Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

18 Mac 2011

Belajar mengurus bencana


KEMUSNAHAN akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun memberi pengajaran kepada manusia terhadap kehebatan kuasa alam. – Gambar hiasan


Gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang diikuti tsunami setinggi 10 meter di Jepun, seminggu lalu berjaya mengalihkan persepsi masyarakat antarabangsa yang sejak awal tahun ini tertumpu kepada bencana protes yang berlaku di Asia Barat. Berita mengenai Asia Barat sudah menjadi berita kecil, kerana ketakutan masyarakat antarabangsa menjadi semakin mendalam setelah berlakunya beberapa letupan loji nuklear di Fukushima akibat tsunami.
Banyak juga laporan spekulasi mengenai kadar radiasi yang dianggap bakal mengancam manusia seluruh dunia apabila angin yang bertiup boleh membawa sisa-sisa radioaktif dan rakyat Malaysia dikatakan tidak terkecuali bakal menerima kesan negatif.
Rakyat Malaysia ada juga yang panik apabila menerima pesanan ringkas (SMS) meminta agar tidak keluar rumah, mengelakkan terkena hujan dan menutup semua tingkap kerana angin yang membawa radiasi radioaktif akan sampai juga. Buat masa ini, tahap keselamatan udara Malaysia belum terjejas, kerana kesan pembebasan gas hidrogen dari letupan reaktor nuklear itu belum sampai, malah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tahap kebocoran itu masih pada tahap yang selamat.
Pengajaran yang kita peroleh daripada bencana tersebut adalah bagaimana kita boleh menguruskan kepanikan masyarakat tentang musibah yang berlaku. Kita mungkin dapat memahami jika perkara ini berlaku di Malaysia, suasana panik dan takut akan menyebabkan ramai pihak menyalahkan kerajaan, sebagaimana berlaku peringkat awal menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap dengan protes rakyat Mesir ke atas pentadbiran Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu.
Bagi pihak kerajaan, segala upaya telah dilaksanakan termasuk mengenal pasti rakyat Malaysia di Jepun yang terbabit. Upaya pertama ialah mendapatkan pengesahan mengenai keselamatan mereka sama ada menghubungi sendiri mereka yang terbabit ataupun merayu agar rakyat Malaysia menghubungi Kedutaan Malaysia ataupun menyalurkan maklumat melalui agensi berkaitan.
Teknologi maklumat banyak membantu, termasuk pengesanan ke atas lebih 400 rakyat Malaysia yang masih trauma dengan gempa bumi dan tsunami di Miyagi. Apa yang menyedihkan ialah sekilat itu jugalah ada pihak terus memberikan sorotan mengenai kebocoran loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986, walaupun kesan buruk kepada rakyat Malaysia tidak berlaku.
Bagi menguruskan bencana, kita mungkin boleh menyingkap sejarah bagaimana Nabi Yusuf a.s. memberi tafsiran terhadap dua mimpi Raja Firaun dalam sejarah Mesir kuno. Ini difirman oleh Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 43 yang bermaksud: “Dan (pada suatu hari), raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menafsirkan mimpi.”
Nabi Yusuf a.s. telah memberikan gambaran bahawa tujuh ekor lembu dan tujuh biji gandum yang baik melambangkan kemakmuran selama tujuh tahun, manakala tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh biji gandum yang busuk ialah tujuh tahun berada dalam kesukaran. Bagi menjamin kesejahteraan kehidupan, Nabi Yusuf a.s. mencadangkan agar seorang yang bijaksana dan berperibadi mulia dipilih bagi mentadbir Mesir agar dapat membuat simpanan ketika tujuh tahun dalam kemakmuran bagi kegunaan tujuh tahun yang sukar. Atas nasihat tersebut, akhirnya Nabi Yusuf a.s. telah dipilih oleh Raja Firaun mentadbir Mesir. Kemakmuran dan kesedihan merupakan putaran yang perlu dihadapi oleh semua manusia.
Kemakmuran menyebabkan manusia lupa mengenai persiapan untuk menghadapi saat-saat yang sukar. Oleh sebab kedudukan Malaysia yang tidak terletak dalam ‘Lingkaran api’, maka tidak ramai rakyat negara ini mengambil iktibar daripada peristiwa dan bencana yang berlaku di seluruh dunia. Mungkin rakyat negara ini sudah lupa mengenai bah air merah yang berlaku di Kelantan suatu ketika dahulu, banjir besar pada 1971, tragedi Pos Dipang (1996), runtuhnya Highland Tower (1993), taufan Greg (1996), tanah runtuh di Gombak (2004), banjir besar di Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat (2007), tsunami di Kuala Kedah dan Batu Feringghi (2004), malah kemalangan maut melibatkan bas ekspres dan sebagainya.
Secara umumnya, bencana boleh dikategorikan kepada dua, iaitu bencana alam dan bencana atas kelalaian manusia. Meskipun bencana alam dilihat sebagai mala petaka semula jadi, namun ia mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti manusia yang menganggu kelestarian alam dan sistem ekologi.
Tragedi Pos Dipang pada 1996 membuktikan bagaimana pembalakan di hulu sungai menyebabkan perkampungan Orang Asli di Simpang Pulai, Perak musnah sama sekali.
Tsunami pada 2004 membuktikan bahawa ketiadaan pokok bakau dan pokok api-api sebagai penahan pantai telah memusnahkan perkampungan nelayan di Kuala Kedah dan Batu Feringghi. Atas alasan mengeksploitasi keindahan semula jadi sebagai kawasan pelancongan, pantai Miami dan persekitaran Tanjong Bungah teruk dilandai badai ganas.
Tragedi-tragedi ini walaupun berlaku secara semula jadi, ia ada kaitan rapat dengan tingkah laku manusia di bumi sebagaimana diingatkan oleh Allah SWT dalam surah ar-Ruum, ayat 41.
Umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak mengundang bahaya, iaitu ‘mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan’ (al-Baqarah, 195), seperti mengganggu dan memusnahkan ekologi, tamak dan mengkhianati sesama manusia. Setiap tindakan yang bakal diambil perlu memberikan perhitungan mendalam mengenai keseimbangan ekologi kehidupan, termasuk kesejahteraan orang lain.
Ini bermakna, kaitan antara manusia dan alam sekitar begitu akrab sekali, seakrab hubungan sesama manusia. Benar segala apa yang ada di atas bumi dan di dalam bumi adalah untuk kegunaan manusia, tetapi penggunaannya hendaklah tidak melampau.
Ingatan agar tidak melampaui batas itu adalah sebagai early warning system (EWS) yang seharusnya dikembangkan dalam memupuk kesedaran mengurus bencana. Kalau di Jepun, mereka menggunakan teknologi moden seperti menyalurkan secepat mungkin berita amaran tsunami dan gempa bumi melalui radio, meletakkan alat pengesan mala petaka, membuat pemantauan mengenai sebarang bentuk perubahan cuaca dan angin, membina rumah dan bangunan tahan gegaran telah banyak menyelamatkan nyawa manusia.
Namun tsunami kali ini nampaknya telah menyebabkan peralatan canggih telah tewas, langkah-langkah keselamatan reaktor nuklear tidak dapat dipertahankan, maka di sinilah kita harus akur bahawa keupayaan manusia tetap terbatas, masih belum mampu menghadapi dugaan alam dan kuasa Allah SWT.
Tetapi, ini bukan bermakna Allah SWT mengharapkan manusia menjadi golongan yang tidak berfikir dan tidak perlu membuat persediaan. Allah SWT mengingatkan manusia ‘bersedialah dan berjaga-jagalah’ (an-Nisa, 71).
Allah SWT mengingatkan agar manusia menjaga tingkah laku, tidak bersifat tamak dan lebih berhemah apabila berinteraksi dengan alam sekitar. Allah SWT mengingatkan manusia agar menghormati kelestarian alam, kerana alam itulah yang membekalkan kepada manusia udara untuk bernafas, menyuburkan tanaman dan memberikan zat kepada kehidupan. Jika manusia mengganggu alam sekitar secara tidak berhemah, menebang pokok sesuka hati dan membuang sisa buangan (kimia, sampah dan benda-benda buruk), putaran ekosistem akan kembali menyebabkan nafas manusia sesak.
Inilah putaran yang seharusnya difahami oleh manusia, kerana itulah Allah SWT sering memberikan ingatan, bersederhanalah dalam memenuhi keperluan, jangan melampaui batas.
Bagi membolehkan alam sekitar sentiasa terjaga, manusia perlu memperkuatkan azam dan tindakan tidak mencerobohnya. Jika ingin dibangunkan kawasan penempatan, manusia perlu memahami hukum alam termasuk sistem aliran air bawah tanah, jenis-jenis tanah, kedudukan arah angin dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang mala petaka.
Manusia diminta untuk menguruskan kehidupan secara sederhana. Kesederhanaan itulah akan memberikan manusia kesejahteraan. Seperti juga amaran memandu laju, cenderung kepada kemalangan, maka mempunyai nilai kehidupan yang tamak dan bongkak juga akan berakhir dengan kemusnahan dan malapetaka.
Tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun memberikan banyak pengajaran, sekurang-kurangnya banyak negara Asia yang sedang bangkit mengukuhkan kedudukan ekonomi memikirkan semula keperluan kepada pembangunan reaktor nuklear.
Meskipun Allah SWT turut mengingatkan bahawa “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu?Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.” (al-Ahzaab, 17). Ia tidak bermakna manusia tidak perlu berikhtiar, yang lebih penting ialah bagaimana menguruskan trauma mangsa yang dilanda bencana.
Manusia seharusnya semakin matang menguruskan kehidupannya sendiri, tetapi kadang kala manusia lupa apabila dilingkari kemakmuran sentiasa melupakan pusingan duka yang juga sebahagian daripada sejarah kehidupan. Inilah yang perlu ditanam dalam jiwa setiap insan, hidup ini bukan sahaja hanya untuk menguruskan kejayaan, perlu ada pengetahuan bagaimana menguruskan kekecewaan, kesedihan dan trauma akibat tertimpa malapetaka, bencana dan kemusnahan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah