Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

12 Februari 2011

Umat Islam dinasihat jauhi acara sambutan Hari Kekasih - Jakim


Sebahagian daripada penuntut institusi pengajian tinggi mempamerkan kad Awas! Jerat Valentine's Day di Putrajaya, semalam. 


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihatkan supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.
Katanya, agama Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta mahupun berkasih tetapi haruslah berlandaskan kepada batas-batas syarak yang telah ditetapkan.
"Saya menyeru orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini supaya menjauhi sebarang program dan majlis sambutan Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama kita selain berisiko membawa kepada berlakunya maksiat.
"Kami tidak mahu umat Islam negara ini terus hanyut dengan keseronokan dunia semata-mata. Apa yang haram tetap haram dan wajar dijauhi,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis minum petang bagi meraikan perkhidmatan 25 tahun pegawai dan kakitangan Jakim di sini, hari ini.
Seramai 80 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun menerima sijil penghargaan pada majlis tersebut.
Menurut Wan Mohamad, Jakim akan memulakan kempen Awas! Jerat Valentine's Day pada malam ini bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.
"Kami akan memfokuskan kepada tempat-tempat serta kawasan yang mempunyai potensi untuk berlakunya kegiatan tidak bermoral sempena sambutan tersebut seperti hotel-hotel, pusat hiburan dan kawasan panas yang menjadi tumpuan golongan muda,'' jelasnya.
Sementara itu, berhubung cadangan menubuhkan Majlis Masjid ASEAN yang diusulkan pada persidangan mengenai Peranan Masjid ASEAN dalam Pembangunan Modal Insan Mampan di Thailand baru-baru ini, Wan Mohamad berkata, secara prinsipnya cadangan tersebut telah diterima oleh semua negara anggota.
Katanya, penubuhan majlis tersebut akan meningkatkan peranan masjid di rantau Asia Tenggara selain memainkan peranan penting terhadap pembangunan ummah dalam aspek pelbagai dimensi termasuk politik, ekonomi dan sosial.
"Secara prinsipnya cadangan yang saya kemukakan telah diterima oleh negara anggota yang menyertai seminar tersebut. Cuma kita tunggu keputusan kerajaan setiap negara ASEAN untuk memulakan langkah seterusnya bagi meningkatkan imej masjid seterusnya agama Islam di rantau ini,'' ujarnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah