Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

04 Ogos 2010

Perbezaan maqam Khaliq dan makhluk

PADA minggu ini kita menyambung perbahasan tentang larangan mengkafirkan dan memusuhi sesama Islam ke satu tahap lagi dengan menegaskan perbezaan antara sikap kita terhadap khaliq dan makhluk.
Penjelasan ini perlu kerana sehingga hari ini ada aliran yang cenderung mempertikaikan keIslaman orang lain semata-mata kerana mereka mengagungkan dan membesarkan Nabi SAW dan para awliya'.
Aliran ini berpegang bahawa dengan melakukan hal tersebut maka kemurnian dan kesucian tauhid seseorang akan rosak. Mereka cukup taksub dalam soal-soal ini. Seolah-olah inilah kemungkaran paling besar yang harus diutamakan pembanterasannya.
Maka dalam sambungan bicaranya dalam kitab rujukan kita Mafahim Yajib an Tusohhah, Al-Allamah Dr.Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki menegaskan bahawa membezakan di antaramaqam (kedudukan) Khaliq (Allah) dan makhluk ialah batas pemisah di antara keimanan dan kekufuran. Beliau menegaskan bahawa, kita mempercayai, bahawa sesiapa yang mencampuradukkan antara kedua-dua maqam ini, maka ia menjadi kafir. Semoga dilindungi Allah SAW.
Sememangnya, setiap maqam mempunyai hak-haknya yang khusus. Tetapi, terdapat dalam bab ini, berkaitan dengan peribadi Nabi Muhammad SAW dan keistimewaannya, kita juga perlu membezakan antara baginda dengan manusia yang lain dan meninggikan martabat Rasulullah SAW berbanding manusia yang lain.
Kadang kala, perkara ini mengelirukan dan samar-samar di sisi pengetahuan sebahagian manusia lantaran kesentengan akal, kelemahan fikiran, kesempitan penelitian dan kesalahan fahaman mereka.
Lantas, mereka secara terburu-buru menghukum kafir orang yang membicarakan keistimewaan dan kelebihan Rasulullah SAW kerana menganggap golongan yang melakukan perbuatan sedemikian telah mencampuradukkan antara maqam Khaliq dan makhluk dan mengangkat darjat Nabi SAW sama tarafnya dengan darjat Tuhan SWT! Sesungguhnya kami berlepas diri daripada anggapan sedemikian.
Sesungguhnya kami dengan kurniaan Allah, mengetahui apa yang wajib bagi Allah SWT dan apa yang wajib bagi Rasul-Nya SAW. Kami juga mengetahui apa yang hanya menjadi hak Allah SWT dan apa yang menjadi hak Rasulullah SAW, tanpa melampaui batas dan berlebih-lebihan hingga sampai mensifatkannya dengan sifat-sifat ketuhanan yang khusus bagi Allah; baik sebagai Tuhan yang disembah (ilah), mahupun sebagai Tuhan yang mengurus alam ini (rabb). Misalnya, sifat menghalang, mengurniakan, memberi manfaat dan kemudaratan secara sendiri bukan dengan kekuasaan Allah. Kita tidak mensifatkan Rasulullah SAW sebagai Zat yang Maha Berkuasa, Maha Kuat, Maha Menciptakan, Raja Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mentadbir Alam, Yang Maha Agung, Yang Maha Berhak disucikan dan disembah dengan pelbagai cara ibadah, dalam pelbagai keadaan dan tingkatan.
Adapun Ghuluw, jika merujuk berlebih-lebihan dalam kesungguhan mencintai Nabi Muhammad SAW, mentaatinya dan tertambat hati dengannya, adalah soal isu yang berbeza dan merupakan sikap yang disukai dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang disebut di dalam pelbagai ayat al-Quran dan hadis dalam bab tersebut.
Mengagungkan Nabi Muhammad SAW dengan selain daripada sifat-sifat ketuhanan, sama sekali tidak mengandungi unsur-unsur kekufuran atau kesyirikan. Bahkan, perbuatan tersebut merupakan ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah yang sangat tinggi dan agung. Demikian juga halnya, mengagungkan orang-orang yang diagungkan oleh Allah , seperti para Nabi dan Rasul AS, para malaikat, ahli siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh.
Allah SWT berfirman: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin. (al-Hajj:32)
Itulah yang wajib dipatuhi; dan siapa yang menghormati hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. (al-Hajj:30)
Di antara syiar Allah ialah Kaabah yang diagungkan, Hajar Aswad dan Makam Ibrahim AS. Semuanya itu adalah batu-batu yang diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya mengagungkannya, dengan cara melakukan tawaf di sekeliling Kaabah, mengusap Rukun Yamani, mencium Hajar al Aswad dan melakukan solat di belakang Makam Nabi Ibrahim AS.
Kita juga diperintahkan supaya berhenti untuk berdoa di tempat-tempat yang mustajab, di pintu Kaabah dan Multazam. Ketika melakukan semua perkara tersebut, kami tidak berniat menyembah selain Allah SWT. Bahkan, kami tidak beriktikad adanya sesuatu yang memberi kesan selain kekuasaan Allah SWT; baik dalam memberi manfaat, mahupun mudarat. Tidak ada sedikitpun daripada semuanya itu terjadi kerana pengaruh dan kekuasaan seseorang melainkan kerana kekuasaan Allah SWT.
Jika kita boleh menerima untuk melakukan semua itu terhadap benda-benda yang tidak bernyawa semata-mata kerana memenuhi perintah Allah SWT, maka apakah Nabi SAW dan para pewarisnya di kalangan para awliya' yang hakiki tidak termasuk dalam maksud syiar-syiar agama Allah yang perlu disanjung dan dibesarkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah