Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

29 Januari 2011

Elakkan diri jangan jadi orang munafik

Mungkin juga niat asal yang pada mulanya baik, tetapi telah terpesong di pertengahan jalan. Apa yang pasti, jika niat asal kita tidak baik, maka di penghujungnya adalah natijah yang menterjemahkan niat asal seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara.
Sebab itulah tokoh ulama hadis yang terkenal, iaitu Imam an-Nawawi telah meletakkan hadis yang pertama di dalam karangan beliau, adalah berkaitan tentang niat.
Tidak perlu saya hurai hadis berkaitan niat, kerana sudah jutaan kali dan seringkali kita mendengar hadis ini dari mulut para imam, guru-guru agama dan ramai lagi.
Apa yang lebih menyedihkan apabila mereka ini sanggup memperalatkan orang lain demi mengejar kemewahan, dalam erti kata yang mudah ialah zalim terhadap sesama manusia.
Golongan seperti inilah yang perlu kita hapuskan, kerana telah menggunakan agama untuk mengaut keuntungan ataupun mereka ini bertopengkan agama semata-mata.
Mereka ini juga termasuk salah satu daripada golongan munafik yang diriwayatkan oleh asy-Syaikhan, daripada Abi Hurairah yang bermaksud, tanda munafik ada tiga perkara:
nBerdusta ketika ia bercakap
nMungkir janji apabila ia berjanji dan
nKhianat apabila diamanah akan dia. Di dalam hadis riwayat At-Thabrani, daripada Khuzaimah bin Tsabit pula ada menyatakan bahawa: "takutlah kamu akan doa seorang yang kena zalim, kerana doanya itu mustajab, Allah SWT berfirman: Demi kebesaran-Ku, Aku nanti tolong akan dikau walaupun kemudian daripada beberapa abad".
Tetapi masih ramai di antara kita yang tidak takut untuk melakukan kezaliman sesama manusia, mungkin belum sampai saat dan ketikanya pembalasan.
Ingatlah bahawa di akhirat nanti adalah hari perhitungan yang sebenarnya, di mana tiada seorangpun yang akan terlepas daripada mahkamah Allah.
Sidang pembaca sekelian, antara tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada para ibubapa, adalah anak-anak. Anak-anak adalah merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda: Setiap anak yang dilahirkan, membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah), maka ibubapalah yang mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari).
Jangan kita jadikan kesibukan bekerja, sebagai alasan tidak memberi perhatian atau tidak memberi didikan agama, terhadap anak-anak.
Nabi menyuruh kita supaya mendidik anak-anak supaya mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun, dan apabila sudah sampai umurnya 10 tahun, maka pukullah anak-anak tersebut, sekiranya mereka tidak menunaikan solat. Begitulah ajaran agama kita, iaitu didikan agama itu, perlu diterapkan sejak kecil.
Sekiranya kita menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah, yang akan mendoakan kita sewaktu kita tiada lagi di dunia ini nanti.
Sekiranya kita menjadi ketua atau bos di tempat kerja pula, antara tanggungjawab dan amanah kita sudah semestinya terhadap syarikat dan pekerja-pekerja di bawah kita.
Kewajipan kita terhadap Allah adalah keutamaan di dalam pekerjaan, barulah setiap tugas ataupun kerja yang akan kita lakukan, diberkati, malah dipermudahkan oleh-Nya.
Kebajikan para pekerja pula salah satu elemen penting yang perlu diambil berat oleh seorang ketua, dimana kerja yang diarahkan nanti, adalah bersesuaian mengikut tahap kemampuan para pekerjanya.
Ikuti atau contohilah Nabi SAW di mana baginda menunjukkan contoh tauladan yang baik, apabila baginda menjadi pemimpin. Ini kerana, setiap perbuatan atau tingkahlaku seorang ketua, akan dinilai oleh pekerja bawahannya dan seterusnya menjadi ikutan mereka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah