Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

14 Mei 2011

Keberkatan silaturrahim

Memelihara silaturrahim adalah antara tanda orang yang beriman. -Gambar hiasan


HUBUNGAN silaturrahim adalah suatu ikatan perhubungan yang dibina secara sedar di antara sesama ahli keluarga dan masyarakat.
Ia merangkumi hubungan antara ibu bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, sahabat, kawan sepejabat, jiran tetangga dan masyarakat.
Secara fitrahnya manusia memerlukan orang lain baik sanak saudara mahupun rakan taulan untuk berkomunikasi dan berinteraksi.
Seseorang yang menghubungkan silaturrahim merupakan insan yang paling sempurna iman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim. (al-Nisa': 1)
Perintah menghubung dan mengeratkan silaturrahim bertujuan memudahkan urusan kehidupan manusia kerana secara fitrahnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya saling bergantung antara satu sama lain dan melengkapkan keperluan masing-masing.
Perkara ini menjadi asas pembinaan sebuah masyarakat yang harmoni. Hal ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. (Riwayat Muslim)
Alangkah indahnya sebuah keluarga dan masyarakat yang saling hormat menghormati dan berkasih sayang kerana ia menjadi tunjang perpaduan dalam hubungan antara manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan serta tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata-mata.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu. (al-Hujurat: 13)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalinkan hubungan silaturrahim. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Akhir-akhir ini, berlaku pelbagai peristiwa yang mendukacitakan dan ini menunjukkan betapa rapuhnya hubungan silaturrahim dalam masyarakat kita.
Ada segelintir anak tidak menghiraukan ibu bapa mereka. Ada ibu bapa ditempatkan di rumah orang tua; adik beradik tidak bertegur sapa; kawan sepejabat bermasam muka, dan hubungan dengan jiran serta masyarakat sekitar diabaikan.
Islam amat melarang umatnya memutuskan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Apatah lagi jika hubungan tersebut melibatkan hubungan adik-beradik dalam satu keluarga. Tidak terkecuali hubungan rakan sepejabat, jiran tetangga dan masyarakat.
Memutuskan silaturrahim memberi kesan yang tidak baik, baik di dunia maupun di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan disebabkan perebutan harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementingkan diri sendiri.
Kadang-kadang berlaku persengketaan sesama adik beradik yang boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahi dan didorong oleh sifat tidak sabar, benci serta saling tidak bermaafan.
Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikannya.
Memutuskan silaturrahim akan menyebabkan kehidupan seseorang sentiasa dibelenggu keresahan dan rasa tidak selamat. Orang yang memutuskan silaturahim akan mendapat balasan di dunia lagi.
Ini dapat diperhatikan dalam hadis daripada Abu Bakar r.a. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim". (riwayat Ahmad dan Ibn Majah).
Islam sangat menekankan kewajipan menghubungkan silaturrahim ini dan orang yang mengabaikannya merupakan antara golongan yang menyimpang daripada fitrah kehidupan manusia, akhlak yang buruk dan mendapat kutukan Allah SWT.
Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. (Muhammad: 22-23)
Betapa kejinya memutuskan hubungan silaturrahim sehingga seseorang akan terhalang daripada memasuki syurga.
Ia dijelaskan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim (kekeluargaan). (riwayat Muslim)
Rasulullah SAW juga memberi amaran kepada manusia tentang sifat-sifat tercela ini.
Ia sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Jangan saling membenci, jangan berhasad dengki, jangan membelakangi kepentingan saudara-saudara kamu, dan jangan memutuskan silaturrahim, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Muslim memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari. (Muttafaq 'Alaih)
Kesimpulannya, mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib dan merupakan akhlak mulia (mahmudah), mempunyai darjat dan sanjungan yang tinggi di dunia dan akhirat.
Kehidupannya diberkati Allah SWT di mana jua ia berada, dan kesudahan yang baik juga di akhirat bagi orang yang menyambung hubungan silaturrahim serta melaksanakan hak ini dengan sebik-baiknya.
Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, Baginda menjawab dalam sabdanya bermaksud: "(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran". (riwayat al-Tabrani)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah