Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

29 September 2010

Rukhsah dibenarkan jika terdesak & dalam ibadah

RUKSHAH berlaku apabila berada dalam keadaan darurat atau terdesak. Setelah hilangnya keadaan itu, maka hilanglah keizinan syariah untuk mengambil rukhsah.

Sebagai contoh, sekiranya berada di tempat yang tidak mempunyai air atau berada dalam keadaan sakit yang tidak boleh terkena air, maka diharuskan kepada seseorang itu untuk bertayamum.
Setelah menemui air atau sakit sudah sembuh, maka tidak dibolehkan lagi untuk bertayamum.
Begitu juga bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir, maka diberikan rukhsah untuk mengqasarkan solat dan berbuka puasa. Namun, setelah selesai musafir, mereka perlu kembali kepada hukum asal iaitu solat secara sempurna dan kembali berpuasa.
Beberapa contoh yang dikemukakan ini memberikan maksud bahawa Islam memberikan keringanan dan kemudahan bagi umatnya dalam melaksanakan perintah Allah SWT tanpa membebankan mereka sehingga merumitkan keadaan.
Firman Allah SWT: Allah SWT tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. (al-Baqarah: 286).
Inilah rahmat Allah SWT yang amat mengasihi hamba-Nya. Dia tidak membebankan hamba-Nya dengan sesuatu perkara melainkan hamba tersebut mampu dan berkelayakan untuk memikulnya.
Selagi mana dia tidak berada pada tahap kemampuan yang sepatutnya, selagi itu dia tidak diwajibkan untuk melakukan beberapa tanggungjawab tertentu seperti yang diterangkan di atas.
Allah SWT telah mengatur agama-Nya dengan mengambil kira kasih sayang terhadap hamba-Nya, maka patuhilah agama Allah dengan perasaan kasih sayang terhadap-Nya.



Dalam kehidupan, kadang-kala kita terpaksa atau perlu membuat pilihan. Pilihan tersebut terpaksa atau perlu dibuat mengikut kemampuan dan keterbatasan yang dihadapi.
Islam bukanlah agama yang zalim. Islam itu mudah dan mempermudahkan penganutnya untuk mempraktikkan Islam.
Islam meraikan suasana dan keadaan manusia yang berbeza kemampuannya antara satu sama lain. Oleh sebab itu, Islam tidak mewajibkan membayar zakat kecuali bagi harta yang telah mencapai nisab dan haul.
Begitu juga tidak diwajibkan seseorang itu untuk menunaikan haji kecuali telah mencapai tahap kemampuan yang sewajarnya (istitho'ah). Ia berdasarkan firman Allah SWT: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. (ali-'Imran: 97).
Ahli Majlis Fatwa al-Lajnatu al-Da'imatu Lilbuhusi al-Ilmiyyati wa al-Ifta' berpandangan bahawa, kemampuan dalam haji ialah sihat dari segi fizikal, memiliki kenderaan yang boleh sampai ke sana serta mempunyai bekalan yang mencukupi baginya untuk pergi dan balik dengan syarat bekalan itu melebihi daripada sara hidup mereka yang di bawah tanggungannya sehingga dia pulang dari mengerjakan haji.
Islam juga mewajibkan jihad kepada mereka yang berkemampuan dan mencukupi syarat-syaratnya. Bahkan, Allah SWT membezakan orang yang berjihad dengan orang tidak turut berjihad dan memuliakan mereka yang berjihad dengan firman-Nya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berjihad) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang mempunyai keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. (an-Nisa': 95)
Namun begitu, Allah SWT memberi pengecualian kepada mereka yang berada dalam keadaan keuzuran untuk tidak menyertai barisan jihad mempertahankan agama dengan firman-Nya ….kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran.
Rukhsah bermaksud keringanan yang diberikan oleh Allah SWT dalam keadaan-keadaan tertentu. Ia juga bermaksud hukum syarak yang diberi pengecualian disebabkan keuzuran yang berat, sebagai pengecualian dari hukum asal. Secara umumnya, terdapat tujuh jenis rukhsah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah