KECENDERUNGAN masyarakat kini yang lebih gemar hiburan perlu dipandu dengan pengisian yang betul agar tidak 'hanyut' oleh budaya hedonisme yang semakin banyak disiarkan menerusi media massa.
Meneliti perkara ini, nasyid dilihat amat signifikan berperanan sebagai hiburan alternatif yang juga boleh mengajak manusia kepada kebaikan Nasyid juga menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah.
Ini selaras dengan maksud firman Allah yang bermaksud: Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik. (an-Nahl: 35)
Sejajar dengan firman ayat itu, kumpulan nasyid Alif bertekad untuk menyampaikan dakwah mereka melalui lagu-lagu nasyid.
Kumpulan nasyid yang begitu popular di Bangi, Kajang dan Cheras ini menyampaikan lima buah lagu iaitu bertajuk Syahid Terpelihara Sunnah, Hawari Rasul (Zubair Awwam), Kembali pada-Nya, Junjungan Mulia, dan Ilusi Sebuah Rindu.
Persembahan mereka mendapat sambutan cukup meriah kalangan penduduk Taman Vista Pinggiran Seri Kembangan Selangor.
Menurut Pengerusi Surau Al-Irsyad, Mohd. Nor Bujang, pihaknya bangga dengan kehadiran kumpulan nasyid Alif yang telah lama dinanti-nantikan.
"Kalau kami nak jemput kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani atau In-team tak mampulah dan memadai Kumpulan Alif," ujar beliau.
Di akhir persembahan, penduduk memberikan tepukan gemuruh dan sorakan sebagai tanda berpuas hati dengan persembahan kumpulan nasyid tersebut.
Kumpulan Alif ditubuhkan pada tahun 1996 dan ketika itu dikenali sebagai Alif Ila Ya. Ia dianggotai tiga anak muda iaitu Afezan Polijan, Mohd. Naim Paino, dan Meor Ahmad Sahid Meor Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan