Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

04 Jun 2011

Zakat lambang kebesaran Allah

TANDA-tanda kebesaran Allah SWT sentiasa ada di mana-mana. Hadapkanlah wajah kita, sama ada ke Timur atau ke Barat, Utara atau ke Selatan.

Di situ, akan terpamer kehebatan Allah SWT yang berupa pelbagai ciptaan-Nya. Semuanya adalah untuk kita hayati, bertafakur dan merendah diri kepada-Nya.
Lalu Allah SWT berfirman yang mafhum-Nya: Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin. (al-An'am: 75)
Hakikatnya, kebesaran Allah SWT bukan sekadar terpamer pada segala ciptaan-Nya. Kebesaran dan keagungan Allah ini juga terkandung di dalam pelbagai hukum-hakam dan perintah-Nya yang dinamakan sebagai syariat Allah. Tugas manusia yang beriman, ialah meyakini akan syariat ini dan melaksanakannya tanpa ragu dalam kehidupan sehari-hari.
Kita mestilah menjadi seorang pentadabbur (orang-orang yang menilai dan menghayati) penciptaan Allah SWT ini sehingga tumbuh di hati kita rasa keimanan dan ketakwaan. Apabila sudah menyubur rasa seperti ini, nescaya kita beroleh harapan untuk menjadi 'ulul albab'. Allah menyeru: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi ulul albab (orang-orang yang berakal). (Ali 'Imran: 190)
Kalimah ulul albab diulang-ulang sebanyak 16 kali di dalam al-Quran. Para ulama mempunyai interpretasi yang berbeza mengenainya. Imam an-Nawawi misalnya, menyebut bahwa ulul albab adalah mereka yang berpengetahuan suci, tidak hanyut dalam derasnya arus dunia serta yang terpenting, mereka mengerti, menguasai dan mengamalkan ajaran Islam. Ibn al-Mundzir pula menyatakan bahawa ulul albab sebagai orang yang bertakwa kepada Allah, berpengetahuan tinggi dan mampu menyesuaikan diri di segala lapisan masyarakat, elit ataupun marginal (orang awam).
Walau apa pun definisi dan huraiannya, secara mudah dapat dirumuskan bahawa ulul albab adalah manusia yang berjiwa halus dan hidup akalnya ataupun golongan yang berminda jernih, sehingga mampu menekuni keagungan Allah lewat hukum-hakam, perundangan dan syariat yang Allah SWT titipkan ke atas umat manusia di dunia ini.
Kaitan zakat dan kebesaran Allah
Golongan ulul albab menyedari, bahawa segala syariat ataupun peraturan yang Allah SWT nuzulkan kepada manusia (lewat al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW), bukanlah bermatlamat menyusahkan manusia; sebalik mempunyai seribu rahsia sebagai resepi bahagia. Persis kenyataan Allah SWT: Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah (dengannya). (Thahaa: 2)
Realiti sepanjang zaman menunjukkan, syariat Allah adalah suatu pedoman dan tatacara demi menuntun kehidupan manusia menuju sejahtera. Idealnya, hidup dalam kondisi serba cukup, bahagia dan selesa adalah suatu impian semua orang. Maka, demi melestarikan kesejahteraan inilah, syariat Allah itu perlu dipatuhi, diaplikasi secara tuntas dan dijadikan piawai dalam serba-serbi tindakan agar semua orang beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan yang merata.
Maka, di sinilah agungnya salah satu syariat Allah yang bernama zakat. Jika masakan, ia ibarat bumbu atau rencah yang mengenakkan. Dalam kehidupan bermasyarakat, zakat menjadikan resepi kebahagiaan. Perlaksanaannya secara tuntas, bukan sekadar menjadi jambatan yang mampu merapatkan jurang kaya - miskin; namun terlebih utama ia menjadi perkakas bagi penyatuan dan kesejahteraan umat yang lestari sifatnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah