Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

10 Julai 2011

Sabar menempuh ujian hidup


Setiap musibah yang menimpa mesti dihadapi dengan tabah. - Gambar hiasan

HIDUP ini merupakan ujian. Semua ketentuan sama ada kesenangan mahupun kesusahan telah disusun rapi oleh Allah SWT yang bersifat al-Qadir dan al-'Alim.
Sebagai seorang manusia, kehidupan kita akan sentiasa diwarnai dengan ujian yang kadangkala datang dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan.
Hidup yang hanya diwarnai dengan kesusahan, pasti akan mengecewakan, manakala kehidupan yang hanya diuliti dengan kesenangan pasti akan membosankan. Kehidupan akan ada turun naik dan pusingannya.
Orang yang berada di bawah suatu ketika pasti akan berada di puncak kejayaan dan begitulah sebaliknya. Itu adalah sunnatullah, Dia yang menciptakan manusia dan amat mengetahui keperluan kita sebagai makhluk dan hamba-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)
Penciptaan manusia di muka bumi ini adalah sebagai hamba yang berperanan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam ruang lingkup ibadah yang luas.
Dia meletakkan perintah dan larangan untuk dipatuhi oleh manusia dalam mereka menjalani kehidupan. Ia juga merupakan ujian untuk Dia melihat sejauh manakah manusia dapat mengawal diri dan nafsunya untuk melakukan ketaatan kepada-Nya di kala insan lain bergelumang dengan dosa dan kedurhakaan lantaran tewas dengan ajakan nafsu dan dunia yang mempersonakan.
Sememangnya kehidupan ini adalah medan ujian untuk Allah SWT menilai siapakah manusia yang menggunakan hidupnya dengan beramal kebaikan, sebelum mereka dipanggil pulang kehadrat-Nya untuk diberi ganjaran yang sewajarnya di dalam kehidupan akhirat yang abadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk Dia menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)
Kebanyakan manusia keliru dengan bentuk ujian yang menimpa mereka. Bentuk ujian dalam kehidupan ini sebenarnya tidak hanya berupa kesusahan, kecelakaan, kesakitan, kehilangan harta dan jiwa, sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan manusia.
Malah ujian juga datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan manusia akan banyak mengingati dan berdoa kepada Allah ketika ditimpa musibah, agar kesusahan itu segera hilang, tetapi tidak ramai manusia yang bersyukur dan berserah diri kepada-Nya di kala kesenangan dan kemewahan.
Manusia yang ditimpa kesakitan akan menadah tangan kehadrat Allah, agar memberi kesembuhan kepada mereka kerana mengetahui hanya Allah SWT sahajalah yang boleh menyembuhkan.
Manusia yang dikurniakan nikmat kesenangan dan kemewahan, ramai antara mereka yang terleka dan terlalai dan merasakan kesenangan dan kemewahan itu datang dari usaha dan ikhtiar mereka semata-mata.
Kebanyakan mereka terus lalai dibuai keindahan dunia, sehingga ajal menjelma dan mereka mati dalam keadaan melupakan Allah dan Allah akan menjauhkan mereka dari rahmat-Nya.Na'uzubillahi min zalik.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (al-Anbiya': 35)
Cabaran serta ujian dalam kehidupan merupakan satu mekanisma untuk mematangkan diri kita, meningkatkan cara kita berfikir, cara kita berhadapan dengan masalah, mendidik kita untuk sabar, mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan yang lebih manis lagi.
Cabaran serta ujian dalam kehidupan ini telah mendekatkan diri hamba-Nya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Inilah satu proses pembelajaran selama mana kita berada dalam universiti kehidupan.
Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan resah dan gelisah. Bagaimanapun, manusia yang beriman akan menghadapi ujian dengan penuh kesabaran dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Allah SWT mengajar golongan Mukmin yang ditimpa musibah menyebut Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un yang bermaksud apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah.
Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Orang yang menerima ujian dengan penuh kesabaran dan reda dengan ketentuan-Nya dijanjikan dengan berita gembira yang berupa keampunan, keredaan dan mendapat rahmat Allah.
Dalam satu riwayat, dikatakan Sa'id ibn Jubayr, seorang tabien mengatakan bahawa rahmat itu adalah pelindung daripada siksa azab neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar : (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah: 155 - 157)
Sehubungan dengan itu sifat sabar hendaklah dijadikan perhiasan diri ketika bencana melanda agar umat Islam tidak terjebak kepada amalan sia-sia seperti kekecewaan melampaui yang mengakibat bunuh diri dan lain-lain.
Saling pesan memesan kepada sifat sabar ini juga satu amalan mulia yang menjadi syarat kepada orang-orang yang beruntung.
Ia sebagaimana maksud Firman Allah SWT: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (al-Asr: 1-3)
Kesimpulannya, setiap manusia tidak akan terlepas melalui ujian yang ditetapkan di dalam kondisi yang berbeza di antara satu sama lain. Itu adalah lumrah alam dan takdir yang ditentukan bagi setiap insan.
Justeru keistimewaan akal yang dikurniakan kepada manusia hendaklah digunakan sewarasnya agar ujian itu dapat dilalui dan diatasi dengan jayanya.
Bersikap positiflah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba kerana kita tidak mampu merubah takdir yang tertulis, tetapi kita mampu merubah perspektif dalam diri kita ketika menghadapi qada Allah SWT.
Terutamanya dengan bersabar, saling memaafkan kesilapan orang lain dan belajar melupakan demi untuk ketenangan jiwa dan kebahagiaan hakiki yang menjadi dambaan insan seluruhnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah