleh mewarisi harta bagi orang yang tidak mempunyai waris, kadi tidak perlu membayar diat jika berlaku kesilapan dalam keputusannya terhadap kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak Allah SWT kerana beliau mewakili ummah dan sebagainya.
Namun untuk mengawal berlakunya penyelewengan dalam konteks ini, perlu ada kumpulan individu yang amanah dan berilmu menguruskan institusi berkenaan. Terutama dalam membuat keputusan membabitkan pihak pengurusan, pihak lembaga pengarah, pemegang amanah dan sebagainya.
Maka institusi juga boleh memindahkan hak milik dan mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Konsep ini secara umumnya diterima oleh semua fuqaha. Untuk lebih memahami konsep ini, sebagai contoh dalam sistem takaful, tabung atau dana tabarruk boleh dianggap sebagaiSyakhsiyah I'tibariyyah.
Tabung berkenaan bertujuan mengumpul sumbangan derma daripada setiap peserta takaful bagi membantu peserta yang ditimpa musibah.
Pengendali takaful pula bertindak sebagai pemegang amanah menguruskan tabung berkenaan.
Dari sudut konsepnya, tabung berkenaan mempunyai hak sebagai Syakhsiyah i'tibariyyahkerana ia berhak memiliki dan menunaikan kewajipan mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui.
Milik atau pemilikan adalah hubungan manusia dengan harta yang diakui oleh syarak. Di mana harta itu dikhususkan kepada seseorang manusia dan membenarkannya untuk mentadbir harta tersebut mengikut kehendaknya selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Dari segi bahasa, 'milik' adalah pemilikan harta oleh manusia dan penguasaannya ke atas harta itu. Bererti, dia sahaja yang mempunyai kuasa dalam mentadbirnya. Ahli-ahli fiqh secara umumnya memberi definisi berbeza tentang harta.
Namun, semuanya mempunyai kandungan maksud yang sama dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara (al-Zuhayliyy 2002 :4 /57).
Islam bukan sahaja mengiktiraf hak setiap pemilik harta menikmati faedah daripada harta kepunyaannya. Malah mengiktiraf hak pemilik itu menguruskannya semasa hidup dan sesudah meninggal dunia.
Mengikut perspektif Islam, individu atau institusi hanya layak memiliki harta dengan cara dan kaedah yang diharuskan oleh syariah sahaja. Ia seperti dengan cara belian, sedekah, hadiah, warisan dan sebagainya.
Contohnya, seorang pelanggan yang membayar duit membeli sesuatu barangan, berhak mendapat barangan tersebut setelah membayarnya. Maka barang yang diperolehi itu menjadi miliknya, walaupun pada peringkat awal berada di bawah milikan si penjual.
Individu tersebut juga berhak dan layak memiliki sesuatu dengan cara usaha (kasb), tanpa melibatkan modal dan pembelian. Contohnya, ejen takaful yang berusaha mendapat pelanggan berhak mendapat komisen sebagai upah di atas kerja yang dilakukan.
Atas usahanya mempromosikan produk, menyampaikan mesej syarikat dan memberi khidmat kepada peserta, maka dia layak mendapat komisen.
Dalam kontrak mudharabah, seorang pekerja (mudharib) layak mendapat sebahagian keuntungan perniagaan yang dilakukan walaupun dia tidak mengeluarkan modal.
Sebaliknya, Islam tidak mengiktiraf pemilikan harta oleh individu dengan menggunakan harta yang haram walaupun ia sudah berada dalam tangannya atau di bawah jagaannya.
Islam juga tidak mengiktiraf pemilikan yang terhasil daripada cara haram seperti melalui perjudian, pelacuran, riba, rasuah dan sebagainya.
Malahan, jika harta itu didermakan atau disedekahkan, ia tidak akan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. (riwayat Muslim, 3/85 ).
Maka apabila seseorang itu memiliki harta yang haram, haram baginya mengambil manfaat daripada harta tersebut. Dia hendaklah melupuskan harta haram berkenaan sebagaimana yang digagaskan oleh syariah.
Namun, Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-Nya untuk bertaubat.
Pemilik harta haram yang ingin bertaubat perlu melupuskan harta berkenaan sebagai salah satu syarat untuk bertaubat.
Cara terbaik adalah memulangkan harta itu kepada tuannya. Jika tuannya sudah meninggal dunia, maka perlulah diserahkan kepada warisnya.
Jika tidak diketahui atau gagal menemuinya, maka bolehlah diserahkan kepada fakir miskin. Namun, derma dan sumbangannya kepada fakir miskin itu tidak mendatangkan sebarang pahala daripada Allah SWT. Sebaliknya, ia hanya satu kaedah yang wajib dilakukan untuk bertaubat.
Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertaubat)". (riwayat al-Hakim)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah