Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

15 Mei 2010

Pelihara batasan syariat demi keberkatan rumah tangga

Soalan

1. Adakah terdapat nas Al-Quran atau riwayat hadith Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengenai hukum wajibnya mengadakan "majlis" untuk merisik, bertunang? Adakah terdapat tempoh masa yang ditentukan untuk setiap "sesi" tersebut?
2. Apakah hukum melaungkan secara kuat lafaz takliq/taqlid kepada isteri? Bukankah itu semua perjanjian antara suami isteri, buat apa nak orang lain tau hal suami isteri tersebut.
3. Adakah terdapat pembaziran dan perbuatan yang sia-sia dengan memakai pakaian perkahwinan tradisi bangsa, mengadakan perarakan pengantin dan persandingan pelamin selepas nikah dan lain-lain? Adakah terdapat nas atau hadith yang menyatakan perlunya berpakaian baharu putih sewaktu bernikah? Adakah perlu dibuat dua kali majlis keraian selepas nikah (majlis pihak lelaki dan majlis pihak perempuan)?
4. Bagaimanakah konsep sebenar Islam bagi menjalankan aktiviti merisik, bertunang, aqad nikah dan walimaht-al-urus?
5. Adakah wang perbelanjaan dan nilai mahar/mas kahwin perlu dinyatakan sewaktu majlis merisik/bertunang dan aqad nikah?


Jawapan:
Tidak nafikan di antara punca hilangnya keberkatan sesebuah rumah tangga yang dibina adalah kerana tidak memelihara batasan-batasan syariat dalam majlis tersebut. Ingat rumah tangga yang dibina selalu diumpamakan seperti membina masjid. Puncanya terlalu banyak bercampur aduk dengan budaya dan adat yang bukan asal usul daripada Islam.
Justeru, kembali melihat dan meneliti cara dan ciri yang dianjur oleh Islam dalam membina rumah tangga adalah sangat mendesak, demi kelangsungan syariat dan demi kesejahteraan generasi yang akan datang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (al-Nur:32 ).
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (al-Zariyat:49)
Dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memperakui bahawa manusia dijadikan berpasang-pasangan, dan inilah juga sunnah alam yang mana Allah SWT menjadikan segala sesuatu itu berpasangan.
Sebelum seorang lelaki dan perempuan bergelar pasangan hidup Islam telah menetapkan syariat yang penuh dengan adab bagi memastikan hasrat tercapai. Maka adanya pinangan dan bertunang.
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Meminang juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais yang bermaksud: Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan bahawa Mu'awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua'awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid. (al-Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW tidak melarang, malahan Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.
Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.
Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasulullah saw berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang: "Daripada Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (riwayat Tarmizi dan Nasai). Maksudnya, melihat dengan mengikat pertunangan.
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: Daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim ).
Rasulullah SAW melarang seorang meminang wanita yang telah sedia dipinang oleh orang lain. Maksudnya sistem pertunangan sudah ada di awal perkembangan Islam. Maka hasil dari pinangan akan berlakunya pertunangan.
Kebiasaannya di negara kita, anak lelaki akan memberitahu hajatnya untuk memperisterikan gadis kesukaannya, dan yang melangsungkan hasrat anak itu oleh si ayah dengan mengunjung dan sekali gus melamar dan mengikat satu perjanjian yang dikenali sebagai pertunangan.
Manakala mengadakan majlis pertunangan, sebenarnya saya belum bertemu mana-mana riwayat yang menyuruh atau menghalang dari mengadakan majlis pertunangan. Namun ini tidak bermaksud haram mengadakan sedikit majlis.
Kebiasaan majlis pertunangan adalah proses mengenal kedua belah keluarga yang bersetuju menjodohkan anak mereka menjadi suami isteri. Maka dalam kesempatan itu diadakan jamuan dengan menjemput sanak saudara.
Kadang-kadang kegembiraan itu dikongsi bersama. Asalkan majlis itu tidak ada acara-acara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Adapun tempoh pertunangan ikut kepada keselesaan kedua belah pihak. Islam tidak mengehadkan sesuatu tempoh bagi pertunangan. Di sini dapat kita perhatikan keindahan syariat Islam.
Sekiranya Islam menetapkan sesuatu tempoh dan dalam tempoh tersebut perkahwinan tidak dapat dilangsungkan maka akan berdosalah kedua pasangan dan sesiapa yang terlibat. Sebab itulah tempoh pertunangan diserahkan kepada kebijaksanaan kedua belah pihak, dari pihak lelaki dan pihak perempuan untuk sepakat dengan satu tarikh bagi melangsungkan perkahwinan. Walaupun demikian tidak harus dilewatkan tanpa sebarang sebab munasabah.
Insya-Allah ustaz akan membicarakan keharusan lafaz ta'liq dan majlis perkahwinan pada minggu hadapan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah