Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

04 Ogos 2010

Qard dan muamalat Islam




Adalah lebih afdal jika mereka yang ditimpa kecelakaan diberi tangguh daripada membayar hutang mereka. - gambar hiasan



SECARA asasnya, Islam tidak menggalakkan kita berhutang. Namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk berhutang bagi memenuhi keperluan hidup.
Justeru, seorang muslim tidak digalakkan berhutang kecuali ketika berhadapan situasi yang memerlukannya berbuat demikian.
Qard dari sudut bahasa bermaksud al-qat' (potong). Harta yang diserahkan kepada orang yang berhutang dinamakan qard sebab ia adalah potongan daripada harta orang yang memberi hutang.
Daripada segi istilah, qard menurut ulama Hanafi adalah pemberian harta mithliy oleh seseorang kepada seseorang yang lain yang perlu dibayar semula. Atau dengan ungkapan lain, ia satu kontrak yang khusus mengenai penyerahan harta mithliy kepada seseorang supaya orang itu memulangkan kembali harta yang sama sepertinya (rujuk Al-Durr Mukhtar, jil. IV, ms 179).
Barang mithliy adalah barang yang mempunyai unit yang serupa di pasaran seperti bangunan, rumah, tanah, kereta dan sebagainya.
Namun begitu, ulama mazhab Syafie mengharuskan pinjaman semua barang sama ada yang boleh ditentukan jenis kuantiti atau kualitinya termasuklah barang jenis mithliy atau qimiy.
Kalimah qard biasanya digandingkan dengan hasan bagi menunjukkan bahawa pinjaman dalam Islam hanyalah untuk membantu pihak yang meminjam, bukannya untuk mendapatkan keuntungan.
Islam melarang umatnya mendapatkan sebarang manfaat melebihi jumlah pinjaman yang diberikan kepada peminjam. Walaupun Islam tidak menggalakkan kita untuk berhutang, tetapi sekiranya ada pihak yang mahu mendapatkan bantuan pinjaman, maka kita digalakkan untuk memberikannya sekadar yang termampu.
Bahkan, Allah SWT memuliakan mereka yang sanggup berkorban untuk memberikan pinjaman kepada saudaranya kerana belas kasihan, bukannya untuk mengeksploitasi kesulitannya itu.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang dipinjamkan oleh seseorang Muslim kepada Muslim yang lain sebanyak dua kali seperti bersedekah sekali (riwayat Ibn Hibban)."
Daripada Anas bin Malik r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat di malam aku diisrakkan ke langit tertulis di pintu syurga, digandakan sedekah dengan sepuluh gandaan dan digandakan al-qard dengan 18 gandaan, lalu aku bertanya kepada Jibril, adakah al-qard lebih afdal dari sedekah? Jibril berkata: peminta akan meminta walaupun ketika dia memiliki (sesuatu barangan) dan peminjam tidak akan meminjam kecuali kerana keperluan. (riwayat Ibn Majah, 2/812)
Kedua-dua hadis di atas menunjukkan Allah SWT akan memberi ganjaran pahala bagi mereka yang memberi pinjaman untuk membantu dan bagi menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Sebaliknya, Allah SWT memurkai mereka yang cuba mengambil kesempatan bagi memperolehi keuntungan sama ada sedikit atau banyak melalui kontrak qard.
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman tidak sesekali boleh dijadikan alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan dalam Islam.
Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam qard tercapai, Islam meletakkan kewajipan bagi setiap pinjaman wang (contoh: RM5,000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau dipersetujui.
Sekiranya terdapat sebarang tambahan (contoh 3 peratus daripada jumlah RM5,000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ia termasuk dalam kategori riba an-nasiah yang disepakati haramnya. (rujuk Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).
Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba". (rujuk Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232).
Namun, jika ia diberikan sebagai penghargaan kepada pemberi pinjaman tanpa disyaratkan, maka ia dibolehkan. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang pernah berhutang unta betina dan baginda memulangkan dengan unta raba'iyyan.
Baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling baik menjelaskan hutangnya. (riwayat Muslim, Ahmad dan Ashab al-Sunan al-Arba'ah.)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah