Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

26 Jun 2010

Sijjiin kitab suratan amal orang berdosa


Keganasan dan penindasan terhadap sesama insan sebagaimana yang ditunjukkan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin merupakan perbuatan yang dimurkai Allah SWT. - Gambar hiasan
AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menerangkan orang yang mengurangkan timbangan hanya orang yang mengingkari ancaman Allah SWT, iaitu ancaman tentang peristiwa penahanan di hadapan Allah SWT, hitungan amalan dan seksaan kepada orang kafir dan derhaka.
Seterusnya Allah SWT memerintahkan mereka menyudahkan perbuatan dosa mereka dan menerangkan bahawa penderhaka itu telah disediakan buku catatan amalan untuk dihitung segala amalan.
Kemudian ditulis: Kecelakaan besar bagi orang yang mendustakan hari pembalasan.
Firman Allah SWT: Tidak sepatutnya (Mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari Akhirat)! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin". Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "Sijjiin" itu. Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
Syed Qutub berkata: Maksud kata-kata al-Fujjar ialah penderhaka yang melampaui batas, maksiat dan dosa.
Syeikh Muhammad Abduh berkata: Boleh jadi kata sijjin diambil dari bahasa Habsyah (Euthopia) yang bererti lumpur. Boleh jadi catatan amalan para penderhaka itu ditulis dalam sejenis lumpur atau dengan menggunakan lumpur sebagai tinta. Ini merupakan misalan amalan mereka begitu buruk sehingga ditulis dengan sesuatu yang sangat remeh dan buruk iaitu lumpur.
Firman Allah SWT: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
Mohd Quraish Shihab berkata: Setelah ayat yang lalu menjelaskan tempat kitab amalan para penderhaka, ayat di atas menjelaskan kecelakaan yang menanti para penderhaka itu.
Al-Maraghi berkata: Orang yang mendustakan hari Pembalasan adalah orang yang melanggar kebenaran dan membiasakan diri berbuat kejahatan (dosa-dosa). Oleh yang demikian, dia sukar untuk mempercayai berita yang berkaitan dengan akhirat. Disebabkan dia tidak mahu memerhatikan dalil-dalilnya dan merenungkan bukti kebenarannya sehingga dia sendiri mencari dalih untuk mengingkari, menganggap remeh kerana kelalaiannya atau menguntungkan angan-angan kepada pertolongan para wali atau pemberi syafaat.
Sementara itu, orang yang memihak kepada keadilan dan berdiri dengan syariat dan sunnah Allah SWT pada alam ini amat mudah baginya untuk membenarkan adanya hari akhir yang sesuai dengan kecenderungan yang ada pada dirinya.
Firman Allah SWT: (sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, ia berkata: Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!
Syed Qutub berkata: Ini kerana terdapat dalam al-Quran kisah-kisah umat terdahulu yang diceritakan Allah SWT bertujuan memberi pengajaran dan contoh teladan. Ia juga untuk menunjukkan undang-undang Allah SWT tetap dan tidak pernah meleset untuk menghukum manusia dengan tepat, teratur dan tidak dapat dihindari mereka.
Al-Maraghi berkata: Ayat tersebut boleh difahami bahawa dongengan adalah kebatilan yang diperlihatkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Lalu mereka mendustakannya. Padahal yang demikian itu mereka tidak mahu. Dengan demikian kami bukan orang yang pertama mendustakan hingga kamu sendiri menyangka kebohongan kami dianggap tergesa-gesa. Kami hanya mengikut nenek moyang kami yang terdahulu.
Penutup
Ayat-ayat yang dibicarakan ini jelas menunjukkan ancaman kepada golongan yang mengurangkan sukatan timbangan tetapi melebihkan bagi pihak mereka sendiri. Ini perangai yang dimurkai Allah SWT kerana wujudnya unsur penipuan, kezaliman dan ketidakadilan. Semoga Allah SWT memelihara kita daripada terjebak dari perbuatan tersebut sebaliknya menjadi insan rabbani yang penuh dengan sifat amanah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah