Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

29 Januari 2011

Manusia diiringi tanggungjawab

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengemukakan amanah (tugas-tugas keagamaan) kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.(al-Ahzab: 72)

Begitulah beratnya setiap tanggungjawab yang perlu kita pikul, dimana ia memerlukan sifat amanah yang wajib disertakan dengan niat yang ikhlas. Sebagai manusia, kita dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
Justeru, harus sedar betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab kita, setelah kita bersetuju dan berjanji kepada Allah untuk menjadi khalifah di dunia.
Setiap manusia tidak akan lepas dan tidak dapat lari daripada tanggungjawab. Setelah kita dipertanggungjawabkan, bukan mudah untuk kita melaksanakannya.
Ini kerana, sekiranya gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi, kita akan dipersoalkan di kemudian hari. Oleh sebab itu, bukan calang-calang orang yang mampu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab.
Ia tidak cukup dengan hanya melaksanakannya, tetapi yang paling penting perlu disertakan dengan amanah dan niat yang betul.
Contoh paling mudah untuk kita teladani ialah Nabi Muhammad SAW di mana baginda adalah seorang manusia yang sangat amanah di dalam kehidupannya seharian. Sehingga beliau digelar sebagai al-amin (orang yang dipercayai) oleh penduduk Mekah pada waktu itu.
Bukan sahaja di kalangan para sahabat dan kaum muslimin, bahkan kaum musyrikin Mekah dan musuh-musuh Islam mengiktiraf sifat yang ada pada diri baginda Nabi SAW
Perkara utama yang perlu kita laksanakan sebagai hamba adalah tugas kita kepada sang pencipta, iaitu Allah SWT. Mentauhidkan Allah, sembahyang, puasa, zakat dan juga haji adalah merupakan amanah besar yang perlu dipikul oleh setiap individu muslim.
Namun apa yang menyedihkan, masih ramai di antara kita yang tidak peduli dengan kewajipan tersebut yang wajib kita laksanakan.
Sebagai contoh, masih ramai umat Islam di negara kita tidak menunaikan atau meringan-ringankan rukun Islam kedua iaitu solat. Solat fardu lima waktu merupakan tunjang agama Islam, bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Solat itu adalah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia telah menegakkan agamanya, dan barang siapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya.
Kajian menunjukkan bahawa 80% umat Islam di negara kita tidak menunaikan solat. Ini amat membimbangkan, kerana peratusan tersebut menunjukkan angka yang sangat besar.
Melalui solat, jiwa manusia akan menjadi lembut dan terdidik dengan pengabdian kita kepada Allah, kerana di dalamnya terdapat rukun-rukun dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seorang hamba supaya patuh terhadap undang-undang yang telah ditetapkan oleh penciptanya agar solat tersebut diterima.
Terlalu banyak rahsia solat yang tidak terungkai oleh manusia. Ini kerana ia adalah hubungan antara hamba dan pencipta (hablum minallah) yang Maha Mengetahui.
Buat para pembaca yang saya hormati, ingin saya tekankan di sini bahawa, salah satu faktor terbesar yang menyumbang berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat seperti perceraian, pembunuhan, rompakan, pergaduhan, buang bayi, anak luar nikah, merempit, berjudi, menilik nasib, dan perbuatan tidak baik yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada lemahnya iman.
Ia natijah daripada tidak mengabdikan diri kepada Tuhan, dengan melakukan solat yang difardukan kepada kita.
Lebih menyedihkan, apabila seseorang yang kerap menunaikan solat atau tidak pernah meninggalkan solat, tetapi solatnya tidak dapat mencegah dirinya daripada melakukan kemungkaran.
Allah SWT menjelaskan hal ini di dalam firmannya yang bermaksud: Maka kecelakaanlah (nerakalah) bagi orang-orang yang solat, tetapi mereka lalai dari solatnya. (al-Maa'uun: 4-5)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah